Mula2 nak beritahu aku dah pun balik kepangkuan keluarga....he he he, macam jauh no...berkursus. Pada hal kat Port Dickson je - dari Melaka takla jauh sangat.
Sejak dapat berita kena pegi kursus, terus aku pulun siapkan segala tugasan supaya sepanjang ketiadaan aku samada kat sekolah maupun di rumah semuanya berjalan seperti biasa. Terutama aku menanda kertas ujian ( paper PSK habis hari Jumaat). Nasib baiklah jawapan objektif , bolehlah diswastakan ada 6 kelas ( 3 F3 & 3 F1 ) .
Jadi, dek kerana kesibukan/ kesuntukan masa, maka tu lah sebab nya tidak dapat memberi respon balas kepada semua rakan maya dan pengikut setia yang anonymous , menyampaikan ucapan takziah atas kematian Kopi tempoh hari.
*****************************************************************************
Sesiapa saja yang telah menyampaikan ucapan takziah , simpati terhadap kematian Kopi tempoh hari, aku ucapkan terima kasih. Satu peringatan kepada kita - setiap yang hidup, akan menempoh kematian.
Kalau memanjat dah sampai ke puncak
Kalau berenang dah sampai ke tepian
Kalau berkursus dah penuh ke benak
Kalau dah ajal , tamat la riwayat....
CkLah : dah seperti sebahgian ahli keluarga - memanglah sedih, nasib baik pegi kursus, lupa tentang kes kematian itu, sebab memberi sepenuh perhatian pengisian kursus.
Yunus Badawi : tak bela ayam / itik lagi ke? lagi hebat semua bernama...t.kasih
Shifu67 :
hidup ini bagai lampu dinding
yang dinyalakan di malam hari
apabila minyak sudah kering
ianya kan pasti padam sendiri.....
Azlanlin : patah tumbuh, hilang berganti ! ganti dengan anak Kopi ( Tam ) dan cucu2nya yang masih terus hidup...tapi tetap tak sama!
Tirana : semua yang bernyawa, PASTI kan MATI jua! kita pun sama - awas!
Dun Behrang : jangan ngangis lagi - sekarang tukang apa?
Lots of love : terima kasih - pergi tetap pergi, pergi tak kan kembali!!! uwwwaaaaa....
Obor - obor & Alyn : jangan sedih2 lagi - jaga kucing kat umah tu baik2...jangan jadi macam Kopi.
Arryani : tak kira, apa saja yang kita bela / simpan, semuanya kita sayang. Bila dah mati / hilang, macam ni lah kita alami...lama2 lupa la tu...jangan sedih lagi - cari ketam lain lak...
OneZ : buat masa ni, mula pujuk / mula 'berjinak2' ngan Tam / Koko dan lain2. Tapi masih ingat sikit2 lagi la....
Intan : jika diingat2 memang masih terasa, tapi dah ok dah...apo nak kato.
Bawangmerah : tak nak sebut2 lagi fasal Kopi...banyak yang lain ganti.
IdzaRis79 : Salam kenal, sonata dah ziarah rumah Idza - ok kita panjangkan silahrahturrahim...
Sahar Misron : terima kasih, sama2 turut simpati dengan kehilangan Kopi, sekurang2nya mengingatkan kita semua , kita juga akan MATI - bila2 masa aje!
Melawis : Salam kenal, ni kena cari kat mana , ngajar mana? Dekat Bkt Beruang, dekat bebenor ni, sekolah mana? Jangan2 satu sekolah! ha ha ha ...MATI aku, kalo ko kenal aku! Ok, kita link - kongsi cite2 sekolah dan lain2....
MDFarid : Salam, ingatkan sape tadi...tukar nama ya? asyik tukar ni, tak kena saman ke??? apa yang ada di dunia ni, semuanya bersifat sementara.
Syukur kerana dipinjamkan di dunia ni, jadi jangan lupa pulangkan semula.
GPI SKSV : tak kisah, lambat ucap tak pe, yang penting, ingatan tu!
Hadfina / Aizan / Na Shari / SSSini : terima kasih turut simpati...semua yang hidup akan mati juga...
serta tidak lupa anonymous yang sudi & setia mengikuti "rakaman" sonata
& lain kali tepek nama yeah!!!
Dengan ini buku pelawat di 'tutup' dengan rasminya.
Hoya Pro1 UV Filter
12 hours ago
4 comments:
first ke? yes!
Tentu sonata gembira dah balik kepangkuan keluarga lebih2 lagi malam ni malam Jumaat hehehe
Johan! Biasalah tu YB....buat2 tak faham lak....he he he
kucen ku demam panas.. hrp2 panjang panjang umur dia... hhuhu, sedey... ptg ni nak bwk gi klinik
za: kesian kat dia - bawak gi klink cepat2...hrp cepat sembuh!
Post a Comment