CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, January 6, 2011

sebelum hujan sediakan payung...kalau tak kuyup !

Petang semalam mintak izin nak balik awal...cakap aje nak balik awal...tapi lewat jugak - walaubagaimanapun mesti keluar dari sekolah pukul 2.30 petang sebab 2.40 petang budak2 sekolah di sekitar sewaktu dengannya akan berpusu2 keluar sekolah juga....kereta parents - bas pun akan membuatkan jalan sesak...secepat mungkin aku dapat jugak keluar 2.30 petang ! kalau tidak lagi lambat loooo.....

Lepas tu bergegas2 berkemas pakaian kerana nak berangkat ke KL @ ke Impiana Hotel KLCC. Tujuannya satu...terpaksa bermalam di hotel terdekat jugak...senang pagi2 tak akan sesak dengan warga KL nak pergi kerja @ kalau tak jumpa jalan @ kemungkinan2 yang tak diingini berlaku diperjalanan kalau berangkat pagi2 dari Melaka....

sempat jugak bukak AGK....berjalan ke rumah members 
 selepas berjalan2 di KLCC....

 sebelum persekitaran ini tercemar dilonggok pelbagai khazanah
baik kita ambik gambar bilik yang suci bersih ! dulu

Jam 8.30 pagi tadi kami @ parents pre-u students ke overseas menghadiri taklimat pre-departure di Tingkat 40 di Petronas Tower 1. Pelbagai persediaan - pelbagai makluman - pelbagai peringatan  - pelbagai jangkaan di luarnegara - pelbagai macam2 lah ... the do's and the don'ts....

Kalau tak kerana anak dapat tajaan ini...tak merasalah nak "panjat" menara ini ! Awal2 tahun dah guna cuti CRK....hu3x...tolak 1 hari dah...Nak menuju ke puncak  ke menara ini - puyoooo kena register dapatkan pas pelawat & kena scan...  keputusan peperiksaan masih belum dapat lagi tetapi semua persiapan sudah siap - payung dah siap sedia ...hujang belum tahu turun ke tidak ... ! Even tarikh terbang pun dah tahu ! Jika tidak melepasi tahap keputusan oleh pihak penaja...students akan ditempatkan di local universiti...semuanya mengharapkan dapat ke luar negara...tetapi semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan yang akan diperolehi pada 24 Januari ini. Semoga semua pre-u students yang dapat tajaan ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang!



Petronas Tower - sangat cantik diwaktu malam...

Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 40 



22 comments:

Faaein Himura said...

bila citer pasal klcc. sy rindu tmpt kerja lama sy tu.. projek klcc lot c 171 tu.. nampak dah tinggi yer.. hehehe.. rindunya.. =]

wah.. terernya anak akak dapat belajar ke oversea.. good luck utk anak akak tu.. =]

Ayah Zain said...

salam SAK

Tahniah, good luck. Sejuk ibunya mengandung 9 bulan

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

Alhamdulillah
Syukur
tahniah kpd anak dan ibu bapa anak

saya pun belum pernah ke klcc
ambil gambar menghala ke keramat..
mukin nampak rumah saya..he he

Wassalam

IMANSHAH said...

salam

Doa semoga anakanda berjaya ke oversea

Nizam Awang Brahim said...

Moge result nanti menepati target

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mudah2an result nanti membolehkan anakanda terbang ke oberse!

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Biasanya penaja dah confident dgn student tu baru dia offer. Tak perlu risau. Mesti dapat....

Tahniah buat anak dan ibu-bapanya sekali kerana berjaya.

p/s: Bangga bila semakin ramai bangsa kita yg berjaya.

NzA said...

insyallah...moga brjaya ke oversea.....

Nida n' Hanafi said...

Bestnya.. Nida pun tak pernah panjat menara tu lagi...

kalau ke Auckland singgahlah rumah.. tidur sini pun ok (ajak dengan ikhlas ni)..

lady lavender said...

insyaalah ada peluang. tahniah buat anak akak & semestinya jgk buat ibubapa :-)

sonata anak kancil said...

Faein : terima kasih ucapam itu...bukan anak akak saja...ada lagi anak orang lain!

sonata anak kancil said...

Ayah Zain : w'salam :terima kasih atas ucapan itu

sonata anak kancil said...

Rozali : w'salam - tak pernah ke KLCC??? orang Melaka ntah berapa kali tak tahulah...kalau tahu hala ke Keramat...sy 'tembak' ke sana !!!

sonata anak kancil said...

Imanshah : amin....semoga dia dapat pergi !

sonata anak kancil said...

Jejaka Desa : amin...insyaAllah...semoga dia dapat

sonata anak kancil said...

Hjh Zainab : amin - begitu tinggi harapan dia & ibubapanya !

sonata anak kancil said...

Kak Zakie : terima kasih...sentiasa berdoa !

sonata anak kancil said...

Nza : terima kasih - itulah harapan menggunung !

sonata anak kancil said...

Nida : ohhh...terima kasih ! insyaAllah Nida...alamat pun dah ada...nanti kita jumpa ( insyAllah )

sonata anak kancil said...

lady Lavender : terima kasih...semoga dia berjaya

Unknown said...

beautiful

sonata anak kancil said...

kasthurirajam:tq