CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, July 24, 2011

senang ke jadi pengurus?

kalau dah dilantik jadi pengurus - maka kita kenalah tahu & bijak mengurus...

kalau tak kena gaya cara mengurus - pada saya rugi masa & tenaga...

pengurus - macam2 jenis pengurus....kat sekolah pun ada pengurus - pengetua pengurus - cikgu2 pun pengurus jugak ! pendek kata pengurus ni ikut kategori apa yang diuruskan....rumahtangga pun mesti ada pengurus kan !

mengurus rumahtangga kena bijak sana bijak sini - tepis sana tepis sini...kalau tak bijak urus - nanti kerja dalam rumah ni lambat siap....pada hemat saya - bukan senang jadi pengurus ni !!!

kalau hujung minggu saya jadi pengurus rumah tangga ! jawatan tetap dan sampai mati ! ( kalau kat sekolah pengurus sampai pencen....hu3x - nak pencen cepat kalau bila jadi pengurus sekolah ). Tapi pengurus rumahtangga - sampai mati - sebab lepas pencen pengurus sekolah - sambung jawatan pengurus rumahtangga.

kaum wanita @ isteri yang berkerjaya macam saya - saya kira sangat teror ! ( puji diri sendiri dan mereka yang sewaktu dengan saya ) betul tak kaum suami ? kalau tak betul - saya tetap kata betul....!

ni apa cerita pulak hari ahad ni? saja - nak cite.... untuk release tension kot....sebab dah hampir beres urusan rumahtangga....

hari ni saya pun sibuklah urus rumah saya ni....apa saya buat ? supaya semua nak capai target....NKRA ke KPI ke...semua kena ambik kira jugak !

mula2.....pagi2 hubby ajak gi breakfast - saya ikut aje le...sebab hari ni ada family-day jabatan nya - tapi saya   buat keputusan tak mahu pergi - sebab saya nak urus rumahtangga ! ( isteri mithali kan !) - so dia pergi dengan 2 orang anak kami - sebab dia jadi pengurus...nak masuk sukaneka - anak kecik dah tak ade...beri peluang mereka yang beranak kecik masuk aje le...buat kat zoo melaka

apa saya urus ?

mula2 - letak kain baju yang perlu dibasuh dalam mesin basuh....mesin kan otomatik - biarkan dia bekerja (pembantu pengurus)....

oleh kerana sari dua ni saya sibuk mengemas buku2 yang diserang dik anai2...maka saya pilih mana yang nak hantar ke old newspaper...dan yang boleh di simpan @ diselamatkan

bila nak sambung urusan yang lain - lebih baik saya buat kuih sikit - maka saya pun mulalah menggodak tepung + coklat dan lain2 - buat kek kukus coklat - boleh jugak buat minum petang nanti kan....
bila kuih dalam kukus - biarlah dia masak .

sambil tu - bolehlah saya terus buat kerja2 mengemas yang lain!

alamak - nampak baju2  nak gosok pulak...nampaknya banyak baju nak gosok - saya tak sempat - sebab apa banyak kena gosok ? minggu lepas mesin basuh buat hal !!!letihlah saya - pembantu  tak boleh tolong - cepat2 saya panggil orang betul....maka saya dah rasa tak sempat - saya bawak kereta hantar kat kedai dobi aje le...! lagi "pembantu" saya tolong gosok ( siap duit aje le ) - jadi kerje bab ni boleh beres ! ada tinggal sikit saya gosok sendiri...tak lah semua yang dihantar....

apa lagi nak buat ? hu3x.....gi bakar pulak buku2 yang rosak terok dik anai2 - sebab old newspaper kata yang ada anak2 dalam buku dia tak ambik - tak dibenarkan (tadi oldnewspaper datang - dapat RM8 )...


opppppssss....baju dalam mesin basuh tadi dah siap...maka saya kena sidai pulak.....pergi lah sidai !

makkkkk aiiiiiii....dah tengahari lah....apa nak masak untuk lunch ni??? tengoklah apa yang ada dalam peti sejuk tu....(mereka yang gi family-day sure dah makan kat sana - tengoklah kot2 ada rezeki saya ke...tak payah lah saya nak masak2 ni.....)............ohhhhh....macam2 nak urus !

okey2lah.....saya nak tengok kek cawan coklat   yang sedang dikukus...dah masak tu....

taraaaaa.......




selamat menjamu selera.... nak teruskan urusan saya -

senang2 sebelah petang ni nak kena buat jadual relief pulak .Last  Friday tak sempat nak buat - sibuk urus sekolah sebab bos 3 hari tak ade ! - saya gantilah bos - urus sekolah ! lepas tu nak buat jadual mengawas periksa percubaan pulak....mak aiiii...macam2 kena urus!
semalam petang beri sokongan persatuan alumni nak meeting buat pertama kalinya....

okey la...bye-bye semua - selamat mengurus...selamat menyambut ramadhan al-mubarak

15 comments:

IMANSHAH said...

pengurus tu jangan asyik jadi tukang arah je

sonata anak kancil said...

Imanshah : pengurus tak suka mengarah2....urus dengan bijak - kalau kat sekolah kita agih2kan tugas - sama2 pantau - pakar2 ramai - kita gunalah kepakaran mereka ! tak gitu cikgu? he3x

Anonymous said...

Wah pegang dua jawatan pengurus sekali kos yer.

Tak aperlah menguruslah dengan ikhlas terutama pengurus rumahtangga, InsyaAllah besar ganjarannya di sana nanti.

Ayah Zain said...

SAK memang pengurus yang bagus

teratai said...

kerja pengurus ni sebenarnya mencabar!tak kiralah dimana tempatnya,sekolah ataupun rumah! salah urus boleh lingkup jadinya!

Kak Imun said...

Salam, cikgu sonata. Waaa... Last2 ada juga kek cawan coklat, hehe.... Sebagai isteri, ibu dan penjawat awam cabaran memang berganda2 dari surirumah biasa.....:)

Che Mid said...

Wah!! Baca pun penat!!

Nida n' Hanafi said...

nak jadi pengurus payah, nak jadi pengarah senang..

sonata anak kancil said...

Kunang2:terima kasih - insyaAllah akan lakukan yang terbaik

sonata anak kancil said...

AZ: ntahlah AZ - letih sebenarnya !

sonata anak kancil said...

teratai; sangat betul ! bukan senang nak urus

sonata anak kancil said...

Kak Imun ; time rajin lebih - boleh lah buat kuih - time malas....faham2 aje le - semuanya jadi letih

sonata anak kancil said...

Che MId : belum detail tu Che Mid...kalu tak - boleh pengsan !

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

Nida ; yer bukan senang nak urus dengan baik