CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, November 23, 2008

Bukan lagi satu rumah satu komputer

Tajuk di atas, pada pendapat aku dah tak berapa betul. Kalau kat rumah ni , jika satu rumah satu komputer - perang besar lah jawabnya. Atau 24 jam lah komputer tu digunakan, sebab kena tunggu giliran.

Jadi, kat rumah aku ni dah tak boleh guna pakai lagi. Emak bapak, guna komputer masing2. Anak2 dengan komputer sendiri2 juga. Bagus! Tapi yang nampak tak bagusnya, dah tak banyak komunikasi antara anak beranak ni!!!Apa taknya, semua dengan laptop masing2, ber'chat', layan bloggers, dah tu gelak2 sorang, satu meja ni pun sibuk macam kat ofis dengan laptop masing2....Huh nampak benar kesibukannya.

Inilah situasi hari ni. Bila macam ni, tak ada gaduh2, tak bisinglah kat rumah ni, semuanya berkawan dengan laptop masing2. Hari ni, ada laptop, ada hphone, cukup baguslah tu....Hai, anak2 zaman le ni....

Hari ni, keperluan ini amat diperlukan dalam keluarga. Ini pendapat aku lah, tak tahulah pendapat orang lain. Kalau tak ada ni semua, anak2 akan mencari alternatif lain - hah siaplah kepanasan nak ke CC / melepak di luar. Jadi, bagi jalan selamat sediakan semua kemudahan dalam rumah. Anak2 semua diselia depan mata. Biarlah semuanya dah kurang berkomunikasi dalam rumah ni. Yang penting anak2 ni selamat dalam rumah. Kalau di luar sana tu? Tak tahu apa2 depa akan buat...

6 comments:

azlanlin said...

Bergantung kepada bagaimana kita melihat sesuatu isu itu sama ada berbentuk positif atau negatif.

Jika positif, bermakna kita sudah mampu membuat gambaran dalam minda kita tentang faktor-faktor lain yang menyumbang kepada positifnya isu itu.

Hakikatnya, hal itu tiada betul atau salah. Hanya bagaimana kita mengurus isu itu dengan wajar dan berkesan...

Selamat manfaatkan kemudahan terkini.. hehehh

sonata anak kancil said...

Ya, betul seperti diperkatakan. Keadaan ini, saya selalu alami di sekolah. Jadi, keputusannya, saya selalunya berfikiran positif.

mona said...

saya selalu bergaduh berebut computer dengan hubby dan anak teruna.hubby gila online game.tak boleh kacau.anak pun online game..saya nak berforum dan beremail.mesti kena beli macam wimax kat rumah ni dan ada note book satu sorang..sekarang ni beratur dulu..buat perjanjian..petang ,malam pap guna,ibu siang dan abang main weekend..semua kena ikut aturan.buruk betul laku anak beranak berebut komputer..dah tu semua gila game online..

sonata anak kancil said...

Kami begitu lah dulu2. Sekarang dah ok. Think positif kalau gila game, cerdas kan minda!!!

fatehah said...

tu lah. macam duduk dalam cyber cafe je rasa. hihi.

bawang merah said...

sangat terase duduk dalam cc.
atas meja tu beratur je laptop.

p/s: bil letrik ape cite?