CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, October 16, 2011

Alexandaria - kenangan hampir setahun berlalu sebelum rusuhan

Dah masuk bulan Oktober ni....dah nak cuti panjang hujung tahun ni....minggu depan cuti perayaan Deepavali - tentunya ramai yang dah bersiap sedia sekarang untuk ke destinasi pilihan termasuk lah saya juga he3x....


Dalam pada tu masih teringat lagi kisah perjalanan ke bumi anbia tahun lepas tak habis lagi diletak di dalam muzium AGK ni...nak kena habis kan jugak ni....

****** sambung semula semasa jalan2 ke Mesir @ Egypt (20 Nov - 29 Nov 2010)

Sebaik sahaja saya  sampai ke negara tercinta ini - rusuhan pun berlaku di sana - kalau lambat balik @ kami masih di sana - ntahlah terperangkap lah jawabnya! Syukur - syukur....alhamdullilah. Tempat saya pergi
 ( Cairo & Alexandria ) tu semuanya sesak dengan rakyat Mesir yang memberontak...bayangkanlah kalau kami ada dalam bas masa tu.....

N3 sebelum ni di sini, dan  ada lagi..




Fort Qaitbey was built by Sultan Qaitbey (Kubu Salahuddin al-Ayyubi) around the year 1480. The Fort was built on the site where once the famous Lighthouse of Alexandria (one of the Seven Wonders of the Ancient World) stood. The remains of the Lighthouse was used for the construction of the Fort. The Fort took heavy damage during the British bombardment of 1882. The minaret of the cities oldest mosque inside the citadel was demolished by the bombs.

Kami singgah di Fort Qaitbey sebelum check-in hotel...

Egyptian @ pelancong ke tak tahu la.....
katanya orang tempatan sukalah melepak2 di tepi laut ni...

Di Alexandria ( orang sana panggil Alex saja ) -  bandar ke 2 besar selepas Cairo @ Kaherah kami menumpang di hotel ini - tepi laut - best betul mengadap Laut Mediterranean - saujana mata memandang boleh sampai ke Greece @ Italy dengan kapal dari Alex.



Pantai mengadap Laut Mediterranean - kalau musim panas sekitar bulan Mei - Jun - ramai lah Egyptian bersantai di sini...dah tak nampak rupa pantai kerana dipenuhi dik manusia.


Kami bernasib baik pada sebelah malam di hotel ini ada majlis perkahwinan - dapat lah melihat &  berpengalaman melihat majlis ini - majlis ni tak lah besar - hanya dihadiri oleh kaum kerabat terdekat sahaja - tapi nak buat majlis ini pun - belanja pun besar ! Ingat kan apa lah yang berlaku riuh rendah dengan bunyi gendang @ muzik - rupa2nya sambutan pengantin baru - dan pengantin ini akan menari dengan muzik - ada seperti kompang - gendang ....meriah sungguh. Kita orang pun sama naik menyelit2 dicelah2 Egyptian dan terpegun melihat mereka sangat rancak menari....boleh goyang sama lah !!! macam mereka jugakkkkk!


To the bride & groom - congratulation from all of us - awesome!

******
nanti saya sambung lagi ke Montazah Garden & King Farouk's Palace yang sangat famous tu...

7 comments:

Ayah Zain said...

cantik kan pantai alexandaria. az ke sana pada tahun 1999. dah lebih 10 tahun tuh

sonata anak kancil said...

AZ - sib baik dah pergi...kalau pergi waktu2 ni...bimbang rasanya - tp tak tahulah kadang2 kita tak tahu bagaimana keadaan sebenarnya di sana.

Anonymous said...

Seronoknya dapat berjalan melihat tempat org.

Cantik pemandangannya. Terima kasih.

sonata anak kancil said...

Kunang2 - kutip pengalaman kak...apa2 pun negara kita jugak yang best.

rezeki said...

salam cikgu

insyallah, satu hari nak menjejakkan kaki ke bumi mesir melihat ketamadunannya yg hebat semasa zaman nabi musa dulu

che mid said...

Pastinya ziarah itu menjadi antara kenangan terindah.. agaknya ke mana pulak lepas ni..nak itut..

NzA said...

Bestnya kak brpeluang melancong..sy ni sejak anak2 brsekolah dh trpaksa lupakn hasrat tu sementara..everyear ada je anak ambil PMR n SPM....dh xbrpeluang lagi ikut suami ke luar negara...hu.hu.hu........

Saya suka tgk gambar2 semasa adik snap kt pantai alex...mmg warna lautnya amat2 memukau.....