CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, June 14, 2010

Day 2 / 1 - Sabtu : 5.6.10


Breakfast di Restoren Salama - nasi goreng China la - apa lagi! ade roti & jem 
kobis goreng - sayur2an memang ada & yang panjang2 tu ialah kuih cakoi



Selepas selesai breakfast - kita orang dibawa melawat ke Tiananmen Square ( sila klik sini ) untuk keterangan lebih jelas tentang Tiananmen Square....the largest city square in the world...kalau sebelum ni hanya berputih mata melihatnya - tapi kali ini telah menjejakkan kaki ku sendiri! ohhhh.....tersangat lah luas.....memang kalah la kalau dibandingkan dengan Dataran Merdeka / di Dataran Sejarah di Melaka! Puas berjalan & mengelilinginya...





Lepas tu terus berjalan menuju ke Forbidden City. Jika nak tahu cerita Forbidden City ni cuba tanya kat En Google di sini 

pelan Forbidden City 
~~~ abaikan minah ini....bukan tour guide! tourist jugak!

Layout of the Forbidden City : Rectangular in shape, the Forbidden City is the world's largest palace complex. 960 meters from north to south and 750 meters from east to west, it covers 720,000 square meters. ( ini En Google beritahu )



jadi naik letihlah berjalan dari pintu depan ( dari selatan ke utara!)


rupa bangunan sama saja


Keluar dari Forbidden City -
pergi pulak ke tempat memproses bagaimana kain sutera dihasilkan 

sungguh terpegun melihat benang sutera yang dihasilkan dari sebiji 
kepompong ulat sutera! nampak tak 3 biji kepompong tu?
lebih kurang sebesar ibu jari

diberi peluang cuba nak buat selapisan benang sutera - 
habis rosak sekeping benang sutera - koyak rabak ! jahanam!!!
tak ade skill ....

lepas tu di bawa untuk membelek2 - untuk membeli2
kebanyakannya bedsheet yang dibuat daripada sutera ini... 
di sini harganya agak mahal & agak payahlah sikit nak mintak diskaun...
kita orang tak beli pun di sini...



dah selesai semua lawatan - lunch & solat...restoren tempat lunch dah lupa namanya


 pemandangan dari luar Niujie Mosque

dalam Niujie Mosque ( gambar banyak kat sini )
- dalam masjid ni ade deretan kerusi & meja - agaknya untuk belajar agama

ukiran @ lukisan dalam masjid ini - sangat unik @ cantik! begitu tinggi seni nya

The Niujie Mosque is located at Xuanwu District of Beijing City. It is the largest and oldest mosque in Beijing City. From the cultural perspective, it is a sign of the spread of Islam in China in the early period. It was originally built in the 14th year (996) during the Tonghe reign of the Liao Dynasty (916-1125). ( sumber En Google )



sekian dulu untuk 1/2 day tour -
lepas ni berehat2 @ bersantai di Niujie Muslim  Supermarket
untuk menunggu masa menyaksikan acrobatic show 
di Jin Sha Teater Beijing jam 5.30 petang




17 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu,

Seronok nya gi Beijing dapat tengok sutera asli. Saya suka sangatlah kalau dapat tengok design dalam masjid macam tu..

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

yang buat saya teringin nak melihat bagai mana sutera diproses

Wassalam

Kak Nora said...

Salam Cg Sonata.
Tak beli ke selimut sutera sebagai kenangan. Selembut sutera dan comfy tau!

sonata anak kancil said...

Nadz : yeah...memang banyak la...lukisannya memang cantik & unik...jom apa tunggu lagi mama Nadz - pergi Beijing pulak!

sonata anak kancil said...

Rozali : ade ditunjukkan - tapi cepat sangat - tak ter snap gambarnya...

sonata anak kancil said...

Kak Nora : ade punya kak! kalau tak beli...rugi la kan! mana dapat harga berpatutan dengan barangnya berbanding kat tempat kita yang sangat mahal! tapi saya tak beli kat sini...beli kat market lagi murah...

nadz said...

Agaknya kena tunggu belanjawan tahun depan kot.. Budak2 sekolah dah nak peksa . for this year stop dulu melancong. Sambung 2011 pulak...

n@m@n said...

hehe..baru boleh tengok gambar akak sonata...;)

Yunus Badawi said...

belum dapat pergi dapat tengok gambar dan dengar cerita jadilah.

Minah tu pakai payung aje ke utk tunjuk peta forbidden city? Istana Negara yg baru di Jln Duta esok bila siap ada nak sebesar Forbidden City ni tak?

manzlie said...

salam from Makkah...

bestnyer jalan jalan cuti tuh...cikgu pegi china..pak itam pegi south africa....

syoknyer bercuti...


wasalm

sonata anak kancil said...

Nadz : samalah jugak mama - jika next year nak pergi tahun ni dah pelan2 kumpul duit! nak ke o/sea ni bukan boleh macam nak jalan dalam M'sia kan....byk prosedurnya

sonata anak kancil said...

Naman : baru nampak? sebelum ade jugak la..cuba perhati betul2 dalam N3 yang lepas2...kadang2 menyelit2 aje - jadi tak berapa boleh fokus kan....

sonata anak kancil said...

Yunus Badawi : ko boleh pegi bila2 masa aje...bawak Emak Adam shopping...Beijing is the best place for shopping!he3x

abaikan Minah pegang payung...tu bukan tour guide aku...tourist macam aku weh...!

Istana Negara yang ade / bakal siap pun tak boleh lawan dengan Forbidden City...tengok lah ukuran nya berapa!

sonata anak kancil said...

Manzlie : CL pun boleh melancong gak...suke tengok gambar2 Pak Itam kat SA...

ckLah said...

Perjalanan yang menarik.....

sonata anak kancil said...

CkLah : yeah...perjalanan yang menarik

sahromnasrudin said...

salam cikgu..selamat melancong ye...semoga beroleh sesuatu utk dibawa ke malaysia...