Lebih kurang dekat jam 4.00 petang - 2.4.09.
Aku dah bersiap sedia dengan hubby nak hantar mak & pak mertua balik Kluang, Johor.
Semua dah ready - Sonata pun dah dipanaskan. Tiba2...
"Umi, umi...pegi tengok kucing sape sakit tu? " hubby dok jerit.
"Apa?"
"Acik, acik, tu ada kucing macam sakit la kat rumah Cik Miza, macam dia semput" - anak Cik Lin beritahu.
"Kucing yang hitam , kucing acik agaknya"...
Aku pun bergegas berlari-lari ke rumah Miza - selang 3 rumah dari rumah aku.
Jiran2 dah datang tak tau nak buat macam mana agaknya.
Aku pun terkam tengok...
"Eh, eh Kopi, kenapa ni? Dia tercungap2, dah terjelepek atas tanah , lembik...air liur meleleh, nak kata benda apa dia makan tak tau la...tapi kaki tangan dah lemah...Miza dah menangis.
Aku dah meleleh air mata,sambil mengusap kepala Kopi. Kopi kesakitan.
" Tak tahu kak, Miza baru balik, nampak dia kat situ"...
Aku tak cakap banyak, angkat Kopi bawak balik ke rumah, letak kat atas rumput.Kopi semakin tercungap2.
"Dah, dah cepat bawak klinik, takkan biar aje, kita ni nak balik Kluang...biar masuk wad.
"Klinik mana yang dekat?" ( Aku je tau hal klinik2 kucing ni.)Tengok jam dekat pukul 4, hah masih bukak lagi klinik kerajaan ni.
"Yang paling dekat klinik haiwan kat jalan ke MITC, Ayer Keroh "
"Tapi tak tau lah ada tempat kurantin ke tidak".
"Ok, pegi ambik kain , pangku dia"
Bergegas aku cari kain dalam laci, dan serta merta pangku Kopi, tak bercakap apa dah dengan jiran2 yang datang tengok. Aku pangku Kopi yang kesakitan.
"Macam mana ni, kita terus ke Kluang ke?"
"Ye la, hantar Kopi masuk wad dulu semalam, esok kita ambik, cepat la!"
"Ok kita ikut Seri Negeri, pas tu kona kiri, masuk ke jalan MITC tu, cepat sikit"
Belum tiba kat trafic light JPJ, alamak dah merah pulak dah.Tak jadi nak terus ikut Seri Negeri.Hubby pun kona kiri, masuk hala ke JPJ. Pas tu tiba kat trafic light Hospital Pantai...alamak merah lagi....Kopi, terus mencungap2...aku dah sedih , tahan air mata...
"Entah la bang, kalau dah ajal dia, kita terima je la..."
"Kesian Kopi, ok ,ok sayang...jap lagi tiba klinik ye...kenapa ni? makan apa? ke orang langgar ni?"
"Macam motor langgar kena kaki dia la, tengok tu, kaki dia lembik, terkulai"
Trafic light dah hijau - jalan. Dah nak tiba kat trafic light kat kawasan Ayer Keroh, merah lagi. Hubby pun kona kiri, masuk jalan Muzaffar Heights, buat u-turn kat BP. Jalan terus lepas kawasan industri terus kona kiri....
"Mana-mana klinik ni..."
"Perlahan -perlahan sikit, hah nampak tu, sign board ..."
Masuk kawasan klinik. Tiba depan pintu besar klinik. Cepat2 aku terus menuju ke dalam klinik.
Seorang pembantu klinik / kerani ke tak tau lah.
"Kenapa cikgu? Orang dah tak ada, saya tinggal sorang ni, kaunter tak ada orang" dia beritahu.(Dia tau aku cikgu, sebab aku pernah datang buat rawatan).
" Tak tau lah, dia jadi macam ni..."
"Keracunan ke? mulut dia berbuih ke?"
"Tak, macam ni la, saya terus bawak sini"
"Ok, ok, bawak bilik belakang.."
"Sekarang you tolong tengok, apa hal kucing ni" hubby cemas.
"Saya bukan doktor, saya tak tau, saya boleh tolong tengok aje...apa saya boleh bantu saya cuba"
Hubby dah naik angin.
"Ok, kalau you tak boleh buat, apa cara boleh selamatkan kucing ni? Saya nak tinggalkan kucing kat sini, esok saya ambik, sebab nak balik Kluang kejap"
"Sini tak ada tempat tinggal kucing". Pembantu tu, cuba ambik jarum nak isi ubat, nak cucuk Kopi, nak jap tahan sakit ke / apa tak pasti.
"Saya cuba cik ye, saya bukan doktor, kalau kucing ni mati, jangan salahkan saya pulak"
"Tak pe, tak pe..kalau dah ajal nak buat macam mana," hubby mencelah.
Aku membelek si Kopi, dah nampak makin lembik, lain macam aje.
"Kalau gitu, I bawak ke klinik lain la...cadangan you klinik mana?"
" Lebih baik pegi klinik terdekat , Klinik Maju kat Batu Berendam, sana ada tempat tinggal, boleh orang jaga". ( Klinik ni selalu la juga pegi kalau kucing sakit.)
"Beritahu doktor, kucing ni bunting"
"Ok, doktor tau lah sebab nampak perut dia besar"
Aku pun terus angkat Kopi, balut dengan kain. Makin lembik kucing ni.
"Angkat la betul2" hubby nak cepat2 nak bawak ke Klinik Maju.
"Ye la, tapi abang tengok lah ni...kaki tangan dia dah lembik"
Bergegas keluar klinik, terus masuk kereta. Aku pangku Kopi.
"Abang, tengok Kopi ni, Kopi dah tak ada ! Tengok mata dia, bulat aje, tangan keras dah ni..."
"La, habis dah Kopi..."
Hubby sedih, aku pun sedih...air mata berlinang...aku tahan. Hubby senyap. Kopi mati atas pangkuan aku. Aku tutup Kopi. Kesian Kopi.
"Jadi, kita balik rumah, tanam dulu"
"Patutlah sari dua ni bila beri makan, macam tak berapa nak makan" hubby beritahu.
Hubby terus patah balik ke rumah. Terus telefon Mohd...
"Mohd, Kopi dah tak ada....pegi gali lubang , abah on the way balik ni"
Tiba rumah, nampak Mohd sedang gali lubang.
Aku letak Kopi atas rumput. Hubby tolong Mohd gali lubang...Dan Mohd "kebumikan" Kopi....
Tamatlah riwayat Kopi. Kopi la antara kucing kesayangan hubby. Bila hubby duduk kat kerusi luar, dia mesti bertenggek minta diusap kepalanya, kekadang minta makan. Hubby rajin layan dia. Dia selalu meminta nak dibelai2. Sama juga, kalau aku duduk, dia akan tumpang duduk sebelah juga. Selalu berbual2 dengan dia. Dia sangat manja.
Selepas Kopi selamat bersemadi, kami pun terus balik Kluang.Aku masih sedih, Kopi dah tak ada.
"Tak pe la Umi, dah ajal dia macam tu, nak kata apa"...
"Ye la...ala kesian la kat Kopi"....
"Dah, dah...dah tak ada dah lah..." hubby terus senyap. Sedih la tu.
( semua rakaman gambar menggunakan hp cokia aku )
*************************************************************************
N3 INI MASIH TERUS & SENTIASA DIBUKA KEPADA SESIAPA SAJE YANG INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN TAKZIAH....TERIMA KASIH. ( BERKABUNG 7 HARI )
(Pada hal, aku tersangat sibuk untuk menyiapkan kerja2 yang mesti diselesaikan sebelum aku pegi kursus , jadik tak ada le n3 baru lagi....sehinggalah aku balik kursus, tak ke betul tu, berkabung 7 hari???)
Hoya Pro1 UV Filter
12 hours ago
19 comments:
Si Imau, kucing aku pernah hilang masa raya dulu...10 hari kemudian anak-anak aku jumpa setelah meroyan mereka mencarinya...dijumpai dlam keadan parah dan macam nazak...
Di bawa ke klinik haiwan kerajaa...doktor haiwan yang tak pernah buat kerja tu gelak-gelakkan anak aku...
lalu anak-anak aku bawa ke klinik swasta...
mereka sanggup korbankan duit raya 25 rengget sorang X4 = bayaran pembedahan kecil di lutut si Imau....
Begitulah kalau sudah sayang
Aku ada tulis entry tu di bawah tema 'kucing-kucing'
Bila start kursus?
Selamat jalan...
CkLah : terima kasih, sama simpati, sama jugak dah macam sebahgian ali kelurga kan! Samalah kita ni....
Kursus mula Ahad ni, hah esok nak pulun siapkan markah PSK sebab baru ujian pagi tadi...
Takziah di atas kehilangan kopi. Binatang2 kesayangan ni adakalanya dan mcm sebahagian ahli keluarga.
Saya pernah menangis masa saya kecil dulu apabila ayam saya disembelih utk kenduri nenek nak pergi haji. Siap saya bagi nama ayam2 dan itik2 saya.
Selamat berkursus.
kesian kopi... tapi dah sampai masanya... tetap pergi juga... sebab tu aku tak nak bela apa2
hidup ini bagai lampu dinding,
yang dinyalakan di malam hari.....
Ajal yang tiba, sukar dihalang. Yang penting usaha tetap dibuat walau byk halangan hingga ke penamat nyawa. Gitulah bila terdetik perasaan sayang pada apa jua... Yang tumbuh hilang berganti..Manakan sama dengan apa yang dah tiada lagi...
Sedih bila kehilangan sesuatu yang kita sayang...tapi nak buat macam mana..dah sampai ajal dia.
begitu le hukuman alam....datang dan pergi. lama-lama nanti hilang le sedih tu. cari le pengganti kopi tu.
alamak.....sedihnya...bwk2 bsabo ye...
Teringat zaman dolu2...kalo ada kes2 camni, teman le tukang angkat, tukang gali lubang, tukang tanam...sedih mmg sedih...kena lak yg mmg slalu gesel2 kt kaki tu...uwaaaaaaaaaaaaa!!!
turut sedih..
takziah atas 'pemergian' Kopi..
alala. sedih nyeeeee
uwaaaaaaaaaa sedih! sobssssssssssss!
Saya juga baru kehilangan.
Kehilagan seekor ketam peliharaan. Sedih jugak..
hem...abah baru bgtau in aritu, time umi dgn abah dating.
sedih gak (walaupon dia manje dgn abah, and in sgt jeles).
kopi kan dah lama dgn kite.
='(
betui..betui..betui!!!
Kita terima dengan redha dah sampai ajal Kopi, usaha dah dibuat kan? Kita kena hadapi dengan tenang.
Salam...sedih juga entri ni.Semoga kita dapat pengajaran bahawa sesuatu yang hidup tu pasti mati.Shukran
Salam...
Sekali tengok macam orang yang mati, dua kali tengok baru semacam kucing..Apupun, tiada apa perlu disedihkan. Semua makhluk adalah sementara. Ya, sementara.
baru terbaca...
dan baru sedih ni...
walaupun agak lewat..
tapi masih dalam tempoh berkabung...
begini rupanya sedihnya org yg bela kucing..
* saya bela ikan main2 je...
Post a Comment