CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, November 7, 2008

Suprised!

Hari ni aku tak senang duduk.(tapi waktu update ni, dah ok dah). Bukannya apa, hah cite nya gini...

Pagi tadi kat sekolah, lebih kurang jam 11, kerani aku beri satu sampul surat. Hjh, ni ada surat dari IAB - aku dah suspen, tengok2 betullah dari IAB Genting Highlands. Besar sampulnya sebesar kertas A4. Aku pun masuk dalam bilik, buka perlahan2 apa isi surat ni.


Alamak! Tawaran sebagai pensyarah kanan di IAB, DG52 la tu, takkan nak DG48 pulak, aku dah DG48 ni kan. Tawaran ini dari DG44, 48 & 52. Kena gi interview pada 11.11.08 ni. Wow, macam ni, aku tak senang. Kata lah aku gi, sekali aku dapat, huh macam2 lah aku fikir. Bila dah macam ni, aku mula tension, biasalah, ubat tension, aku makan apa yang ada.


Kekadang ada dapat surat2 tawaran ke sekolah untuk guru mohon jawatan2 di pelbagai tempat. Aku buat tak kisah pun, memang tak nak pun nak mohon2 ni. Susah. Tiba2 hari ni, dapat tawaran suruh gi interview terus. Mana tak suspen, bukan senang IAB/KPM nak panggil macam ni. Macamana nama aku terpanggil tak tahu la...


Jam 3 aku hantar Fahd gi KFC Jusco, sebab dia ada jamuan koperasi sekolah. Aku buat urusan ke bank, lepas tu aku lepak kat Jusco pulak, lepas bayar bil internet sambil tunggu dia habis jamuan. Lepak aku, aku cek harga2 barang, tengok, kalau berkenan boleh aku beli. Tapi tak belipun.


Lepas tu, lepak kat kedai buku, beli buku masak - kuih/kek/cupcakes & 1 novel Bukan Yang Pertama ( Salina Ibrahim) sebab offer 25.55 net drp harga rm34.00. Dapat beg kertas iklan novel ni 1, woow ni cukup bagus. Beli buku masak,macam lah aku rajin benor nak masak. Tak pe bukannya apa, kalau ada resa nak buat, boleh buat serta merta...Dah hobi kumpul buku, tujuannya nak simpan sampai pencen nanti!!!!


Fahd habis jamuan jam 4.30 , beli barang makan sikit kat supermarket, balik rumah dah hampir jam 6. Tak lama hubby balik. Aku pun sambil seloroh cakap, dapat offer kerja kat IAB, ok tak? Dia gelak macam tak percaya. Dah habis dia solat, tengok muka aku agak monyok...Apa fasal??? Aku pun cite & tunjuk surat tawaran.


Dia senyum - macam perli aje kat aku..Kenapalah dalam banyak2 orang di M'sia ni, nama aku sangkut? Sebenarnya ada 1 orang lagi dapat juga. Aku bila dapat senyap aje, tak tahu pulak ada 1 orang lain dapat juga. Dia pun buat havoc kat pejabat, wah ada orang dapat offer di IAB la, aku buat de aje. Rupanya dia dah nampak surat aku dulu kat ofis. So, riuh lah kat ofis tu aku dapat offer ni.


Aku pun makan petang/malam dengan hubby nasi impit satay semalam+ayam Mexican goreng ( ala2 ayam berempah BBQ gitu), sambil tu, aku terus mengomel, macamana nak buat dengan offer ni... At last, bincang punya bincang aku ikut cakap hubby tak kan gi interview ni.


Lagipun,aku berat juga kalau dapat, mana la tahu kan rezeki aku ke situ. Naik gred ok bagus, tapi bila kira punya kira lepas + - x ~ sama juga atau mungkin lebih belanja pulak dari sedia ada ni. Keputusannya, aku akan telefon hari Isnin ni tak jadi pergi. SELAMAT aku....Tak pe biar la orang lain dapat & ambik peluang ni...

3 comments:

obor obor said...

suspen!

Anonymous said...

morning madam!

-->kalau jd lecturer,org tak panggil cikgu dah..hihi

sonata anak kancil said...

Sekiranya saya seorang lelaki/duduk di KL/area2 macam dulu2 tu, saya pergi sahut cabaran ini!