CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, March 31, 2011

Kecik2 tapi kuat !


Petang tadi pergi ke majlis penutup sukan MSSM kawasan.sebab bos MC - aku pun diarahkan mewaakilinya.Sekolah aku pun termasuk dalam kawasan BC ni...tapi sedia maklumlah...sekolah aku ni kecik je....kalau banding dengan jaguh2 sekolah yang ada padang jauh bezanya macam langit dengan bumi.Sekolah aku ni tak berpadang ! macam pelik bunyinya...memang sekolah aku tak ada padang...tapi tak bermakna tak ada padang budak2 ni tak bersukan .....sukan tetap ada hantar wakil....

Aku tahu...sekolah aku ni hantar yang boleh aje...tak capai tahap tak yah le....buat habis beras je...
3 hari berlalu - hari ini dah selesai....budak2 aku dengan pengurus pasukannya mana lah nak tunggu sampai ke petang untuk majlis penutup....kalau dah berapa kerat je yang ada....dan ada yang kecundang...so tak yah tunggu lah....

Tapi aku ni dah kena wakil...kena akurlah...jemputan bukannya ramai beno....sekolah yang ambik bahagian je...kalau nak caalifbut....huhuhuhu...kang nama naik tak pasai2....tunggu lah aku sampai habis sampai dekat 6.30 petang !

Nasib baik lah aku ada....kalau tak habislah nama sekolah aku di "sanjung2" sebab tak ada wakil untuk majlis penutup. Apa taknya...PPD waktu berucap....cari bos2 yang terlibat...tapi tak ada bos yang datang sebab dengan urusan rasmi yang lain...dan bos aku pulak sakit....tapi PPD ni mana tahu kan ...nape bos tak datang...

Sampai masa umumkan pemenang kategori2 tertentu...Sekali diumumkan peserta sekolah aku (Kalai - ada sambung lagi  ni...tapi lekat panggil Kalai je....... ) telah diumumkan sebagai kategori terbaik L18....dia dapat pingat emas 5000m - rekod & emas 800m...tunggu punya tunggu budak ni tak muncul2 jugak...pengurus pasukan pun tak ada.....aku pun bergegas lah pergi ambik piala itu.....terima kasih...

Lepas tu diumumkan lagi.....olahragawan lelaki - budak ini jugak ! cewah sekali lagi aku mengambil hadiah pialanya daripada PPD....hu3x......

Tak rasa penat ...bila anak murid aku ni telah memenangi kategori ini.....Dia je yang boleh diharap.....Sebelum2 ni pun dialah yang sentiasa wakil sekolah.....Biasanya menang lah...dah pernah wakil negeri pun ! Tu la kecik2 sekolah aku ni.....ada jaguh yang boleh diharap...tahun depan habis dah....

Tuesday, March 29, 2011

silap teknik juga !

sebelum N3 silap teknik semalam...
ada silap teknik yang lebih ketara silapnya !

( bukan tujuan aku nak kata sesiapa tetapi lebih kepada peringatan sesama kita
agar tidak berlaku kesilapan dimasa akan datang  tak kiralah majlis kecik / besar )


tu aku kata - nak buat kelaian dari biasa ke?

peristiwa ini berlaku awal Mac - aku attend satu majlis peringkat negeri bebbbb....
kesilapan MC - so aku tak moh sebut majlis apa ...
( aku rasa dia silap juga...) - tak tahu lah tetamu lain perasan ke tidak....
tapi ada yang perasan - sebab kami pandang2 sesama sendiri....
dah selesai pembahagian hadiah pemenang...terus diucapkan bla...bla...bla semoga bertemu lagi ditahun hadapan..diminta semua hadirin bangun  - sorak
(laaaa....tetamu pun macam terpinga2....ehhhh...macam tak ada ucapan  penutup je ! )
sib baik MC agaknya perasan so cover line la.....seperti buat gimik...barulah dipersilakan  perasmi untuk berucap perasmian penutup...Tapi kita orang buat dunno aje.....biasa aje...
tak ada la sibuk2 pulak...kawan tu dahlah penat  bertugas beberapa hari ....kesian kat dia...
mungkin dia pun dah perasan silapnya...
sekalung tahniah kepada MCs yang bertugas sepanjang majlis itu....

samalah juga macam kes aku kelmarin...

iktibar di sini....sape2 yang dilantik bertugas sebagai MC - semoga dapat "menghayati" skrip susunatur acara agar tidak berlaku kesilapan....kalau terperasan silap...cuba lah cepat2 cover line supaya tidak ketara beno silapnya....kalau dah nak tersilap nak buat macamana kan...dah takdir terjadi...wallahualam.

Monday, March 28, 2011

silap teknik - kelainan daripada biasa

Hari ni ada majlis perasmian progran mento mente....
Entah apa yang silap teknik guru bertugas selaku MC -
menjemput untuk menyerahkan fail2 mento mente dulu !
sepatutnya berucap rasmi dulu - barulah serah fail !

alamak - tak kisahlah....kelainan daripada biasa
padahal buku aturcara dah terpampang susunatur acaranya...
dah selesai - baru lah diminta berucap !
akhirnya teks yang ada aku ubahsuaikan on the spot
supaya tak berbunyi rasmi dulu baru serah fail !

small matter - but next time do read the program carefully !
jika majlis besar melibatkan tetamu luar ???
begitu juga siapa yang ada hadir  - siapa yang tak ada...
sila semak...

Saturday, March 26, 2011

Gelap 1 jam !

Baru balik dari pelancaran earth hour di Melaka Mall peringkar Negeri Melaka mulai jam 8.30 malam sebentar tadi....
Hubby diminta hadir wakil jabatan....aku pun ikut aje le !

Jom kita tengok semuanya gelap....hanya dalam mall aje yang tak bergelap...kang macam2 boleh berlaku...tapi semua lampu jalan telah di off kan...hanya diharapkan cahaya lampu kenderaan saje...


sebelum jam 8.30 malam depan Melaka Mall

selepas dipadamkan lampu2 utama 






depan Melaka Mall dah gelap....


gelap !


lampu depan Melaka Mall pun dah padam...kalau tak terang benderang !


kenderaan menghala ke pusat bandar Melaka


kenderaan depan Jaya Jusco menghala ke arah tol Ayer Keroh 


menghadap jalan utama - Lebuh Ayer Keroh

harap kempen seperti ini disemat dalam semua individu 
jimat2 lah penggunaan sumber tenaga....
banyak guna tenaga satu bab ......banyaklah harga bil nak membayo nya....!!!
mari kita berjimat ....
save money - save energy - save our environment !

Gores jangan tak gores.....& bayar !

Lagi sekali cite lawak bodo aku....

Aku memang tak pernah gores2 mende alah ni....
Semalam - aku nak parking kete kat bandar Melaka...
Aku hantam kalau dah bandar tu kat Melaka ni semuanya bandar Melaka la...
Pada hal kawasan bandar ni somewhere di kedai buku Tai Kuang...
area2 RHB bank...bandar la tu kan..
Ada orang sini bila sebut bandar Melaka - digambarkan di Banda Hilir -
dekat Dataran Pahlawan - dekat Mahkota Parade tu.....
aku main hantam semua bandar la senang !

Pulak tu bila nak parking - sekarang aku sendiri tak tahu - mana satu Majlis Hang Tuah Jaya - mana satu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) - jadi konfius....
Bila jadi macam ni...hubby kata kedua2 kawasan ini semua  sama...

Biasanya mana2 kawasan MBMB @ sekarang dah overlap dengan MPHTJ -
kete aku berlogo MBMB. Jadi aku memang free parking memanjang.......
jadi semalam - ada logo MBMB .....ini memang aku gunalah....lepas tu
tengok2 ada kupon MPHTJ dalam kete aku ni.....( hubby beli gamaknya )

Ececeeehhh...aku pun try menggores buat pertama kalinya ! Ambik ko....
Macamana aku nak mula menggores ni??? aku terpaksa ikut arahan satu persatu....
Mula2 gores tahun - lepas tu bulan - lepas tu cek haribulan -
selak belah belakang aku tengok gores untuk  berapa jam nak parking !
Oleh kerana aku rasa aku nak parking hampir 2 jam....atau mungkin lebih...
aku hantam gores 3 keping kupon ! tak tahu lah betul ke tidak....

Aku pun tayang kat atas dashboard 3 keping kupon MPHTJ & juga ada logo MBMB ...!

Kalau pegawai penguatkuasa kedua2 majlis ini datang cek...selamat lah aku gamaknya -
Mungkin diorang akan tertanya2 ...siapalah punya kete ni...ada 2 majlis orang ni bayar parking ...

Kupon untuk parking ni kena beli di majlis perbandaran yang berkaitan...
ntah berapa ringgit satu - tak tahulah.. negeri lain ade ke???

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah kepada semua calon SPM 2010

Hari ini SPM dah keluar...semua calon 2010 telah pun menatap keputusan masing2...
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dengan cemerlang dalam jurusan apa sekalipun...
Sesungguhnya setiap insan itu ada kelebihan @ kebolehan masing2...

Jika dalam jurusan sains - mereka gembira cara mereka...
Jika dalam bidang teknikal - mereka juga gembira dalam bidang mereka...
Ada juga dalam bidang kemanusiaan - maka mereka pun boleh beroleh kejayaan yang cemerlang juga...
Tak lupa juga mereka dalam bidang vokasional yang pelbagai jenis matapelajaran MPV....
Ada yang MPV Pendawaian Elektrik - Sains Rumahtangga - Dandanan Rambut - IT - dan pelbagai lagi...
Mereka ini juga ada yang beroleh kejayaan cemerlang dalam matapelajaran MPV mereka....!
Kalau ikutkan selepas PMR mereka tidak beroleh keputusan sebaik mereka dalam bidang sains dan setaraf dengannya.....tetapi bila ditempatkan mereka dalam bidang MPV .... lihatlah dunia....mereka pun mampu beroleh keputusan yang cemerlang dalam MPV....Sesungguhnya Allah swt menjadikan manusia ini dengan pelbagai kepandaian @ kelebihan @ kebolehan  tersendiri....

Termasuklah di sini ....anak2 murid aku yang beroleh  A dalam MPV Pendawaian Elektrik mereka....
Boleh pun dapat A peringkat SPM ini....! Masa PMR mereka hanya mampu memperoleh C/D/E....
Nah sekarang dah dapat A !!!
Bagus....Tahniah dari cikgu....( korang tak bacanya cikgu tulis ni....)

Kepada anak2 rakan maya  / bloggers yang menagmbil SPM - tahniah diucapkan atas kejayaan anak kalian.

Tuesday, March 22, 2011

Urusan jadi mudah bila ada catatan di sini....

bagusnya ada catatan di blog ini...
catatan urusan yang pernah dilakukan...
maka objektif aku tercapai tujuan aku berblog ni...

senang kerje aku...
nak cari maklumat yang telah aku catatkan di sini...
kalau tak - nak kena tengok surat2 lama dalam fail
nak cari tarikh2 yang pernah  terbang ke luar negara tahun lepas
begitu juga semasa anak aku nak buat tapisan keselamatan semasa
nak ke Australia bulan lepas....nak kena cari bila tarikh2 yang dia  telah pergi ke luar negara...
bila semak2 -  dapat tarikh yang tepat....beres satu urusan!
besok selesai...



20th November - 29th November 2010
CAIRO - SINAI - ALEXANDRIA = EGYPT @ MESIR

Beijing 4hb - 11hb Jun 2010