CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, February 28, 2009

Semuanya sudah berakhir....

Kumpulan PV1

Kumpulan Utama

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi, aku telah selamat kembali ke pangkuan keluarga, setelah 1 minggu terperap dalam Tropical Inn Hotel, JB... Semuanya dapat dijalankan dengan penuh 'suspen', 'stress' dan pelbagai perasaan mengikuti kursus ini! Tapi bila dah berkumpul, yang semuanya seangkatan, nak risau apa, semuanya sama..

Berjumpalah dengan rakan2 lama, seuniv. , sesekolah , se kursus sebelum ini , sekampung tak dak pulak...Yang best itulah jumpa rakan lama, seronok bukan main. Bila dah jumpa tahu2 aje lah kan, tanya keluarga masing2 dan sebagainya...Kalau ikut kursus ni, semuanya adalah GPK ke atas ...GPK, Pengetua, Ketua Jabatan Institut Perguruan, dan juga dari KPM. Mana yang baru kenal, dapat la kenalan baru.

Bagusnya kursus macam ni, kita dapat bertukar2 pandangan/pendapat/ikut contoh yang dilakukan di organisasi masing2. Dapat jumpa rakan di sekolah kluster & juga SBP.
Mana yang baik, dapat diaplikasikan di sekolah kita.

Berbalik kepada acara kursus, tahu2 ajelah, "orang2 lama" berkursus, dengan penuh tekun mendengar semua ceramah. Mana boleh buat acuh tak acuh. So kena concentrate, semuanya on time. Ceramah2 yang disampaikan, semuanya adalah menjurus kepada kita untuk memimpin ahli kita. Ilmu yang disampaikan amat berguna untuk diaplikasikan di sekolah. Yang bestnya, semua penceramah ni, menyampaikan ceramah dengan penuh humor! Ada yang gelak aje...Jadi taklah stress mengikutinya.

Bila penceramah sampaikan kuliah - cara menangani stress, dia kata kata buat apa nak stress2, buat biasa aje...takut public speaking? persembahan individu? tak ada apa la. Takut UAK? ala tak ape, jangan risau...lega & terubat bila di motivate kan begitu. Yang stress dan takut ni, bukannya apa, takut tak capai tahap! Kalau boleh nak lah 4-4! Entah lah aku pun tak mahu nak ulas panjang lebar lagi, biar la yang dah lepas tu, lepas la, jadi sejarah...Cuma aku nak rakam kat sini, aku dah pegi kursus ni PTK 4 (P & T). Tu aje.

Dalam kursus tu juga, aku ni pun terlantiklah sebagai salah sorang pengerusi kepada penceramah - tajuk Integriti. Ok lah, tak ada masalah, kalau dah biasa berucap, tidak lah kaku. Semuanya sama aje dengan kita ni. Rakan2 sejawat - ada juga yang lebih tua dari aku ni. Siap la juga aku sediakan pantun wajib negeri Melaka.

Kapal dagang dari seberang
Penuh muatan kayu meranti
Tuan penceramah sudi datang
Kami semua sedia menanti

Untuk penutup:

Anak itik lima-lima
Buah durian balik daun
Budimu tuan kami terima
Jadi ingatan bertahun-tahun....

Sekian, terima kasih. He he he.......

8 comments:

Anonymous said...

haah.
sampai2 je trus shopping kasut!
nak jugakkk
hihi

sonata anak kancil said...

tak ada lah nak membelinya, tapi 'terlanjur' lalu tu, tengok2 berkenan & ok je, buleh se lah...

ada orang tu dapat bag-pack stripe merah gitu,1/2 price ok la, tahan le sampai ke NZ

erisya nor said...

wahhh ramainya peserta kursus! pasti seronok dapat ramai kawan baru

sonata anak kancil said...

Erisya: ya, kumpulan sonata saje 40 orang bagi 2 kumpulan jadi 20...dalam soal selidik, tulis seronok jumpa kawan...nakal punya orang!

Sulamankasihabadi said...

salam sonata...mcm sonok je g kursus he3...

DUN Behrang 2020 said...

Tahniah dan selamat kembali...sekian, komen saya pada kali ini..hehehehe!

admin_smksgpusu said...

Tahniah le dah selesai....tunggu keputusan je nanti.... Semoga berjaya.

-aibiwai-

sonata anak kancil said...

Ujie, Dun A. Rani & Aibiwai :
terima kasih, kat sekolah pun staf tanya, amacam kursus? betul2 la "membeban" kursus macam ni , dah selesai, macam habis satu tanggungjawab yang paling besar!