CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, January 2, 2011

Hari Pertama Tahun Baru 1.1.11 - yang pergi - yang datang

Hari ini sudah 2hb Januari 2011....terlebih dahulu pembuka tirai belog tahun 2011 - saya mulakan dengan laporan2 yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 


Satu perkara yang senang nak ingat sesuatu perkara ialah pada tarikhnya...tetapi tarikh 1.1.11 - lagi senang nak ingat kot ! sebab nombor 1 adalah kiraan pertama selepas digit 0....betul? saya tidak MAHIR matematik - takat kira 1 - 9 - tu tahu lah sikit....asalkan sejak sekolah zaman papan batu dulu cikgu ajar - pandai baca - tulis dan kira....okey lah ...cukuplah untuk ini sebagai mukadimah tahun 2011....dengan harapan setiap hari mulai semalam 1.1.11 terus menceriakan kehidupan saya, ahli keluarga saya , sedara mara saya, jiran2 saya , rakan2 saya, rakan2 maya saya, tak lupa staf2 saya tempat saya bertugas sekarang ! Jangan sedih2 ye...tahun baru ni mula dengan ayat skema sikit....cikgu katakan ! cikgu ucap skema2 sikit....


Kita lihat dan dengar : biasanya kiraan mudah --- yang saya tahu....1 pergi - 1 datang...ini yang tahu...kalau dah seluruh dunia...setiap detik yang pergi dan yang datang??? okey kita ambik yang senang aje...yang seluruh Malaya tahu...


yang pergi...pada 1.1.11

 allahyarham dalam lakonan Adamaya-
saya ikuti jugak di akhir2 episod !

Faizal Yusuf - telah kembali kerahmahtullah 
Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham 
semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham
Al-Fatihah

*
*
*
*
yang datang pada 1.1.11
*
*
*

BERITA HARIAN ONLINE

Bayi Tahun Baru hadiah istimewa buat pasangan
Kehadiran cahayamata dinanti bawa kegembiraan berganda 


EMPAT daripada 18 bayi Tahun Baru dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, semalam.

NADIA dan Khairul bersama bayi sulung mereka
 di Hospital Pakar Johor, semalam.

Tahniah kepada semua ahli keluarga !
*
*
*
dan saya pada .....1.1.11
*
*
*
menghadiri majlis perkahwinan pangkat anak sedara
di Taman Pelangi , Semenyih , Selangor
& perkahwinan ini adalah mengeratkan lagi silahraturahim 
hubungan kekeluargaan yang sedia ada - kedua2 belah pihak -
 mak-pak awok : mak-pak sedara kawe - 
mak-pak kawe : mak-pak sedara awok...
dan kini dimenterai dengan ikatan perkahwinan
sepupu sepapat gitu !


Mr. Sheikh sedang menepung tawar pasangan mempelai



Mrs. Sheikh @ Sonata anak Kancil 
turut menepung tawar mempelai 
  
Tahniah dari auntie & uncle...he3x
insyaAllah tahun depan buleh cucu kot...tuo dah ambo ni


apa lagi...kita orang bersantap di meja raja sehari saje ni...
tengok tu.....punyalah banyak laukpauk lambak depan aku...
kaki makan betul Mr. & Mrs. Sheikh @ Sonata ni....
( konon2 tahun baru berazam nak kurangkan makan....tapi...ehhhhmmm....
saban tahun azam ni tak dapat2 dilaksanakan !
tinggal azam tercatat kat papan kenyataan ...)

lepas ni korang punya tanjak ke ...keris ke...tiara ke....abis dah...

Selamat Pengantin Baru !

22 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

sedondon pergi majlis kawin

ps:hari pertama dah langgar azam...he he

Wassalam

~hazel~ said...

salam,
terkejut juga dpt berita tentang arwah Faisal Yusof, semoga roh nya dicucuri rahmat~alfatihah utk beliau.

IMANSHAH said...

Assalamualaikum Kak

1.1.11 seperti biasa berlalu, tanpa ada yang istimewa..saya hanya ke sekolah , mengecat koperasi, mengemop, mengelap. yang saya tahu pada perkiraan dunia, usia saya bertambah setahun...tanpa ada sambutan istimewa, kerana hanya ada satu saja acara istimewa sata tiap tahun pada tanggal 1 januari, iaitu sujud syukur pada Rabbi..

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Berganjak masa tidak dapat ditahan. Jadi nenek dan atuk dah lumrah kehidupan.

Kakak dah jadi nenek lama. Sebab anak-anak Kak Long dan abang kakak dah ramai yg mempunyai anak. Jadilah nenek saudara....

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya terkejut juga bila baca MStar online kematian arwah Faisal Yusof sebab saya mengikuti Akasia sekarang ini. Arwah berlakun sebagai Dani. Saya suka lakunan arwah yang bersahaja dan kelakar dalam Adammaya.Semoga rohnya dicucuri rahmat. Anak-anak yang lahir pada 1.1 tertua dalam kelas!

NzA said...

byk majlis kawin smlm...msg2 nk dpt no yg umuh agaknya...
Al-fatihah utk arwah faizal..suka tgk lakunannya dlm Adamaya...

SELAMAT TAHUN BARU !!!!!

sekamar rindu said...

salam..

selamat pengatin baru pada kedua2 mempelai..

**follow ur blog

Hairun Azmi said...

Al Fatihah untuk arwah Faizal...

Biawak Komodo tersenarai 10 benda ajaib di dunia

Azima said...

Salam Kak Sonata,

Al-Fatihah buat arwah Faizal Yusof,semoga rohnya dicucuri rahmat..

Tahniah buat kedua2 pengantin baru..

wsalam

Zaitun said...

Al-Fatihah buat arwah Faisal Yusof.

Selamat Tahun Baru buat sonata.

Unknown said...

al fatihah utk arwah..

rezeki jgn ditolak kak sonata..makan selagi bernyawa kalo org dulu2 ckp.. nanti bila dah sakit semua nikmat makanan tk dpt nk merasai dah.. hehe

kalo sy semua tu sy rasa..

sonata anak kancil said...

Rozali : w'salam : biasanya seboleh2 nak sedondon...ala sdr pun gitu jugak kan ! buat2 tak tahu pulak...

pssst: langgar sikit aje...

sonata anak kancil said...

Hazel : amin...

sonata anak kancil said...

Imanshah :sebiji kek pun tak ada? melampau ni...jaga koperasi ke?

sonata anak kancil said...

Kak Zakie : salam...tumpang gembira

sonata anak kancil said...

Kak Nora : kita rasa terkejut...tapi itu semua sudah ditulis di Loh Mahfuz.Amin

sonata anak kancil said...

Nza :amin...happy new year

sonata anak kancil said...

Sekamar Rindu : moga bahagia hingga akhir hayat....tk follow AGK

sonata anak kancil said...

Miecyber :amin...

sonata anak kancil said...

Azima : amin...terima kasih bagi pihak mempelai

sonata anak kancil said...

Zaitun :amin...terima kasih...happy new year juga

sonata anak kancil said...

Mrs Fiza :amin...betul tu...makan serba sikit je....kalau malu - lapo lah jawabnya