CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, November 21, 2009

Hari terakhir sekolah tamat 11.15 malam!

Selamat pagi kepada semua yang sedang membaca catatan ini...
Hari ini bermula cuti kepada anak didik yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam. Kepada yang sedang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan - selamat mengulangkaji & semoga dapat menjawab soalan dengan baik.

Hari akhir sekolah semalam adalah hari yang paling sibuk. Tatau la sekolah lain. Sekolah aku semalam tersangat lah maksima kesibukannya
.
Semalam hanya 2 calon aje yang ambil EST. Itu pun dioarang belajar sendiri - budak pandai. Sebelum ni ade ofer dalam pakej - tapi sekarang dah mansuhkan - sebab boleh pilih elektif apa yang diambik.
Mulai jam 9 pagi dah berduyun2 cikgu menyerahkan helaian semakan bahan2 yang perlu diserahkan kepada pihak sekolah - serah kepada mereka yang berkenaan.
Tugas aku menerima & menyemak Jadual Kedatangan....Kalau tak clear / ade tak lengkap seme kena siapkan serta merta...kalau tak, masa cuti kena selesaikan...Jadi masing2 tak nak sibuk2 masa cuti , semuanya sangat bimbang bila nak ngadap aku! Mana yang ok....ahhhh lega ! Masih ada yang belum serahkan sebab jaga periksa....Next week la jawabnya.
Gitu gini tiba masanya majlis persaraan seorang GKMP Bahasa yang diadakan jam 11 - 12 ....Majlis berjalan dengan lancar walaupun dah tak ramai murid yang datang - tapi meriah! Hu hu hu sedih2 kerana berpisah....dah tamat keje2 rasmi....Lambatnya aku nak pencen....Sabo-sabo...Terus berkeje, khidmatmu masih diperlukan!
Jam 3 petang pulak mesyurat AJK PIBG - dah tak ada masa lain - cari punya cari hari ni je sesuai. Bermesyuarat la sampai -+ jam 5 lebih! Alahai dah petang....Lepas magrib pulak bersiap2 nak tengok konsert - Fusion Of Music! Sepatutnya konsert ini diadakan pada 1 Ogos - tapi masa tu sibuk H1N1 - ditangguhkan ke malam semalam.

Konsert ini yang dikendalikan oleh Kelab Muz
ik & Murid2 Kelas Muzik diadakan di Dewan MBMB jam 8.30 malam....Kat sekolah ini ada subjek muzik di antara salah satu sekolah perintis sejak 12 tahun lampau. Pelbagai jenis persembahan muzik telah dipersembahkan . Tengok aje lah gambar2 yang sempat aku snap....Ketua2 jabatan dijemput hadir.....Selesai semua hampir 11.15 malam! Tiba rumah dah dekat 11.45 malam....Aduhai hari akhir yang berakhir hingga larut malammmmmmmmmmmmm.....
lepas tu zzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............
petang nanti nak umumkan ade ke pemenang meneka2 tu????


Mr Yong menyanyikan Madu & Racun
Joget Melayu



Mr. Ronald - guru cemerlang muzik yang sangat gigih mengendalikan konsert ini

13 comments:

IMANSHAH said...

huhu sebok ngalahkan PM ni..selamat bercuti kak

ONE ZABA said...

aku pulak bermula la nak meting sesaja. macam-macam meting ni. dah 3 minggu aku tak lekat rumah. macam-macam laporan nak dibentangkan.

NzA said...

mmg hr trakhir buzy sesgt..rs nk tmbah je waktu biar jd 36 jam...aduzzz...tension la..

cheryna zamrinor said...

bagusnya. sempat lagi buat majlis pada hari terakhir:)

kenari said...

selamat bercuti...masa berlalu dgn pantas. sedar2 je nnti dah nak mula sesi sekolah baru dah

Unknown said...

salam cikgu..
selamat bercutiiii kpd cikgu2 yg sudah mula bercuti ....

SAHAR MISRON said...

Memang bussy kerja cikgu ni kan. Saya dah cuti awal, nasib baik Pk2 semua ok boleh buat kerja. Kalau tak anak konvo memang saya pun ke titisan keringat terakhir. Wah ada konsert ya, tentu hebat........Tahniah!

Unknown said...

awat hang kerja sampai malam.. tapi hang tamat dan mula cuti pada 11.16 malam. Saya tak cuti langsung sebab kerja menimbun. Tapi itulah tugas. Tu yang kekadang saya fikir nak jadi cikgu balik.

ckLah @xiiinam said...

Selamat bercuti cikgu sonata....




Errr....cuti ke?
He..he..he...

sonata anak kancil said...

Imanshah : seme sama sibuknya! dah agenda sekolah, seme kena ambik tau...


OneZ : bila kala la kita nak sunyi dari kesibukan keje ye! nama keje kan kan....bukan senang nak dapat rezeki oiiii....


Nza :betul2 tu.....yang penting kita tau agih2kan masa - untuk keluarga mesti dipentingkan! kalau keluarga tak diutamakan - kita tak dapat menyempurnakan kerja dengan sebaik2nya!betol tak?

Maiyah said...

wah byk aktiviti.. tapi sronok kan.. mmg pengsan le bila jumpa katil hehe :D

sonata anak kancil said...

Cheryna : dorang nak buat jugak...dah tangguh 2/3 kali dengan masa yang tak sesuai dll....

Kenari : memang betol! macam baru aje tahun 2009....ciri2 akhir zaman.

Ummi Humaira : tk - cuti sekolah ade kena bertugas masa exam kat sekolah...

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : cikgu2 muda yang baru posting terkejut, rupa2nya cikgu tersangatla sibuk! kejutan kepada mereka! pernah ada guru ganti , lepas tu dah serik tak nak sambung lagi!!!baru tau kan...

Cikgu Abdul Halim : kalau reverse balik - sape pulak nak jadi pentadbir! memang dah gitu tugas pentadbir - ngajar jugak kan! Ok la tu....saya pun tak cuti sepenuhnya jugak - bertugas jugak masa exam.

CkLah : cuti gitu2 aje la CkLah - hanya bercuti dari tugas rasmi ngajar - kerje2 persiapan tahun baru kena mula dah...

Maiyah : cara sekolah le ni tak sama dengan dulu2...