CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, February 3, 2009

Sepak Raga @ Sepak Takraw?

Kongsi cerita...

Tengahari tadi, seorang staf tulis kat white-board, esok / lusa dia ada urusan sepak raga.Nak jadikan cerita, aku pun lalu semasa dia sedang tulis notis tu...

Ke mana?

Ni nak gi sepak raga...

La, nak sepak raga? Apa akan jadi bila you sepak raga ?

Kalau gitu, pecah lah raga ...

Jadi? Sepak raga ke atau sepak takraw?

Dia konfius...

Tak pe la...kita guna sepak raga ( orang lama guna sepak raga ) - biar la nanti ada orang betul kan...

Dah nak balik, aku kata lagi...

Dulu2 yang kita tahu, biasa lah orang main sepak raga. Pandai orang dulu buat permainan, mula2 ambik benda di sepak2, lepas tu di inovasikan jadi bentuk bulat dibuat dari anyaman rotan, jadi dimainkan sebagai sepak raga.

Lepas tu bila pulak jadi sepak takraw?

Entahlah kak....

Ha haha....pandai orang lama buat permainan...

Takat ni saje...Sepak raga @ sepak takraw? Sama / beza ?Apa sama /apa beza???

16 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Sepak Takraw cantik skit..
Sepak raga aku rasa ganjil.. huhu

- jinggo - said...

cgu

mana satu yg betul
tapi kenapa sepak raga
kenapa sepak takraw - macam bunyi thailand aja...

apa2 pun kita tahu - yg disepak benda yg sama kan......

sonata anak kancil said...

LOLPearls & Jinggo:-

konfius...

kena bukak sejarah lama...asal usul permainan ini,
zaman raja dulu main sepak raga
( raja tanah melayu ke atau raja thailand ?)

ONE ZABA said...

sepak raga...sepak takraw , yg pastinya tidak sama dgn sidik segaraga dalam crita 3 ABDUL.

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

setakat ini dulu kerana aku pun tak pernah main kedua-duanya.

sonata anak kancil said...

OneZ: wah ini cikgu sejarah...Ok sape yang pandai2 tukar sepak raga kepada sepak takraw?

Jadi apa nama "objek" yang disepak/dimainkan dalam sepak takraw?
Bolanya sama jugak kan! Berbentuk bulat dianyam rotan...

hahahha...anak2 sekarang depa tahu sepak takraw aje...

ONE ZABA said...

memang la bolanya sama sonata...tapi berbeza la dgn bebola ikan atau bebola besi.

hisss...ngarut je aku ni.

erisya nor said...

erisya minat tengok tekong melipat!

Hmm...dah lama tak nampak bebudak main sepak raga (satu kumpulan dalam bulatan saja..tak de jaring di tengah)

sepak takraw dikomersialkan oleh thailand kot ;) sebab tu kekal nama takraw.

SAHAR MISRON said...

Sepak Takraw tu agaknya moden sikit, sepak raga tu kerana rotan yang digunakan untuk membuat bola tu juga dibuat raga/bakul...Sepak Takraw tu udah diiktiraf rasmi oleh DBP, tapi sepak raga pun ok juga... tapi tak bolehlah panggil bola bakul raga.. he he he

arryani said...

Sepak raga ke...takraw ke.....pokoknya, siapa yg main kena sepak.

Ye lah...kena sepak bola tu la.......

sonata anak kancil said...

Erisya:saya rasa tu betul, di M'sia common name sepak raga - main dlm bulatan...

Cikgu Sahar: Bila dah dipertandingkan - ikut le nama nama rasmi - thailand jugak punya nama!

Arryani : Saya memang setuju benar ni, kalu tak sepak,tak bergerak / melantun bola tu..he3

Apa2 pun jika tak nak konfius lagi rujuk lah Wikipedia!Di situ boleh dapat maklumat lanjut.

aibiwai said...

Yang penting kita pandai sepak, kalau tak pandai tak ada guna.

DUN A. RANI said...

Setuju dgn setiap baris ayat yg ditulis oleh bro OneZ...cuma teman pernah gak la sepak sekali dua bola raga tu masa dolu-dolu...yg nak main dah tentu kena sepak, yg x main pun kalo nk sepak leh gak!

sonata anak kancil said...

Aibiwai : betul tu, tak kisah la ...nak sepak apa, sepak raga ke /nak sepak takraw..he he he..janji sepak.


Dun A. Rani: bagus lah yang penting "orang2 lama" ni kalau tak tahu main sepak2 raga/takraw ni memanglah tak patut...

Danish Andzar said...

Assalamualaikum..Cikgu..
Sebenarnya ada beza...sepak raga dimainkan secara bulatan..iaitu pemain seramai 4 - 6 org satu pasukan yg mengelilingi gelanggang bulatan seluas jejari 2 kaki (klu x silap)..yg mana pemain hanya perlu menimang bola selama mana yg boleh (sehingga bola itu jatuh...) mata adalah dikira sebanyak mana timangan bola itu dibuat..
Sepak Takraw..adalah yg biasa kita lihat sekarang..menggunakan jaring dan gelanggang yg dimainkan oleh 3 org bagi satu pasukan...(tekong..apit kiri & apit kanan) begitulah adanya...Wassalam..

sonata anak kancil said...

Danish: Cikgu rasa betul tu kaedah permainan sepak raga. Nak tanya: menimang bola atau menimbang bola?

Kalau menimang : contoh menimang cahaya mata...bab ni kena tanya pakar guru bahasa , saya tak arif!

Anonymous said...

Kalau tak silap...
Sepak Takraw main kalau nak lawan (maksudnya ade dua pasukan lawan siapa yg tak jatuhkan bola)
Sepak Raga main dalam bulatan,(ramai2) elakkan drpd jatuh.