CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, March 6, 2009

Stokin a/k Tam cucu kepada Kopi



















Gaya dan lagak si Stokin.

Stokin
ni a/k Tam, cucu kepada Kopi. Dia ni keturunan Parsi sebelah moyangnya
( Lulu emak kepada Kopi ), sebab tu badanya berbulukan kucing Parsi , sangat lembut cuma pendek sikit daripada moyangnya yang tersangatlah panjang bulunya. Moyangnya telah ke dunia kekal, akibat dilanggar lari...Sangat tragis...Kenapa Stokin? Sebab setiap kakinya seperti pakai stokin bersarung putih...

Kuat makan,badan gemok, tapi sayang, sangat pendiam! Kalau dipanggil terkebil2 mata bulatnya... 2/3 minggu lepas dia luka, kena apa tak tahu lah, gaduh gamaknya...habis luka kat ekor. Tapi hari ni dah ok, sebab ubatnya senang, dia minum air kolam ikan yang telah dibubuh
vermi-power liquid!

Ada cerita lucu, semasa orang hantar mesin basuh, dia sangat berminat dengan Stokin. Dia tanya sape nama - aku kata Stokin...Dia pun gelak, ok lah tu, rupanya hampir sama dengan kucing dia, dan nama kucing dia ialah Kasut ! Aku pun gelak sama...lucu betul.

4 comments:

ONE ZABA said...

wui! aku alergik betul ngan kucing ni. bukan la benci pulak. bukan apa... jiran aku tu ha. bela kucing nak. tapi tak pandai nak jaga. habis kreta aku penuh dgn DNA kucing tu.

sonata anak kancil said...

macam tu tak bolehla, sama juga macam bela ayam...kena jaga lah semua aspek, makan minum nya dan lain2...macam bela anak jugak...

bawangmerah said...

stokin sangat sombong

CiK Santai said...

Stokin sgt Macho!