CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, December 18, 2009

Istimewanya Hari Ini.....




Hari ini Hari Jumaat
Hari ini 1 Muharam 1431H
Hari ini Hari Kelahiran Cikgu Sonata!

Tasik Tonle Sap

Tasik ini merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Selama aku dok ngajar Geografi dari tingkatan 1 - 6 - inilah contoh tasik yang sentiasa di sebut2....tapi kini aku telah menjelajah ke tasik ini! Tersangatlah besar - seperti lautan....orang sana semua makan ikan air tawar dari tasik ini la....Tasik Tonle Air Tawar / Tasik Air Tawar Tonle ? ( sap maknanya air tawar )


pengkalan tasik


pemandangan dari dalam bot - masa pegi ni musim kering


bot berlabuh & sedia berkhidmat





selepas lebih kurang 20 minit ber "bot" -
berjumpalah dengan kampung terapong - kehidupan yang simple


terdapat juga penduduk yang memeliahara
sang buaya dalam sangkar!


perjalanan diteruskan kearah "lautan" tasik

seperti lautan! ini baru 1/4 atau kurang tasik yang dijelajah!
jika diteruskan lagi - dah seperti lautan -
dah semakin bergelombang - betapa agongnya ciptaan Illahi


selepas "bersantai" di tasik, kami pun patah balik & geng aku si Edward telah meminjam memandu bot ( sekejap aje ) - hu hu hu macam bawak kereta jugak....
nak test & nak cepat2 keluar dari tasik -
sebab pemandu bot tu bawak agak perlahan



Wednesday, December 16, 2009

Akhirnya ke Siem Reap....

Kami meneruskan perjalanan ke Seam Reap dengan van besar yang boleh muat 14 orang....ingatkan kita orang aje...rupa2nya ditambahkan lagi dengan satu keluarga....dahla penuh dengan bags yang bertambah! Perjalanan ke Siem Reap lebih kurang dekat2 6 jam jugak....N3 ini dah ade dah....sila klik di sini.....he3x. Tak yah nak cite2 lagi...nak letak gambar aje ni....kat bawah ni ialah pekan tempat persinggahan makan tengahari - ade la sebuah restoren - tapi kita orang makan nasi goreng yang dibeli di Phnom Penh.



sempat jugak aku snap snek diorang - ade lagi! dijual ditepi jalan....




Akhirnya sampailah ke Siemreaprooms Guesthouse yang terletak
just walking distance ke tempat shopping...semua tempat penginapan
yang kami tumpang dekat dengan pusat / pasar bershopping...
tu lah fasal, lepas urus diri - keluar - pendekata kita orang keep on moving!

Guesthouse ni owner nya Mr Phil - British guy kawen ngan Cambodian....
anak comel 2 orang...


********************************************************************

Selepas selesai memunggah bags & menguruskan diri ,
petang tu jugak kita orang pergi ke Tasik Tonle Sap....
jauh jugak la dari bandar ni....

nak naik bot bayar USD12 - bayar di kaunter ( macam tourist center di bandar )

persimpangan masuk - perjalanan melalui jalan tanah aje -
melalui kawasan kampung


sepanjang perjalanan ke tasik....kelihatan saujana mata memandang kawasan tanaman padi....bila tengok2 , mereka masih menggunakan cara lama! guna kerbau membajak sawah...amalan bergotong royong ( mungkin kot.....nampak ramai berkerjasama ).Kalau kat Malaysia, kita dah lama guna mesin...perjalanan melalui kawasan kampung - kawasan yang diberitahu oleh van driver banjir berlaku bila tiba musim hujan - air tasik melimpah ke kawasan kampung sekitar....tengok keadaan tu macamlah waktu negara kita belum merdeka!



cara ni dah lama ketinggalan di Malaysia kan...
aku rasa zaman aku kecik2 dulu,

ingat mak-pak aku ade tanam padi kat kampung....
bila cite2 kami semua berpengalaman dengan cara 30 -40 yrs ago!


orang sana ternak itik - driver tu ingat macam la kita ni tak pernah tengok itik - diberhentikan van....hu hu hu...kita pun jadi la orang jakun tengok itik
( jakun pun ye...sebab diorang bela itik sangat banyak !!! )
ni satu reban - lain2 tempat ade lagi ! tengok la sikit rupa reban itik tu...
just like that - simple

.................................sampai sini dulu...............................
esok2 pulak untuk siaran tertunggak

Malam terakhir di Phnom Penh

Selamat pagi semua ....sari dua ni tak sempat "berkarya" dik kesibukan tugas2 rasmi...ambil peluang kejap sebelum pegi ke ofis...macam2 nak diuruskan pelbagai persiapan untuk sesi tahun 2010.....dalam pada tu, pelbagai jenis pelanggan nak dilayani!...eeeiiihhhh macam melayan pelanggan ape pulak....tapi betullah tu....pelanggan aku ibubapa - murid selain daripada staf sekolah....tak ade depa,kang aku tak ade keje pulak kan....mahu bayar gaji aku atas tiket apa pulak kan.....manyak lo....melayani "kebanjiran" perpindahan masuk dan ade jugak yang nak pindah keluar - dengan pelbagai alasan - nak masuk ke sekolah aku jugak!!! ok ...tak yah cakap banyak lagi....gambar ape ni pulak....gambar malam terakhir di Phnom Penh sebelum ke Seam Reap, keesokannya....

pemandangan di waktu petang - remang2 sunset....sangat cantik....
tapi guna kamera cokia...tak la secantik mana pun....
lainlah SLR ntah ape jenis kan...ni pemandangan bandar Phnom Penh
yang di ambil dari atas bot sewaktu kita orang
melayari bahtera merdeka bot di bawah ini....



bot yang membawa kami "meround" hampir 1 jam
sebahagian daripada aliran Sg Mekong....


lepas tu,kita ambil peluang pergi ke night market satu hal -
rupa2nya ade macam satu ekspo pulak....yang kita orang tengok di sini ialah orang2 sana makan....selepas mereka order makanan ,
mereka akan duduk makan bersila...tak ade kerusi!!!
macam berkelah pulak....tu dia.


dan akhir sekali ni dia, iaitu gula yang diproses daripada palm-tree / kelapa laut...yang buahnya kecik2 drp kelapa biasa dan berwarna kemerahan gelap...tengok2 macam gula merah...untuk dicampur dalam
minum teh / kopi....he3x aku belilah jugak sebungkus......
harganya kalau tak silap USD 3/ 5...lupa daaa....

esok ke Seam Reap pulak....

sampai sini dulu...dah nak ke ofis ni....

Saturday, December 12, 2009

Naik tuk - tuk di bandaraya Phnom Penh & Snack Istimewa

Hari ke 3 di Phnom Penh - kami beraktiviti free & easy - ikut suka la nak ke mana...Jadi kami ber 6 orang naik tuk-tuk ( rupa dia seperti kat dalam gambar ni ) - nasib baik body masing2 not too fat not too thin..ahhhhsss... ok lah kot...kalau tak kena lah naik tuk-tuk lain - sudah pasti tak seronok la kan....sorang USD1 - cikgu suami isteri pergi jalan sendiri - naik tuk-tuk jugak - depa nak ke lain tempat. Selama 1 jam kita orang round bandaraya ini....sangat besar - puas nak habiskan 1 jam..tu pun tak habis2 jugak....antara yang aku snap gambar...
Ini rupa tuk-tuk diambil jarak dekat - perjalanan dengan tuk-tuk ni bolehlah dikatakan seperti beca tapi bermotor...jadi nak sejukkan enjin motor sepanjang perjalanan - digantungkan sebekas tong air dan ada satu tiub hala ke enjin motor ni....
he he he unik & kreatif kan?

Kelihatan di sini ialah 2 pekerja sedang memotong dahan pokok - nampak tak wayer elektrik ke / telefon ke tatau la...berselirat! Tak diletak dalam satu kabel....betapa terornya engineer kat sana ( gamaknya ) boleh tahu wayer mana satu sambung ke mana2 la....sama jugak di Ho Chi Minh - jadi bayangkan kat Malaysia tak ada macam ni kan...betapa ketinggalannya depa dalam hal ini. Bimbang kalaulah terputus wayer semasa tebang dahan tu....tu aku kata teror!

Sempat jugak snap pertunjukan pentas percuma berhampiran petrol pump.



pasar besar


Dah habis round 1 jam - singgah di pasar besar - kawasan ini saje untuk jualan pelbagai jenis batu pemata - naik berpinau mata tengok macam2 jenis...
( bahagian lain esok2 pulak....)
nak beli batu permata yang ori kat sini la
( Phnom Penh ) - Cambodia terkenal dengan permata ruby ( warna merah ) dan lain2 ...nak kata murah tu, tatau la...tapi member aku kata memanglah murah berbanding
di Malaysia! murah2 pun , paling murah sebiji USD8 -10 - agaknya ori la tu
( tatau la kalau bijak mem bargain - mungkin lagi murah kot di tempat kedai lain ) - ntah la aku tak reti bab2 membeli ni -
sebab aku kurang minat - takat satu dua cukup lah -
aku tak la membeli hingga tahap gaban -
kalau beli batu permata ni - satu hal pulak nak pergi tempah2

( ikat dengan emas putih/kuning ) dan dah tentu la bertambah kos!
- dulu2 batu permata masih tersimpan lagi ! ntah bila nak buat tatau la..

YB - sorry aku tak beli untuk emak Adam - tak reti nak pilih -
nanti ko datang la sendiri - belilah berapa banyak ko nak!

ini crude stones - aku nampak di display dalam almari



Ini yang paling best! Khas untuk OneZ - aku tak sanggup nak beli untuk ko, walaupun aku boleh berbuat demikian...aku tanya sorang yang nak beli - paling sikit boleh beli USD1 - adalah 1/2 plastik air sirap yang budak2 sekolah dok beli tu! lepas tu, aku dengan mat & minah saleh tersenyum2 tengok dia makan - kruk krak kruk krak kunyah cengkerik & labah2 sebesar2 tidak - belalang ade juga kot...ko rang zooommm sendiri la...eeeiiiii geli geman aku tengok!!!

tengok ni dekat2.....

bye-bye sampai sini dulu....

Kehebatan Istana Putera Sihanok

Tempat ke 3 yang disinggah adalah Royal Palace - istana Putera Sihanok...Aku pertama kali masuk dalam istana raja...hu hu hu....besar sungguh! penuh dengan ukiran2 dan hiasan sangat cantik di dalamnya...tapi tak DIBENARKAN sama sekali mengklik2 gambar di dalamnya! yang di bawah ni adalah bangunan2 yang terdapat dalam kawasan istana yang sangat luas ni...ade dalam kawasan istana juga The Silver Temple - besar jugak, aku lalu ikut tepi aje....tak ade le aku nak snap2 gambar temples ni...kalau orang2 bukan orang kita....suke la depa semua masuk! tempat dia kan....



Dah selesai berjalan dalam kawasan istana - mau dekat 2 jam jugak...satu2 tempat yang dilawati makan masa lebih 1 jam - sebab luas sangat....asyik menapak aje la...
I took advantage as exercise! penat jalan makan buah - minum air mineral - pikul beg belakang - hanyalah bawak makanan - biskut - air - buah....

Ni yang aku kata macam Trafalga Square - banyak burung merpati di sini - tempat rekreasi tengah kawasan bandar ... sebelah kanan gambar tu , dah tebing Sungai Mekong....sebelah petang pi Russian Market - ho ho ho....best gak - duit lebih bolehlah shopping lebih...aku tak dak la....banyak jual sovenirs yang berupa patung2 - gambar2 bangunan temples - t-shirts pun banyak gambar2 macam tu - takkan aku nak beli pulak!

Friday, December 11, 2009

Muzium : Sekolah dijadikan penjara

Selepas melawat The Killing Field - kami semua dibawa pulak ke muzium - iaitu pada asalnya sebuah sekolah menengah - pada masa regim Pol-pot ni, telah dijadikan penjara /tempat tahan dan siksaan mereka yang menentang kerajaan Pol-pot. Lihat kelas2 yang kecil - dibina di dalamnya sel2 untuk tahanan dan kemudian disiksa di dalamnya....semuanya ini jadi sejarah dan tatapan generasi hari ini...selama ni dok dengar / lihat di dokumentari dll - tapi hari ini aku telah melihat sendiri!dasyat-dasyat..
Silalah zooooommmm sendiri untuk lebih jelas......