CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, November 19, 2009

cakap-cakap-cakap....dengar-dengar-dengar...

Hari ni aku masuk keje aku mula bercakap-cakap.....cakap-cakap-cakap...
tak habis2....lepas tu dengar-dengar-dengar...hahahaha apa ke mende ni?
naik penat lagi letih keje bercakap2 dan mendengar2 ni...
tapi Allah swt dah anugerahkan mulut kan - gunakanlah untuk yang baik2..
bukan salah guna tau!
INGAT!!! mulut ada insuran ke?
tatau la....aku tak ade...that's why jaga mulut dari bercakap yang bukan2....
dan telinga untuk mendengar yang baik2 juga okeyyyyy.....



Ni dah tahap merapu ...korang nak baca -baca lah....no hal punya...
....nak jalan2 ke tempat orang tak larat lo.....
minta maaaffff berbanyak....
hanya aku tulis keje aku yang tersangatlah tahap maksima.


1. Pagi2 dah round kat pentas - saje je eksyen -
tengok budak2 nak SPM & STPM....ade ke sorang budak STPM
bawak bapaknya mengadu tak dapat slip peperiksaan!
Heiiii apa ni? GPK T6 dah bagi semua awal2 masa dah beres
masa pendaftaran dulu. Dikatakan semua rakan dia pun tak dapat!!!
Hari ni nak exam baru ingat slip exam? Upper 6 tu!!! dah tahap ke univ....!


Kononnya nak salahkan cikgu la tu....woow havoc sekejap...
cikgu2 bertugas / GPK T6 sibuk menyemak ...
Dah diberikan! Dia yang buat hilang -
dituduhnya semua tak dapat...Rakan2 sejawatnya semua pegang slip kat tangan! hahahha amik ko, pecah tembelang...Jadi aku yang ini tak cakap banyak...
nanti kang lagi tension budak ni nak exam...
Cuma aku bercakap mula2 aje - mintak cikgu2 berkenaan semak!

(masuk ofis - sibuk pulak menyain slip periksa T1 & T2 -
lengok gak 2/3 hari ni - kalau purata 40 students x 14 kelas =? itu yang hantar kat aku!
)

2. Babak ke 2 ni memang aku bercakap banyak....penat gak lah,
tapi aku kena cakap - aku hentam - aku basuh budak ni dengan klorok!

Amik ko, ko nak masuk sini kan?Ko dengar cakap aku! Kalau tak ,
ko jangan sekolah kat sekolah aku....Ade ke dah nazak nak cuti sekolah,
hari ni sorang budak Tingkatan 2 dari sekolah jiran -
dibuang sekolah dan dicampakkan ke sekolah aku!
Nak kata apa....JPM dah campak , aku sambut aje la.....

( kalau dah kena buang - salahlaku berat /salahlaku berulang2 kali lah tu
yang tak terbendung lagi di sekolah asal - lepas tu merayu kat JPM
nak sekolah semula - jawabnya hantar ke sekolah baru !!!)

Maka aku pon pot-pet-pot-pet-bla-bla-bla....
bercakap macam2 depan bapaknya!
Aku kira apa - ko anak siapa - wahima anak orang besar sekalipun -
peraturan sekolah tetap kena ikut!
Aku perati budak ni dari atas sampai bawah!


Ade 9 kesalahan yang telah dilakukan!!! Mak datok banyaknya....!

Pendekata macam2 la aku cakap + nasihat = sibapaknya dah serah habis2an kat aku ni - ikut cikgu la nak ajar macam mana - saya nak dia jadi "orang" -
jangan patah riuk sudah lah...cikgu rotan la ..
(senangnya cakap! tapi dia pun dah janji kat rumah dia akan pantau anaknya...)

eeehhhhh ingat senang ke nak rotan budak2 ni?
kalau tak ade surat kuasa merotan, tak boleh oiiii......


Saya memang tak merotan, walaupun saya dapat kuasa...
tapi bisa cakap saya, lebih sakit dari rotan! Kalau ko nak dengar,
ko nak belajar, ko ikut seme peraturan sekolah okeyyyyy!!!!


Hari ni, aku beri peluang dia balik saje ke rumah untuk
menyiapkan seme dokumen dari sekolah lama dia....


3. Bila nak close kes - bos panggil aku.....alamak apahal pulak ni... Jam dah dekat pukul 9 ....Maka mengadaplah aku dengan rakan sejawat aku - mengadap bos....Mendengar ........pelbagai kerenah dan ragam tentang urusan kerja....Bla...bla....bla.....tengok2 jam dah dekat 10.30 pagi! sambil aku menyampok2.....tuan, belum minum lagi la....ok - ok...jom2 kita minum!

4. Maka pergi la ke kantin untuk bersarapan
( nak sarapan ape dah jam 10.30 pagi !) -
tapi hari ni dapat jemputan Tingkatan 4A buat jamuan kat kantin....
Makan free lagi hari ini! nasi lemak - roti gulung goreng + inti sardin + kuih cara + ntah apa2 la kuih lagi + ayam KFC seketul & aku makan tahap meroyan kelaparan! apa taknya tenaga dah habis sebab bercakap & mendengar!
Bos pun sama - makan sama! Makan 1/2 jam sambil bersembang2
dengan bos lagik! & 2/3 orang cikgu lagik....


5. Selesai makan - bos panggil taklimat khas pulak dohhhh.....
Dari -+ 11.30 hingga jam 2 petang!
dengar-dengar-dengar lagi!!! Tapi taklimat bos ni ,
is not very serious but penuh dengan humor....
sampai tahap kedahagaan! tak order air ke? bos tanya...

tak....ingatkan sekejap aje tadi....
bila kita nak meeting lagi?

aku kata, bila lagi tuan, dah cuti!!!
alamak dah cuti pulak....

ok - ok...cukup untuk kali ini.....
Keputusan kita jumpa di Hi -tea pada 18.12.09 di CitybayView Hotel !!!

Tujuannya adalah untuk meraikan sorang GKMP bersara....
tarikh sebelum tu seme tak boleh sebab SPM/STPM belum selesai lagi &
tetamu yang nak diraikan pergi ke KK Sabah & lepas tu dia pergi ke Surabaya...
Bos pulak jadi penyelia kawasan & ade yang jadi ketua exam.

Dannnnnn.....kebetulan itulah tarikh yang amat2 sesuai -
jangan tatau itu tarikh hari lahir aku!!! he he he....
sape belanja sape ni.....& lepas tu pulak bos pergi Umrah sekeluarga.....


Akhir kalam : inilah keje aku hari ni...yang penuh dengan cakap3 & dengar3!


pssst.....esok tutup contest & keputusan akan diumumkan ASAP

18 comments:

Yunus Badawi said...

Yei aku first malam ni sbb yg lain dah tidur.

Yunus Badawi said...

banyaknya ko cakap3 dan dengar3 hari ni. Aku yg baca3 ni pun letih dibuatnya ngeh3x

sonata anak kancil said...

YB : tahniah ! ko first malam ni.....

sonata anak kancil said...

YB : aku relax2 tadi - tak ade mood nak cek keje2 rasmi - aku lepak aje la....yang ko baca3 tu sampai ngeh3x sape suruh? orang baca relax aje! ko ingat tarikh tu tau!


selamat malam......!

Maiyah said...

cakap byk utk membina tu.. byk gak cabara ye :)

SAHAR MISRON said...

Selamat hari lahir, maaf lambat wish...Pasal slip, kena ajar budak-budak tu, biar keluarga mereka hantar ke sekolah, kaedah tu berkesan. Kami di Kota Kinabalu dan nak ke JB konvo anak

DUN Behrang 2020 said...

Terserlah kepimpinan...ciri-ciri org cemerlang dalam setiap tugas yang diberikan...seronok baca sbb byk pengalaman dan pengajaran...

ONE ZABA said...

tak pa....lepas ni ko tak yah cakap bayak dah. esok dah boleh banyak tido.

NzA said...

hepi besday yg ke??????.....mmg le prangai budk2 skrg mayak auta!!!!!

insan pendidik said...

salam ,

hari yang sibuk nampaknya. Biasa la tu bila dah masuk jadi pentadbir ni. Keje2 pengurusan memang tak terlepas. Takpe la lepas ni sonata bole berehat panjang. Selamat Bercuti...dah merancang ke mana2?

sonata anak kancil said...

Maiyah : memang banyak cabarannya..kerusi saya sentiasa panas!

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : lambat lagi la tarikh tu! wow balik kampung nampaknya...mai singgah sini!

sonata anak kancil said...

Dun Behrang : kalau nak cite macam2!!! orang kata boleh buat novel kisah ibubapa /anak2 ni...orang tatau keje saya macamana...

sonata anak kancil said...

OneZ : cuti nak tido ...tak de nya! keje jugak!!!

sonata anak kancil said...

Nza : besday lambat lagi ! kebetulan tarikh tu je...yang ke? agak2 aje udah le...kalau orang kata dah bau2 tanah...hahaha !

sonata anak kancil said...

Insan Pendidik :selamat bercuti ...tapi saya tak bercuti dalam ertikata sbenarnya...bertugas gak!! saya insyaallah ke Vietnam/Cambodia!

Guru said...

assalammualaikum...

selamat bercuti

cheryna zamrinor said...

adoi...banyaknya cakap...adeh...berpinar mata jap...heheh..

* kenapa campak sekolah SAK? teruk betul..mesti leceh nak menjaga nanti kan...