Sakit - sakit betul...
Nak tak nak hari ni kena gi hospital jugak.
Apa nak kata...kalau dah sakit, mesti cari ubat secepat mungkin...
Tu la fasal, dok biar lama2 tak buat regular check-up. Sekali kena sakit, terus masuk wad. Melangok la aku sari dua ni...Menumpang lah aku yang anak2 punya...
Aku punya laptop kesayangan dah kena serang virus - entah berapa banyak si trojan dan entah apa la lagi dok menyerang sari dua ni. Fening - fening kepala aku...apa nak dikato, nak selamat secepat mungkin gi hantar kedai. Reformat semula dan ganti ubat antibiotik...
Cuti sekolah ni pun dok sibuk seperti biasa - sama macam hari sekolah. Cuma gi sekolah tu, bolehlah orang kata take your sweet times. Kalau dah dok kat pejabat, ada je yang nak disettlekan.
Pepagi tadi dah siap urusan kat rumah, hantar Mohd ke CIMB , nak bayar duit proses scholar Petronas. Lepas tu, gi sekolah dia mintak pengesahan GPK...Lepas tu, barulah bawak dia ke sekolah aku, sebab dah janji nak jumpa S/U PIBG sebab nak meeting next week. Telefon YDP, mintak bajet murid cemerlang , ni karang nak taip senarai budak2 cemerlang PMR/SPM/STPM.
Sampailah kat jam 1 tengahari...pergi pulak Pejabat Pos Besar, pos borang scholar Yayasan Tenaga Nasional. Dah settle, terus ke klinik pakar kulit kat Jalan Ong Kee Wee. Ni si Mohd la, tangan dia dok gatal2. Pernah la pergi sebelum ni sebab ada masalah kulit...Nak ke klinik ni tak sempat2 - pulak tu tengah bandar, leceh lah sibuk2 ni. Hubby dah bising suruh hantar jugak. Hah hari ni agak "free" boleh lah bawak. Tiba kat klinik jam 2, alamak klinik "rehat" , bukak semula jam 2.30 petang. Nak "habiskan" masa - jengok2lah kat PC World opposite klinik. Tu yang tanya tentang masalah laptop aku...ok harga yang diberikan berpatutan, sebab aku dah tanya kat "pakar" yang biasa servis. Tapi dia tak ada minggu ni, aku tak kan nak tunggu lama2, parah nanti.
Jam 2.30 aku masuk klinik. Orang pertama. Check punya check, doktor kata, ni semua sebab digigit nyamuk. Dia alergik gigitan nyamuk. Hai doktor pakar, takkan nak tipu2 pulak. Ok settle. Diberinya ubat. Ubat untuk basuh dan makan...Aku pun tanya berapa? RM103!!!Aduhai, lagi aku sakit! Dan2 aku telefon hubby, beritahu...Ok lah, nanti dia ganti, hah lega aku! Aku dah lah nak bayar servis laptop RM 149 ( reformat - rm30 + internet security-3 set ) , boleh "pengsan" macam ni...
Balik rumah tokey datang nak ukur buat kabinet buku kat tepi sliding door . Jam 4 lebih keluar semula dengan Mohd , gi semula kedai komputer tadi, hantar laptop...Aduhai ...barulah dok buat "laporan" ni...he he he....ok... ok... ok....ni lah "tugasan" sejak dah beberapa hari buat urusan macam2 urusan- tersangat lah sibuk urusan anak2 ni...
24 comments:
terbakar rumah nampak asapnya. terbakar poket tiada sapa yg nampak.
Yo la OneZ...sape tahu masalah kita. Lagak je lebih! Keluar duit lebih laju dari air! anak2 apa tahu, tahu ade je...
Untuk itu nasihat untuk semua - bila lapang, ingat2lah waktu sempit.Ingat lagu 5 perkara sebelum macam2 tu la...
sibuk betul cikgu tu la sape yang kata keje cikgu senang, byk cuti, sebenarnya sama aje dgn yg keje office, tapi mungkin lagi sibuk banding dgn yg duk ofis
FWaiYMzJ: rata2 orang kata, cikgu la ni memang sibuk. Dari semua aspek. Macam2 nak kena settle - segala macam laporan, ko-ku & disiplin anak2 didik yang pelbagai jenis!
sbb tu org tetua kata jadi cikgu ni keje mulia... klu keje dgn ikhlas, insyaallah setiap yg kita buat tu dibalas dgn kebaikkan. klu tk dpt kat kita may b dpt kat anak2 kita...
Tera: BETUL! 100% tepat. Kita macam ni. Yang sorang dua buat hal...habislah terpalit jugak golongan cikgu. Yang pasti Allah swt tahu niat kita...
setuju dgn apa cikgu Tera ckp, ilmu yang dicurah dan dipanjangkan kegenerasi seterusnya amat lah mulia. Mungkin kita yang mendapatinya tapi anak-anak kita
situsanasini
maaf tersilap plak ayat bawah tu, mungkin bukan kita yang menikmati ganjaran yang diberi Allah tapi keturunan kita.
situsanasini
Gitulah adat kerja kerajaan kan....tunggu hujung bulan, sekarang tiga suku bulan...itulah ada komputer lagi susah, dulu masa mula kerja, pakai taip writer saja, tak ada virus kan? Dunia dah berubah...
Cikgu Sahar : begitu la, apa nak dikato. Klu tak rosak, orang jual alatan komputer nak makan apa pulak kan...Semuanya saling melengkapi.Bidang kita cikgu, tak teror bidang komputer (tahu guna aje!!!-rosak hantar kedai) - klu kita boleh buat semua...hu hu hu, buleh kayo kito....
SSSini: memang betul, jika semua berpegang kepada prinsip ini, insyaAllah Teras 1 & 2 PIPP akan berjaya...he he he + PIPP lak...
nak kena beli laptop baru tu..haha
Crockfina: Terima kasih singgah di sini. Laptop tu, baru setahun jagung! Kalau dah nak sakit - sakit jugaklah...beri aje ubat.
Huhu..
Bz amat neh..
ke sana sini, tub tub duet dah ......
huhu..
keja, cuti samer jer kan?
Bz memanjang.. huhu..
LOL - Pearls : klu dah satu kementerian, sama aje le kita ni...sape2 yang jadi cikgu/cikgu yang dah tak ngajar kat sekolah - tahu la keje2 cikgu ni...Hah skrg ada cikgu tak cuti - dok jaga pemain ragbi peringkat kebangsaan di Melaka...sekolah sonata pun salah satu tempat pertandingan - sekolah Tera pun rasanya ada jugak....
salam sonata...
lama x mgomen ni..terasa rindu pd teman2...
smoga cikgu trus semangat mjadi cikgu kpd anak bangsa,isteri kpd suami tercinta,ibu kpd anak2,rakyat malaysia..he3...teruskan dgn kesabaran...:-)
Ujie: amboi hangpa pengantin baru yang dah " tak baru" he he he...sibuk memanjang - mentang2 lah dekat sentiasa dengan cik abang tu...he he he , saja ngusik - inai dijari belum hilang kot...
cikgu cikgi ni macam biasa ajelah...cuti2 pun siapkan macam2 plan untuk sekolah minggu depan...
Salam...
Sibuk benar cikgu seharian di sana ya..apapun, semoga segala urusan berjalan lancar.
Scan sendiri virus tak bolehke? setup sendiri pun mudah ja. Tak perlu keluar modal banyak.
Ibnurashidi: tak pandai la...sebab tak habis ngaji bab ni...biaq pi lah, dah nak rezeki orang kedai tu...
Sibuk giler cikgu. Mana kerja sendiri nak dibuat, mana nak uruskan Mohd masuk U. Tapi tentu dpt kepuasan buat semua tu kan.
psst - anak saya yg jadi guru agama sandaran kata bulan ni dpt gaji penuh ke sebab cuti sekolah ni?
YB: tugas apa pun, sama je sibuknya...Hanya orang yang sibuk aje cukup masanya...
Tentang gaji guru sandaran ni tak pasti lah dapat atau tidak klu cuti macam ni...Misal kata la tak dapat, tolak 5 hari je! Ok lah tu ...paknya kan boleh tampung 5 hari tu!
Post a Comment