Lebih kurang jam 8 malam,kami dibawa untuk berjalan malam. So, kena naik bot untuk sampai ke seberang sungai - ke Taman Negara. Sebelum berjalan malam, kita orang ditunjukkan video tentang Taman Negara ni. Tak mahu kalah aku duduk depan sekali. Tayangan video lebih kurang 25 minit saja, entah sampai ke mana tak tahulah, video tengok aku pulak!!!
Bila dah tamat, patutnya berjalan malam dalam Taman Negara ni, disebabkan hari seperti nak hujan & angin bertiup agak kuat, berjalan dalam keadaan ni adalah merbahaya. Kami tidak digalakkan berjalan malam, mana tahu angin kuat & pokok / ranting patah~~~malang tak berbau. Maka tak jadilah nak berjalan malam, so kita orang balik ke chalet saja. Kita orang dapat lihat seekor khinzir berlegar bawah bangunan. Kata tour guide - rezeki kalau jumpa, sebab haiwan liar ni nasib2 kalau terjumpa masa jalan malam. Masing2 semua dah keletihan. Apa lagi, sampai ke bilik boooom tidur....

0 comments:
Post a Comment