CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, January 8, 2011

rezeki jangan ditolak....antara kampung VS bandar

malam kelmarin - malam semalam - hari ini....

huhuhuhu......ke rumah kenalan seisi keluarga@abang / kakak angkat @sedara....
( bila disusurgalurkan sampai ke akar umbi - ade pertalian kaum kerabat sebelah hubby ).


majlis kenduri kawen sebelah pihak lelaki...
minggu lepas kan dah pegi rumah pengantin perempuan di Semenyeh...
tak ada lah aku ni menolong sangat....sebab tak ada ape yang nak dibuat???
tolong makan ade le...tolong tengok...


cara sekarang orang buat majlis kawen...ada pulus...semua senang ! bukak mulut aje !
kuih-muih dah ade orang bagi orang buatkan - nasi/lauk semua dah ada catering / upah masak kat rumah tukang masak...kalau masak kat rumah pengantin....bolehlah aku tolong kupas2 bawang ke...apa ke...
tapi kat sini tak ada ! semua akan dihantar sebaik saja siap masak....tuan rumah hanya melayan tetamu saja...tak ada arahan nak mintak aku tolong buat itu ini....he3x apa nak dtolongkan !

berbanding kalau buat majlis di luar daripada bandar khasnya @ di kampung tentunya sibuk jiran tetangga dan sedara mara sibuk merewang...buat itu ini....macam2 lah...sambil2 tu boleh bertanya khabar berita dengan sedara mara yang lama tak bersua....meriah lagi kot ! kat bandar ni....pergi makan aje le ! ini yang aku alami lah....bertanya juga aku soalan bodoh ..."kak, ada apa2 nak dibuat ni?"...."tak ada apa nak dibuat...awak datang sangat2 bersyukur...terima kasih sudi datang " !!! tu aje jawapannya...memang betul...semua sudah siap sedia....

dah lah datang lewat tengahari tadi sebab urusan Farahin ... bawak balik pulak rezeki ini ! memang tak masaklah aku sejak semalam & 2/3 hari ni......rezeki - rezeki...alhamdullilah


satu bag ni aku hadiahkan kepada jiran sebelah rumah....dah rasa banyak...
orang nak makan tak ada ! baik aku memanjangkan sedekah....


20 comments:

IMANSHAH said...

lama dah tak makan nasik kenduri..cuti pun dok KL..kawan2 kenduri tak balik..kat Ipoh takde kenduri lak

sonata anak kancil said...

Imanshah: kalau tau tak balik ...akak ajak awak datang sini !

Zaitun said...

Baguslah macam tu,panjangkan rezeki yang dianugerahkan Allah SWT.

Hjh Noralenna Abbas said...

Bagus tu Sonata, daripada membazir ke encik tong, elok sedekahkan kepada yang memerlukan.

ab@h_Izz said...

tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima..:)

bobiedanbad said...

nice...berkongsi kegembiraan dgn bsedekah

sonata anak kancil said...

Zaitun : kalau dekat sini...sure boleh makan bersama2...

sonata anak kancil said...

Kak Nora : betul kak...biasa begini lah selalu...kalau akak di sebelah rumah ni bolah hantar kat rumah akak pulak ....curious to know...di mana rumah akak !

sonata anak kancil said...

Abah Izz : hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui...

sonata anak kancil said...

Bobiedanbad: panjang-panjang rezeki untuk dinikmati bersama2

NzA said...

kt kg masih ada rewang kak ttp skrg dh brubah...jrg dh dpt "berkat" tu....

Nizam Awang Brahim said...

Nasi minyok kat kenduri ter lagi sedak dari nasi minyok kat kedei.

sonata anak kancil said...

Nza : banyak dah berubah ikut masa...tp di kampung lebih meriah kot

sonata anak kancil said...

Jejaka : betul tu....tapi ada gak yang sedap ! marah orang kedai nanti...

Sham said...

wah meriahnya...saya pun tengah bersiap nak g kenduri kawen tengahari ni...

sonata anak kancil said...

Sham : selamat menjamu selera...kawal2 sikit makan berminyak2 ni !!!

zulkbo said...

salam..
kenduri kalau di bandar
ambik catering..makan kira
kepala..mimpilah nak bawa
balik..di jengka kenduri
sendiri masak,sendiri makan
siap bawa pulang lagi..

sonata anak kancil said...

Zulkbo : itu yang best ! mewah makan macam tu....

Bapak said...

kenduri Bapak dulu buat secara rewang, tengok kawasan kejiranan jugak...

sonata anak kancil said...

Bapak : saya suka rewang2 ni...kadang2 kat taman2 perumahan ade juga buat macamni...hrp dikekalkan tradisi ini!