Hari ini nak mula cite perjalanan ke Medan.
LCCT - Polonia Airport (Medan) mengambil masa 50 minit saja. Ok lah kan terbang kejap aje - dah sampai ke seberang M'sia. Booking tiket ke Medan dah setahun ! Ini semua kes tiket murah (macam naik bas Melaka - Penang ). Beli tiket saja - lepas tu kita orang beli ground dengan travel agensi di sini yang kebetulan pulak ada offer dari Medan - untuk 3H2M - Medan - Lake Toba - Berastagi - Medan.
Flight pukul 7.40 pagi - tiba pun lebih kurang 7.40 pagi (waktu tempatan Medan) - beza masa 1 jam. Tak perlu susah2 nak makan dalam flight kalau terbang sekejap aje.
Selesai check-in di imigresen - tour guide Mr Ramli sudah siap sedia menunggu dengan terpampang nama saya! Kami seramai 4 orang menaiki KIJANG yang dipandu oleh Mr Ramli yang sangat peramah !
Masih awal pagi - lokasi pertama ialah melawat Istana Maimon. Taklah jauh mana dari airport. Saya rasa mana2 agensi pun akan first2 bawak ke istana ini.Ini adalah istana kesultanan Deli.Sultan Deli sekarang berumur 13 tahun - kerana bapanya telah meninggal dunia semasa kejadian tsunami besar lepas. Tetapi sultan dan ibunya telah menetap di kampung ibunya dan bersekolah di sana. (lupa nama kampung - tapi kalau tak silap Makasar rasanya).Kerabat keluarga nya seperti kebanyakan rakyat jelata - mereka menjalani kehidupan harian seperti rakyat lain-ada yang menjalankan perniagaan biasa2 saja & lain2 aktiviti. Istana ini dibina oleh Sultan Makmun A-Rasyid Perkasa Alamsyah untuk permaisurinya. Warna istana nya kuning (warna raja) direka oleh arkitek Itali. Sangat cantik dari luar dan di dalam nya. Bolehlah baca di sini dengan lebih lanjut lagi.







8 comments:
Salam kak SAK
teringat kenangan dulu ke Medan, Istana Maemon tetap sama jer tak banyak berubah
http://www.daydeck86.com/2009/03/medan-laaaa.html
Salam Sonata,
Semoga gembira di sepanjang perjalanan.
tak penah lg pg Medan
Daydeck : macam tu lah tersergam indah - sentiasa ada kaum kerabat yang menjaganya
Kunang2 : seronok kak - tengok negara orang
Faiz : ada peluang boleh pergi - kejap aje
bestnya, sy kalau pergi Indonesia,sy akan terus blk kg kat Tapanuli Selatan.. ;-) mesti bnyak awk ronda2 kat sana
SALAM,
JALAN JAUH, BANYAK PENGALAMAN ! SELAMAT BERCUTI
Post a Comment