CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, April 16, 2009

Clash...

Hari ni, pagi tadi majlis persaraan 2 cikgu sampai jam 9. Nak letak gambar2 berkaitan tak dapat2, masing2 semuanya sibuk. Tak kisah la...yang penting aku ni hah yang nak kata sibuk, memang sibuk, macam2 sibuknya uruskan bebudak ni. Parents lepas satu, satu datang , nak ambik anak yang sakit , nak sain dokumen dll.

Tapi paling aku tak dapat nak settle - ada parent (bapa) datang nak ambik anaknya - alasan nak bukak buku akaun bank. Dia maklumkan, datang nak jumpa anaknya - sebab dah tak duduk sama lagi. Anak2 duduk dengan bekas isterinya , jadi aku banyak lah soal siasat - kang buat dia bawak lari anak dia dari sekolah, aku kena bambu...Aku pun mintak nombor telefon isterinya & telefon. Isterinya cakap macam2 tentang dia & offcourse la aku tak menyebelahi mana2 pihak, jangan cari fasal dia ambik bawak keluar anaknya, lepas tu tak hantar balik ke sekolah / rumahnya.

Dia mempertahankan haknya sebagai bapa - tapi aku kata tak boleh. Lepas tu, nampak macam tak puas hati , aku & kaunselor bawak jumpa bos. Sebelum dia masuk, aku dah maklumkan pada bos , gitu gini tentang dia & isterinya.Lepas dia masuk, bos cakap tak boleh - walaupun tak adahak penjagaan sape2, "saya tak benarkan bawak anak keluar dari sekolah tapi lepas sekolah terpulang pada awak!" bos cakap. Habis cite. Lepas tu bos cakap dengan aku, jangan benarkan, nanti kita jugak yang susah, hal mungkin perebutan anak ni.

Esok petang ada majlis hi-tea meraikan cikgu yang bersara ni. Bos beritahu, dia kena pergi meeting kat jabatan , mungkin cuba mintak keluar awal untuk ini. Ok la tu...Dia suruh aku & rakan setugas handle majlis ni. Satu lagi meeting tempat lain sorang Ketua Bidang kena pegi.

Lewat tengahari bos panggil aku - "ni awak kena pegi meeting kat SMK XXX, tentang program AFS students". La, aku pun kena pegi jugak!!!!Habis, nak wat macamana - kena lah pegi meeting - hi-tea tinggal la hi-tea. Kalau dapat mintak keluar awal, aku akan keluar...Tinggal la rakan setugas aku tengok2 majlis tu...Nak kata ape...

12 comments:

Yunus Badawi said...

yeah first lagi! maaf tak sempat nak komen sbb nak ke surau ni. Nnt malam kalau sempat saya dtg lagi. Siapkanlah mee goreng ke atau apa yg patut hehehe

sonata anak kancil said...

Tahniah 1st! hubby pun ada majlis kat MOZAC. No problem, macam2 mee ada , jangan rendam mee udah le, satu mee pun tak jadi...

ONE ZABA said...

minum teh tarik kat kedai mamak je la

sonata anak kancil said...

OneZ: Saya tak nak teh mamak - saya nak teh perisa strawberi!

Yunus Badawi said...

Baru habis hantar jawapan Safety Questionnaire kpd bakal klien. Isu landskap belum settle lagi. Mungkin sampai lewat malam.

Nak citernya semua org sibuk. Kawan saya kat surau tadi kata tak sibuk kalau kita dah mati. Kat kubur takde apa nak buat, katanya.

Saya tanya dia, kalau mcm tu blogging boleh ke? (dia pun blogger) hehehe

sonata anak kancil said...

Pelik bin Takjub ...sibuk bloging , sibuk ke? he he he...sibuk gak!
Kena ada ruang dan peluang bloging dalam kita sibuk.Dan ingat - orang yang sibuk aje masanya cukup!!!sebab tu ada cukup masa untuk bloging.

Zabs said...

Salam Cikgu,
Baguslah busykan, berbaloi kerajaan bayar gaji.
Tidak macam saya, dapat pencen tapi tak perlu buat kerja. Dah dapat pencen awal dari orang makan gaji...hehe..

sonata anak kancil said...

Zabs: Itu la ganjaran orang dah pencen...Selama ni, dok memerah otak macam sonata ni, hah tiba masa pencen - lupakan dunia kerja ni. Inilah masanya nak 'enjoy'life time! (berkobar2 nak pencen)

Yunus Badawi said...

seronoknya org kerja gomen. Ada pencen. Kalau kerja sendiri mcm saya ni, tak kerja takde lah gaji huhuhu

sonata anak kancil said...

YB: sebenarnya gini : orang gomen, dia nak rasa macam orang keje swasta, dan sebaliknya!

keje sendiri lagi best! kita bos, kita segala2nya...ikut suke kita nak urus macamana, yang penting ilmu pengurusan mesti ada...(agak2 ada can jadi pengurus kat Melaka ? he3 )

INTAN said...

musim bz skrg ni gamaknya...tp bz2 cam ni rasa berbaloi dpt gaji...berkat gitew...

sonata anak kancil said...

selagi hayat dikandung badan, gini la tugas kita - seronok pe? Cukup bulan dapat le sikit wat belanja makan!