Situasi 1
Semalam (24.11) hubby telefon dari Kuching....
"Umi, along nak balik!"...
"Apa? Along?"....aku terperanjat la.(Macam along, kasi pinjam2 duit tu...).
"Ye la, Farhan ( Sheikh Farhan ) on the way dari KL, dia mintak ambik kat Melaka Sentral"...
"Ohhh,ok,ok,ok....( sebab kekadang dia guna along / kekadang Farhan )
Situasi 2
Pagi tadi (25.11) selepas breakfast dan nak hantar Fahd gi swimming ( 1st day ). Ikut sama kakak ( Siti Fatehah ) dan hubby.
"Abah dah lama tak sembur kereta"...
"Apa? Sembur kereta?", serentak aku ngan kakak terperanjat.
"Ye la, lama dah rasa nak sembur" ( nak cat baru le kereta Honda dia tu )...
"Hah...cat baru, sabau le", aku sekali lagi serentak ngan kakak menyampuk, keluar lah loghat Melaka. ( pada hal kita orang Johorian)...Orang Johor biasanya cakap, kita orang....he he he...
Kami pun gelak...
Situasi 3
In ( Siti Farahin ) beritahu abah...dia nak balik lepas exam 28.11.
"Abah, In macamana?"
"In tetap macam biasa, anak abah...."
Dia pun bengang...Explain panjang lebar la pada abah , macamana dia nak balik nanti samada abah nak ambik kat KMS / dengan bas saja.
Situasi 4
Malam semalam ( 24.11 ) Mohd ( Sheikh Mohammad Faisal ) telefon...
Aku pun tanyalah exam paper Kimia.
"Macamana Kimia, boleh buat?"
"Susah sikit", dia kata.
"Bagus, ok la tu," aku jawab semula.
"Kenapa?Bagus?"
"Ye la, senang banyak! Mohd boleh buat la"...
"Ye, ye, boleh, boleh insyaAllah"...dia tak terkata apa.
Situasi 5
Aku ajak Fahd ( Sheikh Mohamad Fahd ) gi jogging / brisk walking...
"ala malu la, nanti orang tengok!"
"kalau tak bagi orang tengok, hah jogging dalam hutan, biar beruk, monyet tengok...."aku jawab selamba.
"apa la umi ni....."
Hoya Pro1 UV Filter
2 hours ago
1 comments:
hahahahaha!
macam2 btol la
paling takleh blah "apa? along?"
mau tak tersentap jantung.muahahaha
Post a Comment