CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, March 29, 2009

Tips Sihat & 4 Kuat

Tips untuk sihat & 4 kuat yang patut diamalkan ....

Tips ini diperolehi semasa kursus PTK tempoh hari. Iaitu:

1. Minum susu sekurang2nya 2 gelas sehari. Susu tepung , tak kiralah susu tepung apa - sebab semuanya sama, hasil susu lembu.

2. Makan buah2an 3 jenis sehari. Apa2lah yang mudah diperolehi.

3. Cek gigi. Gigi dan bau mulut sangat penting dijaga. Pergi lah cek gigi, kalau rosak / nak kena servis pergilah ke klinik gigi. Nak cuci / scaling - buat lah. Penampilan diri sangat bagus, bila bercakap bau mulut yang kurang enak - rosak penampilan.


Selain perkara tersebut di atas, bagi aku pulak, sape nak ikut, ikut & amal kan lah. Kalau lepas bangun tidur tu (tak payah gosok gigi!) , teruslah pergi dapur , cecah sikit garam kat cari manis kanan letak kat lidah , pas tu teguklah air sejuk. Bacalah selawat & doa mintak sihat.Tujuannya buang sisa toksid & kata sunnah Nabi ( ada lah orang beritahu ) & ada kata buang penyakit.

Lepas tu, dah siap2 semua urusan peribadi & nak keluar pergi kerja / nak keluar breakfast - biasanya amalan aku minum 1 sudu besar madu + air sejuk. Bacalah selawat & doa mintak sihat. Hubby sama gak la. Kita perlu sama2 sihat - kalau salah sorang tak sihat, sorang lagi pun susah jugak. Dan amalan ni pun adalah sunnah Nabi untuk bersarapan - sila rujuk slide show Pn Tirana. Minum madu memberikan tenaga kepada kita.

Dah selesai itu semua - bolehlah nak makan apa jenis sarapan. Tapi kalau boleh tidaklah yang berat2 sangat...Hasilan gandum lebih baik. Makan kita pun kena jaga - sebab punca sakit, semuanya dari apa yang kita makan. Jadi jagalah makan kita, bermakna kita jaga diri kita dari kena sakit.

Selain daripada ini, rajin2 kan lah diri sentiasa bersenam. Yang mudah ialah berjalan laju / kalau larat jogging , pergi lah jogging.

Mankala 4 kuat diperolehi dari seorang kiai. Bos dengar ceramah di masjid, dan disampaikan kepada kami semua. Iaitu:

1. Kuat bekerja

2. Kuat berfikir

3. Kuat bersabar

4. Kuat berdoa

Akhir sekali - sepanjang kita bertugas juga amalkan Tonggak 12.

InsyaAllah sihat - kongsi bersama & lagi terus bersemangat untuk bekerja!

10 comments:

Unknown said...

mungkin dah tua barangkali...
dah tak serancak dulu lagi dah bekerja...
N3 ni bagus untuk dibaca.disimpan dan diamalkan.....

sonata anak kancil said...

terima kasih...jgn simpan, amal terus untuk sihat...

azlanlin said...

Usia hampir menjejak ke 40-an, udah tak semeriah dulu-dulu...gitu le tenaga seiring dengan usia... Yang penting, usah duduk bersenang-lenang, otak tak befikir, badan tak bergerak-gerak..kompom penyakit malas datang..

Dearie Pearls said...

..thanx for sharin..
ptg ni aku nak exercise ar..
dah lama xjogging..

happy day!

Anonymous said...

terima kasih atas ingatan tu, insyaAllah akan cuba lakukan sebaik mungkin.

situsanasini

DUN Behrang 2020 said...

sharing is caring....TQ!

ckLah @xiiinam said...

Dalam hidup ini kita terlalu banyak urusan...
urusan dengan manusia (hablu minan nas)...
urusan dengan Allah (hablu minallah)



Dan untuk kelancaran urusan itu...
kita perlu sihat...
rasa sihat....
nampak sihat...


walaupun kekadang kita memang sakit...

moga Allah terus melimpahkan nikmat sihat buat kita ya cikgu...Amiiin.

sonata anak kancil said...

Azlanlin : saya salute dan tahniah kat cikgu kerana 'kesanggupan' untuk sambung belajar!amalkan 4 kuat tu...

LOL - Pearls : Jangan lupa pegi jogging!

SSSini: jadikan amalan harian - sy pun kekdg tak ikut jugak..apa yang penting, jangan tak buat langsung...

Dun A.Rani : hahh jangan lupa kat cik ayang jugak...klu sorang sakit, sorang lagi pun sakit! ye la , kena jaga yg sakit...jadi kena 2-2 sihat...

CkLah : kalau sakit usahakan ubat sakit tu , jadi sebelum datang sakit, kita jaga / tahan sakit jgn datang kat kita...klu tak, semua urusan2 tu tak selesai la...

Yunus Badawi said...

Terima kasih kerana berkongsi tips. Tak tahulah berapa lama saya boleh amalkan. Istiqamah saya dah menurun huhuhu

sonata anak kancil said...

YB: buat , jangan tak buat - hang dok travel, macam guna kete gak...kalau tak rajin servis, kete baru, pun cepat 'ranap', apa lagi kita ni yang nak sampai 1/2 abad!