Nasib baik kakak gi ambik Fahd di kolam renang jam 10 tadi. Tak lama lepas tu, orang yang nak mintak derma hari kelmarin datang lagi! Apa lagi aku bengang dengan dia. Dia ingat rupanya nak mintak dan datang lagi. Cepat2 aku sebut nama Pak Chat. Dia pun macam terperanjat juga sebab agaknya macamana aku boleh tahu nama Pak Chat. Aku kata, Pak Chat dah beri semua bantuan.
" ala kak, macam apa dia beri bantuan rumah".
"ok lah tu, habis nak macamana lagi???" Tak bersyukur betul dengan apa orang dah bagi. Dia tetap nak mintak duit kata anak nak balik ke universiti. Bohong! Modalnya tunjukkan surat tawaran anak dan tempat dia kerja.
Aku pun terus suruh Farhan ambik telefon, terus telefon Pak Chat depan2 dia. Dia bengang la aku bercakap dengan Pak Chat. Dan2 dia terus keluar...
Lepas dia dah berderum balik, aku telefon Pak Chat semula.
Pak Chat kata, sanggup dia pegi rumah2 orang / rumah cikgu mintak duit, sepatutnya waktu ni waktu kerja. Malas kerja...Nak senang dapat duit, mintak sedekah, bukan minta derma lagi. Huh aku dah memang hot dengan orang macam ni.Sebab dah tahu penagih, tu yang menyampah betul aku.
"Macamana ni kami bimbang lah Pak Chat".
"Ok tak pe, nanti saya tengok dan akan telefon polis".
"Ok, terima kasih Pak Chat"...
Aku terus telefon hubby kat ofis....Tak boleh jadi macam ni.
Kalau anak2 yang lain ada tadi, habislah. Selalunya, dia orang ni akan bertalu2 lah panggil aku / mereka ingat semua orang baik2 dan orang mintak2 derma ni terus pakai bagi je...
Hoya Pro1 UV Filter
2 hours ago
3 comments:
terkenal lagi ke : dengan orang yg sama - itu di JB di KL lagilah banyak putaralam nya...tapi itulah asam garam kehidupan...cuba bawa dia ke rumah pak chat.bincang kalau boleh...kenapa dia macam tu !!.kesian.
Terima kasih atas nasihat.Sidang tahu hal ni, saja, orang kalau tak dapat 'ubat' macam tu lah. Nak kesian? Tak perlu...
how come i dunno abt dis?
Post a Comment