CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, April 20, 2009

Naik pangkat = naik gred = naik gaji

Cite aku hari ni kisah kenaikan pangkat.

Petang tadi meeting/taklimat tentang lawatan pihak nazir ke sekolah , katanya mulai esok - bila nak datang belum pasti. Jadi, bos ingatkan lagi kepada semua cikgu apa yang perlu ditambahbaikkan lagi. Macam2 la. Ini semua perkara biasa yang perlu setiap guru hadapi. Perlu well-prepared.

Lepas tu pulak, taklimat dengan cikgu yang mengajar tingkatan 6. Tunggu punya tunggu, sekarang dah dapat la keputusannya. Maka tersenarailah mereka yang telah dilantik sebagai guru tingkatan 6. Sekolah aku ni layak 9 orang - termasuk seorang GPK Tingkatan 6 DG44 (sebab tingkatan 6 ada 4 kelas) , 1 orang DG52 ( alhamdullilah yang baru saje pencen tu la...tahniah Tn Hj - back dated 2008 ), 1 orang DG48 dan yang lain DG44. Semuanya gred hakiki. Jadi, mereka perlu mengajar di tingkatan 6. Mengikut senarai ada 2 lagi tak diisi & 1 yang dah pencen tu, jadi kurang 3. Nama2 yang dihantar ada yang tak terpilih , kita hantar aje, tapi keputusan dari bahgian sumber manusia. Mereka yang tak terpilih ada lagi peluang seterusnya.

Semuanya ini adalah untuk memertabatkan profesion perguruan. Akan datang murid tingkatan 6 ni seperti berada dikolej. Begitu tinggi dinaik tarafkan. Dan perubahan2 akan terus berlaku. Macam aku, macam ni la aku. Nak ke mana lagi? Aku suka seperti ini ...tapi pagi tadi aku terperanjat ada cikgu beritahu, aku akan ke tempat lain ! Alamak, sape cakap? Tuan badan tak tahu pun, memandai aje cikgu2 ni...Aku kata, tak ada apa2...Dan aku tak ambik pusing pun. Aku senang bertugas dengan bos sekarang ni. Dan beliau sentiasa memberi kepercayaan serta memberi komitmen kepada aku...Senang aku.


13 comments:

Melawis said...

Tahniahlah kepada semua guru yang terlibat ngan Ting.6...eh..kot-kot datang ke tempat saya tak..ada post kosong ni...

sonata anak kancil said...

Oh tidak!!!Ku tak ingin berpisah !

Untuk T6 biasanya kita utama kan orang lama dulu, entah2 akan diisi secepat mungkin dari orang luar! Sebab tak lama lagi 6R akan masuk.

Yunus Badawi said...

masa saya kerja kat sykt kulit kerang dulu selalunya tuan badan adalah org yg terakhir tahu kemana dia akan ditukarkan hehehe

Entah2 sonata kena tukar ke KL. Susahlah nak jadi pengurus sykt saya bagi kawasan Melaka kahkahkah

INTAN said...

dulu...bekas sorang guru yg dh jd pensyarah kat sini pnh ckp kat saya..jgn jd cikgu sbb susah nk naik pangkat...tp rasanya pendapat dia silap le...ek..

Anonymous said...

Ok apa naik pangkat..Tapi semestinya kena bayar dengan 'harga' yg setimpal..heheh

DUN Behrang 2020 said...

"Pergerakan" kadang2 mmg membuatkan kita rasa resah gelisah...namun semua yg berlaku ada hikmahnya!

Unknown said...

salam,,bila semuanya dah nek...nanti nek badan ,nek darah dan semuanya nek..hu3

Sheikh said...

sonoknya naik pangkat...
maknanya naik gaji la jugak kannn..?

yang aku nie perut jea yg naik ! huk huk

sonata anak kancil said...

YB: Saya takkan ke KL! tak nak....beri orang KL udah le.Jadi jangan risau saya tunggu tawaran tu! kwang3.

Intan: sekarang banyak saluran untuk cepat naik gred. Saya macam ni la...ada rezeki naik, naik le, tak ada pun tak pe - bukan rezeki kita...maknanya bebanan tugas takat tugas yang ada.

Arryani: Biasa gitu le, tapi ade gak, yang naik gred , keje mcm aeadanya!gaji mahu lebih...

Dun Behrang: Ada orang resah gelisah, ada orang tak kisah...


APS: Betul tu! semua naik - tak kena gaya adjust, merana la jawabnya!

Sheikh : naik pangkat - tugas pun naik gak! nak2 cikgu le ni, macam2 nak buat itu ini, kalau lambat bertindak, susah le, tu kekadang ada yang tak nak pangkat!

Anonymous said...

Salam..
Naik Pangkat = Naik gaji
Naik Pangkat = Penghijrahan terpuji
Naik Pangkat = kita dihargai
Naik Pangkat = t/jawab bertambah lagi

sonata anak kancil said...

Danish : wow pandai hang buat analisa. Biasa begitu la. Tapi ada juga, naik pangkat tak naik gaji - terutama kenaikan pangkat yang setara dalam gred gaji.

Contoh GPK HEM = GPK Pentadbiran = Gred sama, pangkat beza....

insan pendidik said...

Seronok dapat ngajar Form 6 tapi sekolah IP takde pula. Kat KL nak naik pangkat payah sikit. Ada PK dah mati gaji 3 tahun pun tak naik pangkat lagi. Dapat atau tidak itu rezeki masing-masing. Tapi kalau dapat tentu best.

sonata anak kancil said...

IP:Apa saja bidang tugas - ada pro & con.

Tawaran untuk T6 - mesti ngajar T6 - gred hakiki - klu nak mintak tukar kena cari sekolah yg ada T6 & boleh dihantar ke mana2...urusan T6 sentiasa di upgrade !