CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah kepada semua calon SPM 2010

Hari ini SPM dah keluar...semua calon 2010 telah pun menatap keputusan masing2...
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dengan cemerlang dalam jurusan apa sekalipun...
Sesungguhnya setiap insan itu ada kelebihan @ kebolehan masing2...

Jika dalam jurusan sains - mereka gembira cara mereka...
Jika dalam bidang teknikal - mereka juga gembira dalam bidang mereka...
Ada juga dalam bidang kemanusiaan - maka mereka pun boleh beroleh kejayaan yang cemerlang juga...
Tak lupa juga mereka dalam bidang vokasional yang pelbagai jenis matapelajaran MPV....
Ada yang MPV Pendawaian Elektrik - Sains Rumahtangga - Dandanan Rambut - IT - dan pelbagai lagi...
Mereka ini juga ada yang beroleh kejayaan cemerlang dalam matapelajaran MPV mereka....!
Kalau ikutkan selepas PMR mereka tidak beroleh keputusan sebaik mereka dalam bidang sains dan setaraf dengannya.....tetapi bila ditempatkan mereka dalam bidang MPV .... lihatlah dunia....mereka pun mampu beroleh keputusan yang cemerlang dalam MPV....Sesungguhnya Allah swt menjadikan manusia ini dengan pelbagai kepandaian @ kelebihan @ kebolehan  tersendiri....

Termasuklah di sini ....anak2 murid aku yang beroleh  A dalam MPV Pendawaian Elektrik mereka....
Boleh pun dapat A peringkat SPM ini....! Masa PMR mereka hanya mampu memperoleh C/D/E....
Nah sekarang dah dapat A !!!
Bagus....Tahniah dari cikgu....( korang tak bacanya cikgu tulis ni....)

Kepada anak2 rakan maya  / bloggers yang menagmbil SPM - tahniah diucapkan atas kejayaan anak kalian.

10 comments:

Jejaka Desa said...

Tahnioh juge buat seme guru2 yang mengajor anok2 murid ter sehingge berjaye.

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

ini lah jasa guru yg tak mampu murid balas

kita panjatkan doa untuk guru2

Wassalam

Alimaz-Kembara Terasing said...

tahniah buat guru dan murid2 yang berjaya... kalau tak kerana guru yang mengajar tak pandai juga murid2 tu....

Myfrin's story said...

Salam, cikgu sonata. Kejayaan murid2 adalah lambang kerja keras para tenaga pengajarnya.

Tahniah kpd guru2 dan para pelajarnya.....:D

Kak Nora said...

Zaman saya SC/MCE, results keluar dalam paper. Pagi-pagi dah tunggu penjual surat khabar, tengok nama dan gred berapa. Hebat dulu tak sehebat sekarang. Macam-macam mata pelajaran disediakan, pilih saje ikut minat dan kemampuan.Tahniah kepada semua!

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah pd mereka

IMANSHAH said...

Alhamdulillah, betapa seronok melihat kejayaan anak2..

NzA said...

setiap insan xsama kelebihan yg dikurniakan Allah...semoga kita sntiasa brsyukur dgn apa yg dimiliki....

Nida said...

Tahniah buat yang berjaya..

yang tak berapa nak berjaya, perjalanan belum terhenti.. dan keputusan SPM bukanlah penentu segala-galanya...

arieon said...

SPM bukanlah penentu kejayaan hidup. Apa yang penting minda yang positif dan ingin berjaya. Saya dah lihat beberapa orang yang tidak dapat masuk Universiti tetapi berjaya menjadi bos perniagaan sendiri kerana kemahiran berbanding rakannya yang kerja makan gaji.