la ni ...
boleh dikatakan setiap hujung minggu dapat undangan walimah @ majlis lain
kalau time cuti sekolah lagi lah tak yah cite..
undangan dari kenalan - jiran - sedara mara...dekat - jauh
( paling jauh takat ni aku & keluarga telah mememuhi udangan keluarga di Tawau, Sabah )
jika tidak ada urusan yang memerlukan kehadiran di tempat lain...
@ urusan penting tak dapat dielakkan...
alhamdullilah takat ni semuanya aku penuhi undangan ini...
kalau tak dapat hadir pada waktunya...aku akan singgah lebih awal....
seingat aku tak ada pulak aku datang lepas habis majlis...
hanya kes2 tertentu aje ! tak ade la pulak rasanya...
( maaf ada jemputan yang agak jauh - luar Melaka ade juga tak dapat hadir ! )
aku rasa seperti ini...kita memenuhi undangan tuan rumah tu kan...
tuan rumah amat berbesar hati bila kita datang ke majlis nya...
tuan rumah gembira kita bersama2 meraikan majlisnya...
ini giliran mereka...
akan tiba masanya giliran kita pulak kan...
oleh itu...marilah bersama2 kita meraikan majlis mereka yang mengundang kita
Rujukan :
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
Riwayat Hadith Al-Bukhari
Huraian
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.
2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.
3. Orang yang memilih - milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.
Hoya Pro1 UV Filter
1 hour ago
24 comments:
SALAM,
BILA TERIMA JEMPUTAN TU, SEBOLEH2NBYA KITA TUNAIKAN !
salam cikgu sonata...
idea yg bagus tu , kumpul kad jemputan gitu ... kreatif ler akak nie..
ptg semalam tercari2 juga akak kat singgahsana PJ..tapi hampa...
nanti kita jumpa di rumah AZ , InsyaAllah
nanti hujung bulan ada lagi walimah urus. jangan lupa masukkan dalam atur cara diary january yer
Rajin berjalan cikgu.Koi nok berjalan jauh2 tak daye weh.Cuti sikit amat.Jadual kerje pulok tak menentu.Tapi ande mase ter pergi juge penuhi jemputan rodong2.
salam kak
wah rajin tampal. saya ntah mana2 pergi..tapi kan semakin lama semakin cantik kad kawen..dulu sekeping je
very good idea lah akak tampal kat buku besar mcm tu heehe..first time tengok org tampal kat mcm tu hiihii..
Agaknya kalau nak tempah contoh kad jemputan kahwin boleh rujuk kat koleksi Sonata ye?
salam cikgu sak
penuh koleksi tampalan hehe
mana dapat idea tu ?
Good idea boleh ikut macam sonata buat..Pernah terjadi pada kak Zai ingat majlisnya hari ahad rupanya hari sabtu.
banyak jemputan....meriahnya...
Salam Cikgu,
Idea yang bagus...boleh buat contoh.
Luahfikiran : w'salam - sebaik2nya begitu lah...
Ummi Huamira : sebab kad2 tu sangat cantik...sayang kalau tak simpan...mahal tu!!! insyaAllah harap dapat berjumpa di rumah AZ...lepas tu bolehlah singgah ke teratak saya pulak...dah dekat benar tu...
AZ : ohhh...sudah tentu ...isyaAllah ingat! nanti harap ada nota meja bloggers !!! ha3x
Jejaka Desa : CNY tak cuti ke ...boleh datang ke sini...
Imanshah : orang dah hantar...akak simpan...sayang....CNY datang Melaka ok!
LadyLavender : senang kita rujuk semula...bila dah tampal2
tu cantik !!! bila time nak buat kenduri anak ( lambat lagi la...) bolehlah balas semula jemputan kepada mereka...kan senang tu...kita pun tak sakit kepala nak jemput sape kan...kita kawan mereka...mereka pun kawan kita!
Kak Nora : bolehhhhh....banyak kak!
Rezeki : ntahlah....idea datang sepontan...dah lama buat kerje ni! semuanya sebagai kenangan dan rujukan...kalau ada kad Pak Itam pun saya akan tampal ! kad AZ pun akan menyusul ditampal jugak!
Zaitun : buat lah kak Zai....simpan kad yang sangat cantik dan sebagai hobi jugak....
Alimaz : memang banyak ! almost everyweek....sejak Januari 2011...tahun lepas ntah lah tak terkira pulak...
Anonymous : memang boleh...tirulah...tak kisah punya...jangan dibuang2 orang dah hantar tu!
Smart...
Jepun Vs Melayu
Miecyber : tq
Post a Comment