CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, March 19, 2011

Jom kita rewang...


marilah kita mula merewang ...tau apa itu rewang? tolong menolong untuk kenduri kawen jiran sebelah rumah aku ni....jamuan besar esok 19hb Mac 2011...ini majlis menyambut menantu...
nampak dari segala persiapan ini
untuk menyambut menantu - sama juga seperti majlis untuk anak perempuan ....


 nak buat lauk pisang masak lemak untuk jamuan besar esok...
comei "gadis pisang"....



keadaan petang tadi proses memotong daging lembu....pilih tulang2 nak masak sop 
rempah sebesen nak masak gulai kawah ...tukang masak diimpot khas dari Trengganu
sedang membongkok kelihatan tuan rumah -
sebagai ketua tolong tengok2 apa yang patut di dapur
kelihatan juga kakak kepada tuan rumah (Pak Yusof )
merangkap tukang masak gulai kawah versi Trengganu


 ini pulak - nak buat bunga rampai ...original pot-puri....
kalau letak dalam kereta -  sedap harum mewangi baunya...cubalah


nak masak gulai kawah - mula2 - tumis serba serbi kulit kayu manis , buah pelaga, dan lainnya
bawang kisar - cili giling - kacau2 sampai masak - masuk rempah  khas 
( ni pun dibawa dari Trengganu ) yang telah dicampur dengan  bawang merah + bawang putih + serai + lengkuas + halia + kerisik + gula + belacan + garam + 
dan ada juga katanya orang letak budu ( ni mek yang sedang masak tu beritahu...)

tukang kacau @  godak rempah ni - dimpot khas jugak ! hehehehe ....
Pak Sheikh aku bersungguh mengacau dengan penuh bergaya - mesti sedap ni...
bila rempah dah masak - esok pagi2 barulah masukkan daging + santan .....sedap you....!



pelamin angan ku yang indah permai di malam hari 
pelamin yang sepatutnya dalan dewan besar - tapi diubah suai 
ke bawah khemah & dibina atas jalan raya depan rumah aku !!!



sangat cantik !



tak lupa jugak.....satu meja khas ni untuk tetamu VVIP - dan yang lain2 -
 di letakkan dalam ruangan garaj kereta ku !

7 comments:

IMANSHAH said...

salam cikgu

wah meriah nampak..mana gamba pengantin nya

Cikgu Fatin said...

suka sangat pisang masak lemak... :-)

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

Alhamdulillah
sepakat satu taman

Wassalam

::FAIZ FARISH:: said...

wah cantikla plamin dia

Nida said...

Salam

Seronoknya tengok masih ada budaya gotong royong..

Sham said...

baguslah ada lagi rewang2 ni...tempat saya ramai dah pakai katering dah...

Jejaka Desa said...

Cuti2 sekoloh gini ramei la yang berkenduri nikoh...