CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, March 2, 2009

1st day dalam pejabat...

Hari ni baru masuk pejabat....

Kunci bilik disimpan oleh staf pejabat...masuk2 alamak, terlupa pulak pada staf ni yang masih belum tiba kalau belum time dia . Kita ni cikgu, datang awal +- 7.05 pg dah thumb-print. Macamana nak buat? Nasib baiklah, ada kunci lain - yang sama nombor boleh bukak pintu bilik aku. Sorang staf yang datang awal tolong bukakan. Arghhhhh...lega, pintu boleh dibukak. Kalu tak haru aku,dok 'lepak' luar pintu jawabnya...hari ni pulak ada perhimpunan rasmi.

Habis perhimpunan, GKMP datang berikan feed-back tentang apa yang dia telah pergi mewakili aku di JPM semasa aku berkursus. Apa yang ditaklimatkan, semuanya telah diambil tindakan, itu semuanya adalah rutin biasa , mungkin ramai yang baru2 naik ni, (naik pangkat le tu...) yang belum arif tentang bidang tugas macam aku ni...ramai rakan sejawat / yang dia kenal juga - ucap tahniah padanya...wow tahniah la dah naik pangkat...dia kata, tak ada, wakil kan aku yang gi kursus je...Aku kata, tak pe dah dekat la tu...

Lepas tu,mulalah satu - satu , staf / murid / parents datang jumpa. Nasib baiklah waktu ngajar aku, telah diambil alih oleh guru praktikal! Mulanya aku bergegas nak gi ngajar - tengok2 cikgu praktikal yang ambil alih.Beri chance cikgu praktikal ni ngajar...Nak jadi cikgu kan, hah ngajar le betul2, nanti lecturer observe boleh dapat A. (teringat aku praktikal dulu dapat A!!!)

Bercakap hal ngajar ni, lepas balik kursus, jadual baru telah dikeluarkan, nak kata sedih tu, sedih gak, sebab subjek aku selama ni - Geografi ( yang orang kata - cukup mantap ) dah dipulun habis oleh guru yang baru datang. Sekarang semua diberinya PSK. Ok lah jugak, aku tak kisah la, sebab baru ni lah cikgu Geografi ada, aku tak pasti lah major dia ke / minor ke, yang penting, biarlah beri chance cikgu2 baru ngajar subjek tu. Sekarang ni susah benar nak cari cikgu major Geografi. Entah mana pegi tak tahu la..yang aku tahu, zaman sewaktu dengan aku dulu2, tak ramai yang major ni ( kat univ. aku - yang lain tak tahu la - kalau ada pun mungkin bukan cikgu)


Ada pulak kisah budak ponteng kelas - bercadang nak keluar sekolah...Dah disoal siasat, akhirnya dipertemukan dengan aku. 2 beradik pulak tu . Masuk2 bilik aku, aku tanya satu soalan: tell me the truth, what's your aim come to school today? Terus ngangis. Why??? Tell me now. Tutup pintu. Gitu gini, depa nak protes dengan ibunya.... Aku kenal dengan ibunya, sebab pernah datang untuk mohon tukar subjek elektif anaknya. Dipendekkan cerita, anak2 ni memerlukan kasih sayang ibu (bapa passed-away), tak sama dengan apa2 yang ditukarkan dengan wang ringgit yang diberikan. Telefon ibunya. Datang. Syukur you all tertangkap hari ni, kalau tak, ke mana pergi, apa2 yang tak diingini akan berlaku, lagi teruk. Balik rumah, biarlah emaknya handle pulak anak2 nya tu....Bincang lah depa anak beranak....

4 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Cabaran guru masa kini...yg tlibat ngan murid kena settle bab2 masalah murid, kena lak murid2 zaman sekarang nih...poning tahap gaban!

sonata anak kancil said...

Begitu lah Dun , kalau tak kes bebudak ni, tak keje lak kita, biar seronok gi sekolah ( tonggak 12 - seronok bekerja & kewajipan menjalankan tugas )

ONE ZABA said...

ada kerja lebih baik daripada tak de kerja.

sonata anak kancil said...

OneZ: Betul tu OneZ, bersyukur dengan bidang tugas kerja kita,

lihat lah ....mereka yang diberhentikan kerja secara terhormat...