CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, October 10, 2009

Sesat...........

Hari ini selesai aku ke 3 buah rumah open house...menu biasa la - mana2 rumah semua hampir sama sepertimana pada hari raya pertama. Hari ni merupakan sejarah aku pegi ke rumah open-house ni - mencari rumah tak jumpa2...sampai aku patah semangat - aku dah nak balik....

Oleh kerana hubby baru balik jam 2 lebih - dia tak larat nak ikut.Ok la, aku bawak Fahd yang balik dari asrama sebab Isnin dia dicutikan kerana peperiksaan PMR - tak cukup kelas la tu...sekolah aku pun giliran cuti gak...aku pun berpeluang la tak yah masuk kelas....ohhhh dah melalut dah...aku nak cite aku pegi ke rumah open-house ni...

Mula2 aku pergi ke rumah Cikgu Z. - rumah dia senang aje nak cari Tmn BKD - Jln 7, no 7. Jemputan lepas zohor....pada hemat aku biarlah aku pegi lewat2 sikit - ada alasan aku tunggu hubby balik. Akhirnya aku keluar dari rumah jam 2.30 petang. Tiba kat rumah dia...lengang aje...biar betul - betul ke rumah dia ni? ( rumah baru ) - bila tengok hubby dia keluar - ok betullah....rupa2nya aku orang pertama sampai
( dah dekat jam 3 )...Aku pun terus masuk ke dalam - nampak la ada 2 lelaki - one of the man macam familiar aje nampak ! Dia yang beri salam kat aku...aku pun jawab kembali....Aku tertanya2 - macam sorang pelakon!


Cikgu Z pun layan la aku makan - borak2 & aku pun tanya - sape the men inside....Dia kata yang sorang tu abang ipar dia - & yang sorang lagi - biras dia! Biras? "Ye la - isterinya adik kepada suami saya" cikgu Z beritahu.. Sape agak2 ko orang??? Datuk Ismail Hutson! Aku pun buat dunno aje le...macam biasa2 aje...masa makan2 tu, cikgu Z ni perkenalkan jugak aku kepadanya.........



Menu ni kat rumah Cikgu Z....sedap2 belaka - ade rendang kerang - dia kata "kak - ok ke bergedil tu, baru belajar buat dengan Cikgu R"....he3x ,
"sedap !...jadi la ni ...!"aku kata



**********************selesai di rumah cikgu Z ,aku ke asrama Fahd sebab dia nak ambik kasut sukan nak bawa ke kem sains esok*****************************


Dari asrama Fahd aku teruslah pulak nak ke rumah Cikgu R pulak....Tengok2 jam dah hampir jam 4...Ok lah, baik terus pergi ke cikgu ni...Rumah cikgu R ni di fasa baru - dah jauh ke belakang dari fasa rumah aku - dah hampir2 nak bersambung dengan taman perumahan lain....

Aku dengan penuh konfiden cari rumah dia di taman yang sama tapi Jln 17....Masa dia jemput di sekolah :
"ala kak , senang aje rumah saya - dari rumah akak - akak carilah jalan 17 - jumpa punya!" Ok la aku kata....

Aku pun masuk ikut jalan 12 - sure lepas ni jumpalah jalan 17 kan! tapi aku dah jalan2 - tak jumpa2 jalan 17 ni...mana dia? Dah salah ni! Aku keluar semula - ikut satu jalan - tiba2 - jalan mati! alahai...aku gostan keluar - terhegeh2 jugak la nak keluar ...

Aku keluar ke jalan utama - aku belok ikut lain pulak - sampai ke surau - kat surau tu ada nampak jalan 10 - cakap dengan Fahd - "ok, kita masuk jalan ni - mesti jumpa la nanti..."

Aku jalan2 - jumpa jalan 14,15, 16...la mana jalan 17 ni???tak jumpa jugak...akhirnya aku keluar semula - masuk ikut jalan utama yang mula2 tadi...tak boleh jadi ni - aku pun tepon kawan aku yang dah balik - sebab aku tahu masa kat rumah cikgu Z tadi , dia kat rumah cikgu ni....

Dia pun kata - "u cari lah sampai dapat - nanti jumpa juga - dekat2 padang permainan - ada khemah! saya pun tadi dah give-up jugak, akhirnya baru jumpa! kan dekat rumah u, tak jumpa jugak?" Cikgu Rm beritahu...."ok la..."

Aku pun ikut jalan mula2 tadi....sampai ke hujung jalan - tak jumpa2 jugak...! Lepas tu aku nampak kete cikgu lain sedang mencari2 jugak....masuk jalan mati - keluar semula...dia bertanya di sebuah rumah - yang ini ke rumah cikgu R...BUKAN!!! nasib baik tak singgah - takut salah jalan....aku dah tahu salah!

Aku beritahu cikgu A ni - aku akan ke belah belakang pulak - lepas surau ...sebab masa aku berhenti tepi jalan aku bertanya dengan sorang yang keluar dari rumahnya....
"cuba akak pergi ikut belah surau - belah2 belakang ni - nombor jalan tak teratur" - katanya....

Aku dah penat cari tak jumpa2 lagi...aku balik semula ikut surau pulak - jalan punya jalan sampai ke jalan mati - lepas tu jalan /pusing2 lagi sampai ke taman lain pulak! Terjumpa satu khemah - Fahd kata -"ok kita cuba tengok, betul tak khemah rumah cikgu R"....SALAH! khemah orang kawen!!! Aku keluar semula jalan yang dah di sekat ...satu keje aku, terpaksa bersusah payah keluar dari khemah orang kawen ni...Ntah berapa lorong - keluar lorong aku dah jalan!

Aku masuk semula jalan 10, takut tadi tak nampak....Lepas tu aku buat selamba - aku berhenti depan rumah orang buat open-house juga ( jalan 16 )
"tumpang tanya - macamana saya nak ke jalan 17 - mana jalan 17? tak jumpa2 ni"
"jalan 17 - belakang jalan ni - tapi tak ada jalan nak terus ke sana - akak kena keluar semula -ikut belakang sana " sambil dia menuding hala ke belakang....

Aku keluar semula....aku ikut jalan utama yang mula2 masuk tadi.... cakap dengan Fahd -
"kalau tak jumpa juga - kita balik aje la...."

Tapi mengenangkan staf aku jemput ni - tak sedap jugak lah kalau aku tak cuba cari sampai dapat - sebab members yang lain dah jumpa...Aku teruskan juga masuk jalan 12 , mula2 tadi...
Aku kata - "dah puas cari rumah tak jumpa2 - naik lapar semula!!!"

Aku jalan semula sampai ke belakang - masih tak jumpa...Lepas tu ternampak sorang kawan lain sedang mencari2 juga ( aku ingat dia dah nak balik - aku angkat tangan kat dia...rupa2nya dia pun sedang mencari2 jugak - bila dia tiba lewat selepas aku tiba )

Lepas tu aku cuba masuk ikut jalan BKK 1 - sebab nampak bendera2 kecil...Aku jalan terus sampai ke hujung jalan ni - barulah nampak khemah cikgu ni! Dekat 1 jam aku berpusing2 dalam taman ini!

Tiba di rumah dia aku tengok, cikgu2 lain ada juga yang baru tiba...semuannya bercerita kisah sesat !!!
Aku kata :
" kalau tawaf - dah habis tawaf - rumah ko tak jumpa2 jugak!" Kalu tak kerana ko, aku balik aje tadi...."

Inilah kisah aku cari rumah , tak jumpa2 dekat 1 jam! nak snap gambar pun terlupa...letih cari rumah punya fasal....

Balik ke rumah dah jam 5 lebih - jiran sebelah buat open-house jugak - aku kata, aku akan datang lewat sikit....sebab baru lepas makan kat rumah cikgu R di belakang....
( aku pegi dekat2 nak magrib - sekejap aje - raya hari tu pun dah beraya...)






21 comments:

ibundo said...

kakpah penah jugak cari rumah orang kawin tak jumpa2. Lama-lama give, pegi makan kat restoren.

CIKGU NAMAN said...

weekeng je tak payah masak kan..

serbu je open house..hehe

emm..bg komen psl Ladap sikit kak..nk tau sekolah lain mcm mana

CIKGU NAMAN said...

weekeng pulak..weekend..hoho

cheryna zamrinor said...

mesti penat kan SAK? huh...kalau sha macam tuh dah give up dah. mesti tak larat dah...

sonata anak kancil said...

KakPah : kalu ikutkan dah give-up ...tapi dah dokat benau , gagahi jugak lah...

IMANSHAH said...

tu la, lain kali kena bagi pelan lokasi

sonata anak kancil said...

Naman : macam ni lah hujung minggu! Itu pun kalau orang jemput...sib baik ade....pegi la

LADAP? akak lagi satu hari - 24hb Okt. tentang pembestarian sekolah - katanya nak buat di MMU...

Naman : tak pe , eja ikut sebutan! D'vali balik Kelantan? katanya hotel kat Wakaf Che Yeh...

sonata anak kancil said...

Cheryna : tak pe la ...secara tak langsung dapat tengok rumah2 baru di sana ...akak tak pernah sampai pun! raya punya fasal - dapatlah tengok!

sonata anak kancil said...

Imanshah : Sepatutnya gitu la...dia ingat , kita macam dia yang memang jalan dia lalu....& beranggapan kita pun tahu..so, ini satu pengajaran -lain kali beri maklumat spt pelan siap2...!

ONE ZABA said...

wah raya sakan ko yerkkk...

hari ni giliran aku pulak..ada 4 rumah terbuka hari ni.

ckLah @xiiinam said...

ckLah pernah tersilap masuk rumah orang...maluuu.

chekdenoor said...

Salam..... tradisi rumah terbuka......waduhhhh....kl jem setiap jumaat sabtu dan ahad..... bukan jem sikit....jem giler punya..... memanglah sebab adanya banyak rumah terbuka....dan mungkin juga kerana ada ramai yang sesat cari rumah terbuka....ukhussssss

sonata anak kancil said...

OneZ : bila lagi nak bertandang2 kan, bulan raya ni la....kalau tak bulan Syawal ni,kang lain pulak sebab nya kan...he3x...Selagi ada jemputan kita pegi la....

CkLah : habis macamana tu???kena la jumpa tuan rumah jugak kan...tapi insyaAllah kalau saya la ada orang tersilap - tak apelah...kurang2nya kita kenal sape dia kan....

Chekdenoor : mungkin jugak ye....sebab sesat jadi jem!

CM said...

salam

bersemangat cikgu pi open house,elok tu cikgu demi ukhwah dan penghargaan pada mereka yg menjemput,bulan raya ni berat badan semacam je kan??/

Unknown said...

dah nak habis syawal ni.... open house lum habis lagi keee.... raya sakannnnnn

sonata anak kancil said...

Cikgu Mas : insyaAllah takat ni sape jemput saya pegi! hu3x bulat la badan ku ini...

shifu67 : belum cukup bulan lagi ! ko bila nak jemput ni...!aku nak ke kelantan minggu depan ni...!

H@N!B said...

wahh bestnyer...
xsabar nak keje..
student u kena dok hostel jer..
umah saudara jauh2 xleh g open house dorng..

Chenta said...

Fuhh! kat kl pun jem gile .

nak gi open house kena berkira-kira , plan tempat yang dirancang .Tak pergi kang., tak besh .. dah orang jemput kannn

ummu said...

hmm,pengalaman sesat ni memang perit rasanya walaupun bukan sesat kat dalam hutan.perut yang kenyang pun terasa lapar tau

Unknown said...

salam cikgu..
semalam ummi pergi umah rakan blogger di Rawang , kisah nya pun sama gak , keluar jalan masuk lorong ,tak jumpa2 ,akhir nya call orgnya ,dia kata dah dekat sangat , dia kuar tunggu tepi jalan , aik camna nk tau coz lum kenal rupa ..akhir nya jumpa gak ..tp ummi dok sebelah je ,org lain pandu kete tak le letih mcm cikgu..

insan pendidik said...

salam sonata,

IP pun selalu main redah aje sesat juga. Cuma petuanya satu, bila dah sesat kat hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.he...he..