CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, November 1, 2008

Day 2 - Canopy Walk Way





Lebih kurang jam 9 pagi, kami menyeberangi lagi Sg Tembeling ni untuk traking ke Canopy Walk Way. Kami berjalan sejauh 1.5 km untuk sampai ke Canopy Walk Way ni. Aku berjalan belakang sekali bersama Hairil tour guide & 2 ahli yang lain. Sepanjang perjalanan Hairil menunjukkan pelbagai pokok hutan - ada yang dilabelkan, jadi belajar & kenal pelbagai jenis. Kita orang jalan relax2, sebab di depan ramai yang berjalan agak laju. Tak perlu jalan laju2, nanti kat Canopy Walk Way mesti kena tunggu juga, sebab akan dilepaskan one by one juga. Betul pun, bila tiba kat 'station' ramai yang menunggu, so kena tunggu hampir 1/2 jam ikut giliran.

Canopy Walk Way ni sejauh lebih kurang 520 meter, huh jauh juga nak habiskan. Kalau dah jalan terpaksalah digagah juga untuk meneruskan perjalanan,tak boleh patah2 balik lagi. Alamak, seriyau dibuatnya bila melihat ke bawah. Kalaulah dengan izin Allah swt, terputus tali, habislah aku...Bila dah tamat perjalanan ni, bukan main lega lagi. Rupanya bukan aku sorang yang berperasaan kebimbangan ni, ada lagi yang lain mengalami serupa macam aku!!!

0 comments: