CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, March 12, 2009

10 A1 - tahniah !






TAHNIAH & SYABAS

Alhamdullilah, kami bersyukur ke hadrat Illahi atas kejayaan anakanda yang tergolong dalam kalangan mereka tersenarai di peringkat Negei Melaka. Kejayaan anak aku ni juga memberi tempias kepada aku di sekolah! Terharu , majoriti staf tahu tentang kejayaan dia. Semasa bos bawa balik keputusan, aku tengok keputusan sekolah & sekolah anak aku - offcourse la 100%!

Aku tengok pulak senarai nama murid yang cemerlang, tak sangka nama anak aku pun ada dalam buku laporan analisa JPM. Dari situlah, staf aku dapat tahu...Terus aku telefon Mohd yang masih belum terima lagi keputusan dari pengetuanya...Hubby pun pada mulanya macam tak peraya! Biar betul, betul ke? BETUL!
Aku mintak izin ke MOZAC untuk mengucapkan tahniah kepada Mohd & kawan2nya yang sebahagiannya kami kenal...

Sekolah aku pun ada 1 orang semua A1 & ada 4 lagi yang ada A1 & A2, keputusan lengkap belum dapat tahu lagi...Katanya ada turun sikit % lulus berbanding tahun sebelum. Ok lah tu....Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus mengajar anak2 didik.

25 comments:

DUN A. RANI said...

Sampaikan salam tahniah sy pd Mohd dan juga tahniah utk anda seisi keluarga...masa ni rasa penat lelah berbaloi...Alhamdulillah!

ONE ZABA said...

tahniah buat seisi keluarga. tahniah juga buat semua pelajar terbilang. usaha yg baik pasti kebaikan juga balasannya.

bawangmerah said...

congrats mamat!

sonata anak kancil said...

Dun A. Rani & OneZ: terima kasih...Semoga anak2 kalian juga beroleh kejayaan yang cemerlang juga.

Walaupun semua anak2 kami duduk di asrama sejak Form 1, kami sentiasa pantau , everyweek - samada bersama2 pergi / bagi2 - sebab sekolah anak2 yang berbeza.

Bila dah seperti ni, kami amat bersyukur kerana penat lelah menguruskan mereka semua selama ini. (tinggal F2 sorang lagi kat asrama ).

sonata anak kancil said...

Cik bawangmerah: kan jadi adat - ikut teori graf makin naik! he he he...kalau graf turun beratlah cite...Mudahan lepas ni, graf mintak2 naik/ tapi kalau stabil ok gak...

insan pendidik said...

Syabas dan tahniah anda seisi keluarga. Bukan calang-calang pelajar boleh dapat 10 A1.

- jinggo - said...

tahniah
semuga lahir seorang lagi yg sehebat acuannya.

Danish Andzar said...

Assalamualaikum...
#1 : Tahniah buat Cikgu atas kejayaan anak cikgu..

#2 : Sampaikan ucapan tahniah saya juga buat anak cikgu atas kejayaannya mendapat keputusan yg cemerlang

CiK Santai said...

HEBAT!

bawangmerah said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

Insan Pendidik & Jinggo :

Saya mewakili seisi keluarga dengan rasa rendah diri, menerima ucapan tahniah kalian - terima kasih.

Tidak ada harta yang diberikan kepada anak2 tetapi hanyalah berbekalkan ilmu saja.

Semoga anak2 kalian juga beroleh kejayaan cemerlang dalam apa jua peringkat pepepriksaan.

sonata anak kancil said...

Danish : Apa yang cikgu paparkan di sini, diharapkan Danish, jadikan sebagai satu cabaran untuk Danish sentiasa dalam kecemerlangan.

Paparan sebagai untuk berkongsi kejayaan - untuk membuktikan anak orang kita mampu melakukan yang terbaik.

Di samping itu - ikut resmi padi- semakin berisi semakin menundukkan diri...

sonata anak kancil said...

Cik Santai : terima kasih...

Tentunya sudah lihat , hari ni aje ada 3 akhbar mempaparkan gambar anak & rakan2nya. Iaitu Berita Harian, Kosmos & Melaka Hari Ini.

Yunus Badawi said...

Salam kenal.
Tahniah utk Mohd dan cikgu sekeluarga di atas kejayaan cemerlang. Lepas ni nak sambung pelajaran kat mana?

sonata anak kancil said...

YB: Salam kenal juga dari saya . Terima kasih atas ucapan tu & sonata juga telah ziarah rumah YB. Tahniah juga untuk Atikah! Rupanya anak2 kita sama ye! Macam2 yang dipohon, melainkan enginering is out of his mind!!!

xiiinam said...

Tahniah.
SBP memang wajar dapat 100%.
Lainlah sekolah harian macam kami yang terpaksa menghadap murid yang tidak kenal baca tulis....

Tahniah juga buat anakanda.

Shifu67 said...

Tahniah atas kejayaan anakanda.... errr... boleh buat menantu ni.... :)

sonata anak kancil said...

xiiinam: terima kasih, memang patut SBP dapat macam tu. Tapi, sebenarnya mesti kerja kuat juga, "takut" tengok budak2 ni belajar, yang "main2" pun ada juga, kalau yang macam ni, result depa ada juga macam budak harian.

sonata anak kancil said...

shifu67: terima kasih, atas kunjung balas dan ucapan tahniah...buat menantu? buat la apa2 pun...apa yang penting...kerjasama (ikut lagu kartun wonderpet)

Ibnurashidi said...

Salam..

Tahniah buat sonata sekeluarga!juga buat anakanda itu. Didiklah ia supaya terus maju dan berjaya..

sonata anak kancil said...

Ibnurashidi: terima kasih atas ucapan . Begitulah, orang kata lagi tak habis2 belajar, at least sampai 1st degree, lagi tu memantau anak2 ni...Kena pantau dan semak selalu,bukan main"lepas" tangan...anak2 sekarang gitu la...Kita dulu lain, kesusahan itu jadi pendorong kuat. Tak gitu?

xiiinam said...

salammmm...
menjengah blog rakan2 cikgu di sana sini......
nak tengok apa aktiviti cuti-cuti begini.....
errrrr....ke tak cuti!!!

he...he...


apa2pun...selamat bercuti

sonata anak kancil said...

xiiinam: tak cuti la....agak sibuk, semalam pantau kelas tambahan, hari gi lagi sekolah...dok wat appt. ngan cikgu, siapkan AJK kerja mesyuarat PIBG...aduhai, kena turun padang!!! Nak turun jugak, kat sekolah saya venue ragby peringkat kebangsaan!

LotsOfLove-Pearls said...

wAH bestnya..
Tahniah utk dia jugak ya..
Hebatnyer..

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

sonata anak kancil said...

LOL-Pearls: Terima kasih...hari ini dok urus macam2 , lepas satu - satu!