CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, March 22, 2009

Ulangtahun Pertama- 22.3.09


Hari ini, sengaja aku copy, n3 pertama aku berblogging...Tercapailah hasrat, nak rakamkan apa yang berlaku dalam perjalanan hidup ini. Diam2 tak diam, banyak jugak aku merakamkan apa2 saje yang dirasakan patut di catat dalam 'buku blog' aku ni sebagai rakaman untuk ingatan selagi hayat masih ada...Dah setahun ni, sebelum aku "padam", lebih baik lah aku mohon kemaafan kepada rakan2 / sesiapa saje yang melintasi / membaca blog aku ni. Manalah tahu kan...ni semua urusan Allah swt. Ampun serta maaf dari kalian. Terima kasih kepada semua rakan taulan yang sudi menjenguk2, dan aku pulak memberi komen2 untuk rakan2 bloggers - manalah tahu kan - kita ni manusia2 biasa yang selalu tersalah dan tersilap serta komen2 yang membina / yang menghibur hati / mencuit rasa - semuanya adalah Asam Garam Kehidupan.



Hari ini 'tercipta' satu sejarah, dapat buat blog baru.Tentunya kredit mesti diberikan kepada Farahin, anak gadis ketiga.Terima kasih In!Mulanya dia sendiri tidak pasti hendak memulakan how to create personal blog.Setelah browse blogger, maka terhasillah yang tidak sepertinya ini!



Semalam, hari ini dan esok adalah rutin hidup yang dilalui oleh semua manusia.Apa yang berlaku semalam, mana yang baik diteruskan, dan yang sebaliknya kenalah muhasabah diri ini.Hari ini, hari yang sedang dilalui, entah apa yang berlaku, akan berlaku pada hari ini belum pasti lagi.Sekiranya ada perancangan yang dibuat, sudah tentu kita tahu apa yang berlaku, tetapi bagaimana yang tidak dirancang?Esok, hari yang mendatang, belum tentu kita akan menemuinya.Maka, sekiranya esok, kita tercelik mata lagi, alhamdullilah Allah swt masih memerlukan diri ini di dunianya.Maka, hari semalam terus berlalu, hari ini dilalui, dan esok mudahan dapatlah diri kerdil ini diperlukan lagi...Wasalam.

15 comments:

Anonymous said...

ish sonata jgn le ckp camtu... sedey plak rasenye... klu ikut2 tera pun mungkin banyak menyinggung hati org yg kita tak sedari... dunia blog mmg camni, kenal gitu2 je... ada yg jumpa ada stakat sembang alam maya... apepun sronok juga dpt kenal ngan sonata, nk jumpa ntah bila ksempatan yg ada...

teruskan brblog...

sonata anak kancil said...

Ye la kita ni dekat tapi jauh....bila lah dapat bertentang mata! bila mata bertentang mata - lidah kelu nak berkata. he he he....
Datang aje le ke rumah!Bukan jauh nooo....

GPI said...

salam.. sonata..
dah setahun rupanya berblog?
eh. saya belum cukup..
lagi beberapa bulan..

pasai mintak maaf ni..mcm nak raya pulak.. nak dtg rumah.. bila la nak ke melaka lagi ni?

ONE ZABA said...

agi idup agi berblog

sonata anak kancil said...

GPI SKSV: mintak maaf tak payah la nak tunggu time raya je...Kalau tak ada raya macamana? mintak maaf aje la selalu...kalau ada raya, pas tu "gol" sebelum raya, haah macamana?

Datanglah bila2 lapang ke Melaka. Saya ni dah berumah kukuh kat sini, tak ke mana2...nak balik kampung , tak serupa kampung dah...anak dagang, yatim piatu pulak...

sonata anak kancil said...

OneZ : Yeeesss! Hidup sonata!Keeps on blogging!!!

SAHAR MISRON said...

Cg. Tera dan Cg Sonata,
Kau orang sama kat Melaka aturlah perjumpaan para bloggers Melaka, nanti Labuan buat cawangan baru.
Cg Sonata, lain saja ayat-ayat perenggan pertama, terharu juga, dengan saya tak apa dah maafkan yang mencuit tu, saya pun mohon maaf juga....kat cg Tera juga kalau ada silap...
Tahniah kepada semua yang berblog...

Yunus Badawi said...

Tahniah kerana dah setahun usia blog ni! Saya baru mula singgah kat sini 1-2 minggu ni tapi mcm dah kenal sonata lama.
Setakat ni rasa takde salah sonata kpd saya. Tapi tak tahulah kalau saya ada menyinggung sonata. Saya minta maaf ya.

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar: kami (tera & saya) kat sini - malu2 kucing. Nak jumpa - tak terjumpa2 jugak! eh eh eh...gamaknya sentiasa berselisih kete...dari simpang JPJ tu, pagi2 , saya ke barat dia ke timur!semua nak cepat sampai ke sekolah...

sama2lah kita saling bermaafan di alam maya ni!

sonata anak kancil said...

YB : Seronok dapat jumpa rakan maya ni...tengok2, kecik dunia ni. Pada hemat saya, rakan2 bloggers ni, semuanya sangat hebat / sangat mesra /"satu kepala" & yang penting saya rasa semuanya sihat walafiat . Kalau tak , takkan sentiasa ada respon di mana2...

Ye la YB, kita baru kenal - tersangat lah mesra - tu belum jumpa hubby, mana tahu kemungkinan pernah jumpa ! hubby selalu deal dengan orang seperti YB...dulu dia kat Kementerian Perumahan & K'jaan Tempatan - gitu lah gamaknya...

CiK Santai said...

Selamat Ulang Tahun

sonata anak kancil said...

cik santai: terima kasih...sepanjang tahun ni macam2 ulang tahun nak diraikan....tak terkira...cik santai pulak bila?

Anonymous said...

Nape ckap mcm tuh...sedey dah nih....

Walau apapun, kehadiran anda terasa seperti dekat di hati...

sonata anak kancil said...

arryani: usah gundah gulana...itu semua Asam Garam Kehidupan...saling bermesra serta gembira ...kehadiran rakan bloggers ni seperti kita semua pernah berjumpa!

Y. Ibrahim said...

Pejam celik dah setahun rupanya...sory le lama tak singgah..