Alamak hai, tengahari tadi dapat surat JPM - kena pegi kursus pulak dah kat PD bermula 5 - 8 April di Mayangsari Resort, PD. Aku rasa yang tepi jalan Pantai Telok Kemang tu...
Pegi kursus ni, memang bagus, terutama untuk menambah ilmu yang tak cukup2 ni. Lain tu, dapat jumpa kawan...seronok le, bukan senang nak jumpa. Nak-nak yang seangkatan dengannya...huh pok pet pok pet la jawabnya...habis tak de , cerita ceritut la sekolah masing2 (tak lah ngumpat), cuma berkongsi apa yang boleh diikut/dibuat...
Sejak zaman gawat ni, dah lama tak pegi kursus kat hotel/resort. Sejak last year, bajet dihantar ke sekolah & disuruh buat kursus dalaman sendiri. Jenuh la nak perabis bajet, "sakit kepala" nak fikir input apa nak beri pada staf...cukup tahun semua selesai. Tahun ni, diturunkan lagi. Tak tahu lah pengisian apa bos nak. Tak kuasa aku nak fikir2, tiba masa bos panggil la aku mintak cadangan.
2-3-4-5 tahun lepas, naik "letih" pegi kursus ni, lepas 1 - 1 kena pegi. Macam2. Pulak tu aku ni jadi fasilatator PSK- huh wajibnya peringkat kebangsaan 5 tahun dah pegi. Lepas tu pulak kena buat peringkat negeri. Mana tak selalu kuar - yang tetap 2x setahun ...campur lain2 lagi! pulak tu ada dari KPM lagik...macam2 hotel/resort dihantarnya kasi 'makan free' ( bayar le bajet kerajaan ) - mana tak bulat badan oiiiii....mana yang ada kolam tu .....huhuhu...jadi dugong la kawan!
Hoya Pro1 UV Filter
13 hours ago
17 comments:
Seronok kerja gomen ni kursus tak habis2. Kalau kerja sykt kecik atau kerja sendiri tak merasalah nak pergi kursus.
Apapun selamat berkursus dan mendugong hehehe
slmt berkursus lagi. tengah sibuk buat kursus pkg kat sini.
syoq la...
x suka kursus...x suka..x suka....
bestnya duk semenanjung dapat gi kursus..di sini susah nak gi kursus..kadang2 rasa macam ketinggalan..
YB: Apa susah YB, jom kita buat kursus geng bloggers,pas!Sure havoc you!!!
Pengisian : Cara2 blogger berhemah, pasang gajet2, copy & paste gambar, hah macam2 tu! Speakers ramai ni, terutama OneZ tu...
OneZ: Kita pakat buat kursus kat atas gunung tu...kursus geng bloggers.
GPI SKSV : memang syoq! Dok kat resort, sape tak nak kan...semua siap sedia.Makan-tido-kursus
INTAN: tak boleh Intan, kita kena pegi kursus...rezeki jgn ditolak!
Kang prestasi merosot, baru tau...
AJ Style's: Kat sana kan lagi best! Saya suka tengok nature...
meh lah visit kapit kak..cuti sekolah ke..ada berani?hehehe
AJ Style's: macamana nak pegi, time cuti tu la , hang nak balik sini. Sape nak tunggu kat sana?Kuching dah sampai - Kapit jauh lagi kan...naik bot ye....
tahun ni bajet buat kursus kat hotel dah ada balik... hehehe. Tapi bajet LDP pun ada gak... aku dah rancang (bagi cadangan kat GB) 4 LDP utk april & mei
kalau dari kuching ke kapit..kena naik bas 8jam ke sibu..dari sibu naik bot ekspress lagi 3 jam ikut sg rejang..baru sampai bandar kapit..ada juga flight direct klia sibu or lcct- sibu..
aahkan..kalau cuti sekolah mestilah saya balik jb..hehehe
aku nak jugak rasa g kursus..
huhu..
mesti besh kalau sumer free..
ngeee..
Cuba tanya 1 Z setahun berapa kali dia kuar g kursus/mesyuarat etc...ada ketika tu main tuko beg je...demi mempertingkatkan profesioanalisme...
Slmt Berkursus!
AJ Style's : kalau gitu tak merasalah sonata nak ke Kapit...makan kuih kapit udah le....
LOL Pearls: Tak pernah dapat tawaran kursus ke? Akan datang tu adalah...
Dun Behrang: OneZ tu tak usah kira la, dah keje dia macam tu...kalau dia tak ada, tak jadi lah kursus...(marah oneZ nanti - Dun ko bertanggungjawab!!!)
Myza pun sepatutnya kena pegi meeting. Dah kena lantik dlm Jkuasa Penilaian Teknikal bagi e-Bahan utk BTP, KPM. Tapi terpaksa tolak sebab byk lagi tugas2 penting di sekolah! Kalau dh masuk dlm panel penilai, jawabnya selalu la kena keluar!
Myza: Sonata pun pernah terlibat dengan e-bahan, penilai story board untuk BTP (untuk Pend. Sivik - pernah jadi JU sivik ni..), pas tu asyik kuar je, tolak...bos 'suka' sonata kat sekolah. he he he... tak kuar untuk ni, lain pulak kena pegi gak! nak tak nak kena kuar jugak...sebab bukan kita pegi berpoya2...!!!rasmi jugak kan?
cadangan yg baik. Mungkin sonata dan blogger yg biasa hadir atau organise kursus boleh jadi pemangkinnya. Saya jadi peserta bolehlah hehehe
YB: no problem...tentu seronok dapat jumpa kekawan !
Post a Comment