CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, February 19, 2009

Masanya pun tiba...

Alhamdullilah , hari ini dah selesai tugasan pertama - menyiapkan tugasan individu setelah hampir sebulan tempoh diberikan, pelbagai sumber dicari, buatlah setakat yang termampu diri ini. Apa cara sekali pun, sedaya upaya disiapkan sehari / 2 hari sebelum hari pendaftaran kursus. Jangan sampai hari terakhir sebelum pergi masih tak selesai lagi.

Biasanya aku macam ni, date line apa2 tugas perlu diberikan 2/3 hari sebelum hari akhir. Jadi, kita tidaklah kelam kabut, serba tak kena, kalau masih belum selesai. Mana lah tahu, jika ada apa2 hal tak ok, masih ada masa lagi...Begitulah cara aku bekerja.

Begitu juga, sebelum aku pergi berkursus , semua kerja2 sekolah mestilah dibereskan, terutama ni Ujian Penilaian Pertama, baru saja selesai, jadi aku pulun siapkan markah untuk diserahkan kepada guru tingkatan yang nak buat buku pelaporan. Nanti susah pulak..

Kekadang aku pun tak faham, ada cikgu yang tidak menyiapkan sesuatu tugas dalam masa yang ditetapkan. Banyak berlaku, dah tahu nak kursus ke / atau apa urusan lah, kerja2 berkaitan ni, pakai tinggal "buta" aje. Kan ke tu menyusahkan orang lain pulak...Susah payah la kita kena trace ke mana depa pergi...apa sebab / terpaksa telefon untuk dapatkan keperluan yang mendesak...kan ke susah tu.


Sabtu 21 Februari - 28 Februari 2009 : tibalah masanya aku akan berangkat ke Johor Bahru. Aduhai, kursus oh kursus...kecut perut dibuatnya...mana tak nya, yang pasti kena buat presentation tugasan individu & public speaking...Lepas tu Ujian Akhir Kursus (UAK).. Semoga semuanya berjalan dengan lancar...Bye, bye....

14 comments:

GPI said...

salam... selamat bkursus.. patut la dah xde komen dr org sini. bz benor ghupernyer

ONE ZABA said...

ahak....ahak... kena kursus. jgn lupa bawak bantak busuk sekali. baru lena tido.

sonata anak kancil said...

GPI SKSV: Gitu lah kira2nya...lagi pun internet problem, balik kursus nak cek semula...

sonata anak kancil said...

OneZ: Bantal busuk dah tak ada! Sebab dah ganti dengan "bantal kekal".Tapi "bantal kekal" ni, tak leh lak nak bawak!Macamana pun , kalau dah letih lena aje tido, tak kira kat mana sekalipun! sebab mata yang nak tido....

SAHAR MISRON said...

Semoga dapat 4

DUN Behrang 2020 said...

slmt bkursus dan moga berjaya...tu je nk komen kali nih!

Anonymous said...

selamat menjalankan tugas...semoga dipermudahkan segala kesukaran n urusan..terima kasih *** (warna ijau tu)cantik tau..ujie suka he3

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar & Dun A. Rani: terima kasih, mudahan begitu la, kalau la dapat 4....huhuhu ...

sonata anak kancil said...

Ujie: terima kasih....he he he...cantik yer? kalau mak paknya tak leh guna, simpan untuk 'ahli baru' nanti!!!cepat2 le menambahkan ahli keluarga...

Y. Ibrahim said...

Selamat Berkursus,,,pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan.. go to FOUR...good luck.

Ibnurashidi said...

Sabar ya..tenang-tenang aja dong.
Selamat Berkursus..

insan pendidik said...

Selamat berkursus, moga dapat IV lagi, yang pastinya tahap ANALISIS ini tentunya lebih mencabar minda. Good luck.

Anonymous said...

Salam..moga diberkati oleh ALLAH..atas apa jua yg cikgu lakukan..Amiinnn..

sonata anak kancil said...

Aibiwai , Insan Pendidik , Ibnurashidi, & Danish : Terima kasih atas doa kalian...saya sudah balik ke pangkuan keluarga!Seronoknya...Tentang PTK tu lupa kan la...biarlah ianya jadi sejarah