CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, October 25, 2011

Horas ! Horas ! Horas !

Salam semua - 

Bersua  semula setelah berada 3H2M di Medan, Indonesia pada 22 Okt - 24 Okt 2011.

Just arrived from Medan & I learned the word HORAS !

Nak describe makna HORAS dengan detail -  baca lah di sini

Ada peluang akan saya upload percutian 3H2M saya ke Medan-Lake Toba-Berastagi.

Makna HORAS - perkataan yang digunakan dalam masyarakat kaum Batak di Sumatera Utara yang bermaksud:

  • how are you,
  • wishing a good health,
  • introductory word,
  • good morning/afternoon /evening,
  • welcome/goodbye.
Selain daripada itu perkataan yang digunakan ialah  Menjuah-juah - tetapi perkataan HORAS lazimnya luas digunakan.

Friday, October 21, 2011

selamat bercuti buat sementara waktu....tips bercuti @ jalan2 @ makan angin

Selamat bercuti semua warga maya di Malaysia ini....

Tahun ini sambutan Hari Diwali jatuh pertengahan minggu....Happy Diwali kepada masyarakat India di Malaysia ini. Dalam masyarakat majmuk ni - kita pun turut sama bercuti....best giler you kalau cuti2 ni !!! ( kalau murid tahu...habis lah cikgu sonata ni - suka cuti rupanya - sebab lotih berkerja - sebab cuti cikgu ikut pelanggan - kalau pelanggan cuti cikgu kebanyakannya turut bercuti - bukan semua yer....( cuti sekolah pun sayaa bekerja ! )

Ada sekolah cuti sampai 9 hari - ada sekolah cuti mulai hari Isnin - Selasa -  Rabu (Diwali) - ada sekolah cuti mulai Rabu (Diwali ) - Khamis - Jumaat - lepas tu off course lah Sabtu Ahad kan. Sekolah saya cuti mulai esok hingga Rabu....so ambik lah peluang ini gi jalan2....selamat berjalan yer kawan2....makan angin jangan sampai kembong perut.

Tips untuk pergi makan angin / balik kampung / balik bandar - terpulang la....
( ini saya buat lah )

Pastikan bawak minyak angin  cap kapak kalau berjalan jauh jika pening....Saya sentiasa bawak minyak cap kapak ni.

Roti pun bekal jugak - mana tahu kot2 lapar - sebab perut kena sentiasa di isi - kurang makan kang gastrik pulak ! ala beli roti gardenia tu yang 60 sen - 1.00 ke ( naik harga tak ? lama tak beli - yg beli anak2 mana tahu sangat harga ni )

Air mineral pun bawak jugak - beli berbotol2 pun boleh - tak pun tupperware yang banyak tu guna aje le....takkan nak simpan aje kan !

Kalau bawak kereta - bawaklah bekal kacang2 ke - keropok2 ke - ni lah nak tahan mengantuk bawak kereta kat highway yang jalannya straight je.....boleh terlolap pe...ni kes bahaya - kalau mengantuk - susur tepi highway - apa lagi hantam tidur la....dah rasa cukup ( 10 minit pun cukup dapat lelap kejap je jadilah ) - teruskan perjalanan tuan puan yer.....

sila memandu dengan berhemah yer......anggaplah jalan raya kita tu punya - kita sayang - kita sayang nyawa kita - jadi kita jagalah elok2 speed memandu kita ....kita bawak over limit....kita rugi ! apa lagi....kalau nampak dik pak polisi - tak fasal2 kena saman....

kalau nak ke oversea pulak ---- lagilah kena ingat sangat2....INTERNATIONAL PASPORT - kalau dah lupa - balik aje le.....kalau dapat simpati mana tahu dapat tunda flight ke....( takat ni saya tak pernah pulak terlupa - kes naya betul....) insyaallah ingat. Dan baiklah tiba awal di airport tu....kalau dah ada kat sana - apa2 hal boleh lagi urus....kalau last2 minute???? mulalah panik....ok - bye - bye

selamat bercuti ....jommmmm kita makan angin !

Sunday, October 16, 2011

Alexandaria - kenangan hampir setahun berlalu sebelum rusuhan

Dah masuk bulan Oktober ni....dah nak cuti panjang hujung tahun ni....minggu depan cuti perayaan Deepavali - tentunya ramai yang dah bersiap sedia sekarang untuk ke destinasi pilihan termasuk lah saya juga he3x....


Dalam pada tu masih teringat lagi kisah perjalanan ke bumi anbia tahun lepas tak habis lagi diletak di dalam muzium AGK ni...nak kena habis kan jugak ni....

****** sambung semula semasa jalan2 ke Mesir @ Egypt (20 Nov - 29 Nov 2010)

Sebaik sahaja saya  sampai ke negara tercinta ini - rusuhan pun berlaku di sana - kalau lambat balik @ kami masih di sana - ntahlah terperangkap lah jawabnya! Syukur - syukur....alhamdullilah. Tempat saya pergi
 ( Cairo & Alexandria ) tu semuanya sesak dengan rakyat Mesir yang memberontak...bayangkanlah kalau kami ada dalam bas masa tu.....

N3 sebelum ni di sini, dan  ada lagi..




Fort Qaitbey was built by Sultan Qaitbey (Kubu Salahuddin al-Ayyubi) around the year 1480. The Fort was built on the site where once the famous Lighthouse of Alexandria (one of the Seven Wonders of the Ancient World) stood. The remains of the Lighthouse was used for the construction of the Fort. The Fort took heavy damage during the British bombardment of 1882. The minaret of the cities oldest mosque inside the citadel was demolished by the bombs.

Kami singgah di Fort Qaitbey sebelum check-in hotel...

Egyptian @ pelancong ke tak tahu la.....
katanya orang tempatan sukalah melepak2 di tepi laut ni...

Di Alexandria ( orang sana panggil Alex saja ) -  bandar ke 2 besar selepas Cairo @ Kaherah kami menumpang di hotel ini - tepi laut - best betul mengadap Laut Mediterranean - saujana mata memandang boleh sampai ke Greece @ Italy dengan kapal dari Alex.



Pantai mengadap Laut Mediterranean - kalau musim panas sekitar bulan Mei - Jun - ramai lah Egyptian bersantai di sini...dah tak nampak rupa pantai kerana dipenuhi dik manusia.


Kami bernasib baik pada sebelah malam di hotel ini ada majlis perkahwinan - dapat lah melihat &  berpengalaman melihat majlis ini - majlis ni tak lah besar - hanya dihadiri oleh kaum kerabat terdekat sahaja - tapi nak buat majlis ini pun - belanja pun besar ! Ingat kan apa lah yang berlaku riuh rendah dengan bunyi gendang @ muzik - rupa2nya sambutan pengantin baru - dan pengantin ini akan menari dengan muzik - ada seperti kompang - gendang ....meriah sungguh. Kita orang pun sama naik menyelit2 dicelah2 Egyptian dan terpegun melihat mereka sangat rancak menari....boleh goyang sama lah !!! macam mereka jugakkkkk!


To the bride & groom - congratulation from all of us - awesome!

******
nanti saya sambung lagi ke Montazah Garden & King Farouk's Palace yang sangat famous tu...

Saturday, October 15, 2011

AKSI CANDID - masih ada lagi


"Daripada TADIKA sampai ke UNIVERSITI'


Dah nak konvo ni biar abahlah  tolong betul jubah anak - talileher anak .
masa sekolah tadika dulu dah puas umi yang tukang gosok - tukang betul - 
kadang2 ada masa tukang pakai !
pakai tak betul umi jugak tukang kemas2kan...kang selekeh pulak pergi sekolah....
Abah nak konvo jugak ke tu.....sementara tunggu Farhan datang....pinjam pakai jap.

 tengok tu - ntah apalah yang tak kena lagi kat jubah dia....
apalah ko ni Farhan - tak get ready ...abah dah merungut .....
dari kecik sampai dah besar panjang - umi abah jugak nak betul sana sini
......yer ke AN??? baik ko jawab.....
kalau ingat2kan masa sekolah tadika & rendah macam ni la jugak.....

 kecik2 gambo jadi lah....
kalau tahu mintak tolong Ayah Zain (ceriakan hari-harimu )ambik kan dekat2...
Dah nak separuh majlis , baru tahu AZ pun ada dalam dewan besar ni juga...
duduk depan pulak tu....
kita orang pun sms aje le....memenuhkan masa lapang ! hahaha...betulkan AZ???
sebab ramai beno yang naik pentas ambik buku biru tu.....


Kepada semua rakan taulan di bawah ini yang telah menitipkan ucapan tahniah - saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga  - maaf tidak berkesempatan lagi nak kunjung balas 


Blogger IMANSHAH said...
salam seronoknya dapat konvo serentak..tahniah ye hajah..sejuk perut ibu
October 13, 2011 12:56 AM
Delete
Blogger rezeki said...
salam tahniah cikgu SAK alhamdulillah
October 13, 2011 7:24 AM
Delete
Blogger daydeck86 said...
tahniah kepada mereka...
October 13, 2011 7:56 AM
Delete
Blogger atuk said...
Assalamualaikum Cikgu Sonata Alhamdulillah Syukur Tahniah moga terus berjaya dan cemerlang diatas landasan Islam Wassalam
October 13, 2011 8:25 AM
Delete
Blogger Kak Imun said...
Tahniah buat mereka berdua. Semoga terus berjaya di masa akan datang....:D
October 13, 2011 8:52 AM
Delete
Blogger JunAina said...
wahhh...TAHNIAH... bestkan melalui saat2 macam tu...
October 13, 2011 9:09 AM
Delete
Blogger Sally said...
Congratz!!! To both of them also to their proud & happy parents!! Sally tompang bangga dan gembira..
October 13, 2011 9:16 AM
Delete
Blogger AKO @ retna said...
salam kak, tahniah.. erk anak2 akak ker tu?
October 13, 2011 9:48 AM
Delete
Blogger che mid said...
Alhamdulillah dan tahniah ya... cerah masa depan eh tetiba teringat kata-kata ni pulak..
October 13, 2011 3:16 PM
Delete
Blogger rosli said...
Hjh, Tahniah pada Hjh dan keluarga
October 14, 2011 11:49 AM

Wednesday, October 12, 2011

Daripada TADIKA sampai ke UNIVERSITI

KONVOKESYEN KE 27 UIAM 
9 OKT 2011 (AHAD)

ni profesor  mana pulak dah ...nak terima scrol jugak ka....

 aikkk...dah tukar profesor pulak....

inilah 2 beradik yang macam kembar tapi tak kembar pun....
Farhan & Fatehah - sejak Tadika sama sekolah 
masa baru nak kenal apa itu ilmu - mula tahu baca A,B,C , alif, ba, ta...
sama2 grad TADIKA IHKAM di TAMAN JASA SG TUA, SELAYANG,SELANGOR D.E, 
 dan sekarang sama2 grad UIAM - Bachelor of Laws (Hons) - LLB
si adik ekspres - si abang ikut belakang ! 
ke2,2 nya sekarang masih terus sambung belajar lagi...
si adik sambung Syariah  - 
si abang sedang sibuk try buat research RA @ akan buat chambering 
selagi boleh sambung le....sampai tak tersambung....


InsyaAllah tahun depan kita berkonvo lagi.....


Thursday, October 6, 2011

Bajet ohhh bajet.....


Esok tarikh keramat yang dinanti2kan oleh seluruh warga negara ini - belanjawan @  bajet 2012.

Ini peringkat negara - dalam kehidupan kita pun tak lepas juga untuk mengira2kan bajet seharian - ataupun untuk masa depan. Kita lihat nanti berapa bajet yang dibekalkan untuk kementrian kita - untuk jabatan kita .



Jangan lupa semua jika ada ruang dan peluang kita dengar dan lihat bajet tahun 2012 yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri kita di kaca tv masing2.

Dengan penuh harapan semoga cadangan2 - pandangan2 - permintaan2 - segala jenis penambahbaikan dan sebagainya yang membahagiakan kita semua dapat ditunaikan - kalau tak pun boleh melapangkan kita semua untuk meneruskan kehidupan ini.

Saya tak pasti lagi samaada dapat mendengarnya petang esok sebab nak uruskan macam2 jenis urusan. Kalau sempat saya dengar - kalau tidak - tunggu Berita Nasional jam 8 malam @ pagi2 Sabtu pergi beli suratkhabar dengan segera..

Saya rasa tentunya ramai saudara saudari di luar sana mengharapkan sesuatu yang tidak menghampakan kita semua sehinggalah kepada mereka yang menetap nun jauh dipedalaman.

Sekian - jumpa lagi.


Nota : hari ini BP ok - esok tak pasti lagi ! semoga terus melegakan kehidupan seharian saya.

Wednesday, October 5, 2011

adakah saya sakit?

semenjak dua menjak ni - BP tak stabil - bermulanya kisah BP tak stabil ini @ turun naik - kadang2 bawak naik   atas turun - kadang2 atas turun bawah naik - bila dah nak penghujung raya hari tu - saya rasa sakit2 tengkok - kadang2 kepala pening2.....nak cakap pening kepala ke - sakit kepala ke...payah nak beza - dua2 betul kot....

spertimana yang dicatat minggu N3 lepas - saya pergi check-up. Tup2...tak pernah2 BP ni naik....nak kata saya risau bebeno tak lah - apa yang saya buat ialah mulalah berusaha dengan petua2 tradisional yang disarankan oleh rakan taulan - tak kurang jugak rakan maya ni....Terima kasih semua yer.....Allah swt saja lah yang membalasnya  dan kita sama2 dapat manfaatnya.

saya pernah gak pergi ke klinik atas sebab pening2/sakit2 kepala & sakit2 tengkok ni . Doktor beri ubat untuk sakit urat & ubat postan untuk sakit kepala...alhamdullilah dengan sekali makan je...dah lega @ tak payah lah nak ulang2 ikut time makan ubat ! maka saya pun simpanlah aje ubat2 tu.

dua hari lepas saya sakit semula kat pangkal tengkok ni.....masih degil tak makan ubat urat - tapi saya "cool" aje...okeylah...tadi petang rasa sakit2 lagi - kali ni saya letak kuyok herba China - masih ada berbaki yang saya beli di Beijing tahun lepas. Bila tampal aje....bukan main sedap lagi berangin je....sedap rasanya....lepas tu  - dah ok pulak.....

bila main sakit tengkok ni - rata2 orang cakap simptom sakit darah tinggi....daripada dengar citer rakan2 ni - macam terok beno sakit darah tinggi ni....bagi saya - macam ok aje...jadi saya tak tahu BP saya ni naik sebab apa.....ada juga orang kata kolestrol tinggi. Rasa saya ini  ada kebenarannya !

bila cite fasal kolestrol - mana tak nya - time puasa - time raya lepas bila fasal makan - mak datok - boleh tak nampak lah orang keliling !!! punyalah berselera sungguh makan - semua main sedap bantai aje !

jadi saya agak2 lah - sebab utama saya sakit2 ni - sebab makan yang "melampau" batasan ! cikgu oiiiii...sikit mau ingat la...amik ko - sekarang baru mau ingat...

INGAT ! kesihatan diri kita seperti traffic-light. MERAH - KUNING - HIJAU  Tuan/puan kat lampu warna apa?

MERAH - sakit dah kritikal
KUNING - dah mula nak belajar2 sakit - berjaga2
HIJAU - sihat......

saya dah warna kuning ! harap tak lah tukar warna merah - inilah saya dok pulun berhempas pulas sedaya upaya mengamalkan segala petua taradisional - insyaAllah dengan petua2 tradisional ini - saya berasa yakin - sakit2 ini akan beransur pulih & amalkan semula pemakanan yang sihat dan sedap !


kuyok herba yang ditampal kat tengkok

sekian - selamat beramal