Sebut fasal pengurus - macam2 jenis pengurus - pengurus apa? Pengurus sumber manusia (urusan staffs) , pengurus kantin ( tokeh kantin sekolah ke / pejabat dll ), pengurus bola sepak (dok jaga budak2 / orang2 main bola sepak ) , pendek kata macam2 jenis kerja pengurus ni.
Aku pun pengurus juga, tapi Pengurus Tegar. Iaitu menguruskan bentuk fizikal badan ni! So, aku kena sentiasa jadi pengurus yang sekian lama, tetap jadi pengurus tegar. Kalau tak , urusan badan aku akan jadi apa tak tahu la! Tapi la ni dah jadi sesuatu tak kena dengan bentuk badan aku ni - lain macam aje ! Alamak, kenapa la aku tak maintain sebagai pengurus tegar?
Aku agak risau kerana tidak bertindak sebagai pengurus yang terbaik. Bukti? Dulu2
( bila tu? - masa dara trang tang tang ) aku pakai saiz S....Dah lama gitu ( oh oh oh lama gak sampai waris zuriat ke 5 ) , aku maintain - maintain - lama2 dah mula tukar saiz M sikit2...Ok lagi. Tapi la ni ( faktor umur kot ) dah nak mula tukar saiz L...alamak, aku kena jadi pengurus terbaik sekarang!
Aku tahu faktor utama ialah, aku dok sibuk pegi sana sini , meeting & terutama kursus - tapi bila berkursus, tahu2 aje la, berapa kali makan? Lepas tu masuk dewan, lepas tu makan, malam lagi , dah letih duduk lama2, terus tidur. Kerja duduk di kerusi tanpa berjalan2 ni lebih letih daripada mereka yang guna kudrat kaki tangan...Aku tahu ni la punca utama , aku tak boleh jadi pengurus terbaik.
Bagaimana nak jadi pengurus tegar yang terbaik? Yang utama aku tak kan tukar saiz, tapi aku akan terus jadi pengurus tegar.
Hoya Pro1 UV Filter
12 hours ago
11 comments:
huwaaaa...sama le kita...huwaaaa!!!
Cikgu Sonata..yang pentingnya badan sihat..tak ada sakit kronik..Syukur alhamdulillah walaupun tubuh dah hilang bentuk..hehehe..
dulu masa saya kerja dgn skyt kulit kerang pun makan macam2 kerana nak entertain klien. Akibat badan jadi mcm buah binjai. Saya kategorikan ini sebagai "occupational hazard" kerana berkaitan dgn kerja. hehehe
Dah ada 5 askar dah cikgu...apa le kisah lagi nak saiz L ke XL..abang tetap sayang.Insya Allah.
Salam cikgu sonata..
Orang kata jangan makan nasi.., ambil roti je, dalam setahun dua, boleh balik ke saiz S semula..( saya pun kena cuba aplikasikan ni..)
Intan: kuatkan semangat!Jangan putus asa.
Tirana: Alhamdudullilah hingga la ni, sihat - tapi tetap kena jaga makan! Hari tu ada peluang check-up - kat border line la...
YB: Saya pun risau gak bila kena hazard ini. Tapi tu la , kena kuatkan displin diri, tak jadi hal punya.
Melawis: Sayang tetap sayang - kalau guna prinsip bila tukar saiz - hilang sayang , berat tu - ramailah mak gen-2!!!Ye le nak yang slim2 aje! yang penting untuk sihat - sebab bila dah ketara tukar saiz - bimbang sakit akan hinggap...
Rajiah : Makan nasi sikit2 aje...pelan2 supaya tak terkejut perut bila asyik makan roti aje! Inilah saya pun aplikasikan ...
Sakam Sonata,
Masih ada dua tiga saiz nak dicuba. Saya pun lama bertahan di saiz M. Tetapi sejak bersara sudah menjangkau ke saiz XL... ohh...
Zabs: hah jaga2 tu - ini pulak boleh kategorikan "pencen hazard"!
Apa pun, Zabs tak boleh duduk tanpa buat sesuatu, bagus lah ada kerja & aktiviti nak dibuat.
Hati-hati bila menjadi pengurus tegar..kesihatan perlu dijada..ramai tekanan mental kerana 'itu'.
Akhi: oh oh oh...tak la stress...hanya sentiasa prihatin. Dah "tua2" ni ( tua ke ? umur makin meningkat la ), kalau lebih2 tu bimbang sakit aje - contoh yang kembar 3 tu...jadi lebih baik prevention is better than cure...
Post a Comment