CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, September 5, 2009

Menjawab Soalan Cepumas NoorAfzan....


Ada ruang & peluang, baru ni la menjawab tag yang dikemukakan oleh NoorAfzan...lambat2 pun jawab kan NoorAfzan....Jawapannya ialah.......

1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???


Errrr....nama singkat tak ade - seme panjang....

umo = ohhhh rahsia teramat rahsia....tapi kalau nak tahu jugak jawapannya ialah ......jeng...jeng...jeng..........taklah setua umo Malaysia - masih kurang beberapa tahun lagi daripada umo Malaysia...


dok? apa makna ni? duduk @ tinggal ye?
kalau makna duduk = saya duduk atas kerusi .... ohhhhh kalau makna tinggal di mana = saya tinggal di Negara Hang Tuah


2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih??? biasa kol berapa?? lama tak?

Boleh katakan begitu la...tapi ada hari tak bukak jugak = bila kena pegi kursus luar sebab sibuk berkursus & bila kebizian teramat sangat dengan urusan kerja...


Biasanya lepas balik sekolah ( kadang-kadang ) & lepas selesai semua tanggungjawab untuk diri & rumahtangga hingga larut malammmmm ( ni pun kadang-kadang .....taklah malam sangat,kang tak bangun nak keje esok hari...) - kalau hujung minggu dah selesai urusan - relax2 tu bukak la...


Lama tak lama = tengok keadaan la....kalau nak update tu, agak lama sikit la...mau dekat2 1 jam...pas tu nak ziarah2 members makan masa jugak! tapi tak la lama benor...

3.Bila dah on kat Blog...apa yang korang buat ek???


Tengok jejak2 kesan kaki yang members tinggalkan kat N3....biasanya respon balik...dengan harapan ada komunikasi 2 hala di situ....tau la rakan2 bloggers bahawa ada kemesraan di situ...( no heart feel k....all just for fun only...)


Tengok jugak kat chit-chat tu....respon members lama maupun yang baru datang buat pertama kali....Saya akan respon bila cukup lengkap alamatnya...kalau tak lengkap, susah saya nak respon semula....( kepada yang baru datang ke AGK...harap boleh letakkan link , senang saya nak respon semula )


4.Pernah tak sedang asik melayan intenet ni...
korang telah abaikan sesuatu....?

Rasanya tak ade sebab melayan internet ni bila seme kerja2 hakiki dah beres....kadang2 melayan internet secara sambilan...

5. Macamana cara korang masak maggie ek?

Sejak munculnya maggie saya amat jarang sekali makan maggie ....
( rasanya setahun 1/2 kali beli - tu pun kadang2 anak nak makan!....
Pernah teringin, beli sebungkus - tak habis pun!

Kalau masak pun, saya akan tumis rencah2 bawang & baru letak air & maggie tu...


6. Hubby korang tau tak korang ada blog ni....

Sangat tahu saya ada blog & sometimes kami kongsi nak letak N3 apa...
kadang2 hubby saya baca - so dia memang tahu saya ada ramai kenalan bloggers....saya tak boleh sorok2 dari dia...dia ada juga beri idea nak letak N3 apa!!!


Sekian

very2 sorry NoorAfzan : punyalah lama nak jawab soalan2 cepumas ni!!!

Friday, September 4, 2009

Ini Semua Ketentuan Illahi


Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi ...

Nota 1:

Hari Rabu aku dok pulun menyiapkan cenderamata untuk tetamu yang datang pada hari Khamis ( agak lewat buat - lepas Terawih - nampak senang kan - tapi biasanya , kita kan tak nak tunjukkan harganya - jadi aku kena koyakkan tanda harga satu persatu - tu yang lambat ada 40 seme nya )....Bila diminta buat, aku akan buat - jauh sekali nak bantah / beri pelbagai alasan.../ dan tidak pulak untuk mintak balasan....

Aku kembalikan semula duit lebih kepada bos...Tetamu yang datang 7 orang sahaja - ada yang tak dapat datang last minute...Jadi ade lebih 3 beg...Aku serahkan semula kepada bos...Apa bos cakap? Awak ambik 3 beg ni - 1 untuk awak & 2 lagi awak beri kepada Hj*** & NC....Ok, tuan , terima kasih....Terima kasih lah awak semua banyak tolong saya....Jadi aku dapatlah 1 beg....masih ade lagi atas meja...tak bukak2 lagi!


Beg berisi kuih ini milik aku sekarang!


Nota 2 :

Pada hari yang sama juga ( Rabu ) satu parcel telah tiba ke rumah aku...tapi disebabkan tak ada sape nak terima, maka satu kad telah ditinggalkan dalam letter-box....Hari Khamis semalam aku cal branch kurier ni & lebih kurang 3.30 petang aku telah ambik sendiri kat kurier center ni di Taman Malim Jaya....
Huh, puas jugak aku pusing keliling cari tempat ni...siap mintak member buat pelan lagi....Apakah isi parcel ini???


Inilah dia barang2 yang terdapat dalam parcel itu -
yang telah dikirim oleh
Daydeck86!



Terima kasih yang tidak terhingga . Semua ini adalah ketentuan Illahi....Balasan kepada apa yang aku buatkan untuk orang - & ada orang lain pulak yang membalasnya ....

Nak jadikan cerita , Daydeck86 follow aku , pas tu aku follow dia.....
bila aku tengok, kami ni guna cat rumah sama!!!! hu3x kembar seiras rupanya....
bila aku gi rumah dia, teringat rumah aku ,
bila dia gi rumah aku, dia pulak teringat rumah dia.....

Pas tu pulak tu biasa la kan , komen mengomen membawa kemesraan....
( macam dah biasa benor kan...ini termasuklah semua followers aku ----
terima kasih semuanya ye...) .


Aku komen kat tempat dia bila dia tayang mende alah ni semua...yang aku ni , memang lah buta tentang mende ni seme....apo mende ni jang??? PIN KARTUN!!!

Aku tanya pin pakai kat baju ke /ape? Rupanya memang pin yang boleh semat2 kat baju - boleh jugak pakai kat tudung , pin kat leher tu....ada yang gambar school bus tu ialah paper-clip - boleh buat klip kertas, juga boleh buat penanda buku...CANTIK kan kan kan......

Oleh kerana aku ni tak tahu mende ni seme - aku pun komen , mana yang tak ada tempat nak letak, mai hantar kat akak.....dia pun tanpa berlengah2 lagi terus hantar!!!! Ni nama nya rezeki .....Daydeck86 kata untuk aku....
Alahai malu wehhhhh.......Mari kita tengok dekat2......
jangan jeles ye...ni khas untuk aku tau......MEMANG CANTIK!!! TQVM....


Thursday, September 3, 2009

Dah Nak Raya???

Aku baru selesai siap memasukkan 4 jenis kuih tradisional ke dalam beg ini!

Untuk sape???Eikkk....dah nak raya?
Dah nak hantar menghantar beg2 kuih raya?


Sebenarnya bila ada satu2 majlis, ni la keje aku...
Sejak "azali" lagi ( ohhhh....lamanya tu...).


Bos suruh ? Tidak!!! Suruh ke / mintak tolong?
Mana2 boleh la...aku berasa bangga kerana diberi kepercayaan menyediakannya.


Dia mintak tolong - tolong sediakan cenderamata kepada
( mungkin 10 tetamu akan datang esok....).....

sebenarnya jika tetamu datang dah jadi budaya kami menyediakan
cenderamata yang tidak seberapa .....yang penting ada...

( perasan sendiri - bos-bos ni senang dengan aku gamaknya....)
Aku tak kisah - selagi orang senang keje dengan aku -
aku dengan senang & suka bantu dia orang.


Lepas balik sekolah - aku pegi ke Jusco - jumpa lah beg yang sangat sesuai dengan ketibaan hari raya...Harga nya RM4.90 - tak kisah - pada aku memang sesuai, aku rembat aje la. Suka tak suka, aku dah beli...terima aje le kan. Dan aku beli 4 jenis kuih-muih - tradisonal - rempeyek/kuih bangkit/kuih kapit/cakar ayam....
& esok masukkan satu pennat sekolah untuk setiap satu beg tu....
Bos beri RM250....ada duit seme boleh jadi....yang susah kalau tak ada duit....


Beg dah siap nak disampaikan kepada tetamu esok.....

Tuesday, September 1, 2009

Selasa 1 Sept.2009

Kepada semua warga pendidik

SELAMAT BERTUGAS KEMBALI


Things to do today:

1. Terima "tetamu" 2 orang.....( budak pindah masuk - macam2 sebab la tu pindah ke sini )

2. Ngajor le....Ting.3 & 1....PSK

3. Terus sambung berkemas bilik "stor" aku ....he3x, dah tak banyak dah....

4. Kot2 ada masa lapang........dah relax2 sikit hala ke tengahari .....cewah, boleh bukak topik, petang ni nak masak apa...mulalah kongsi2 resepi....Hari tu ( last week, aku masih ingat,bos beri resepi : Burger Masak Kari.....) - aku pun "panik" kejap....tak pernah lagi aku masak burger masak kari....sape nak tahu...nanti lah senang2 aku tulis resepinya....


5. Tak tahu lagi - bos kadang2 ade saje maklumat & tindakan yang perlu dibuat dengan segera!


HUJAN LEBAT DI LUAR SANA ....

HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA .... rezeki - rezeki....

Bye, wasalam.

Monday, August 31, 2009

Tanggal 3 Puluh 1, Bulan 8, 5 Puluh 7


TANGGAL 3 PULUH 1, BULAN 8, 5 PULUH 7
( 31 OGOS 1957 )

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


SALAM KEMERDEKAAN
KEPADA SELURUH RAKYAT
MALAYSIA

Friday, August 28, 2009

Kemas2 buku, jumpa majalah.....kena pindah.....

Dengan tergedik2nya aku nak beritahu, sejak mula puasa

aku dah jadi surirumah tangga
( kerana ada satu tangga ye, naik ke tingkat atas....) sepenuh masa.
*
*
*
*
*
*
ye le tu....
*
*
*
ye ye ye betul-betul.....aku bertugas sebagai suri rumah
sepenuh masa hingga 31.8.09 saja

(......selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 )

sejak mula cuti sekolah pada 22.8.09 lepas....bestnya!

Jadi, sebenarnya aku ada banyak masa untuk menguruskan rumah aku -
maklumlah bermulanya puasa - bermakna nak kena mula kemas2 rumah ini...
nak raya !!!
( tapi mengikut kata Farahin - bila tepon : umi buat apa?
kemas rumah....
umi ni asyik kemas -kemas - kemas - sejak dari In sekolah rendah lagi!!! )....

habis time dia tepon, aku dok kat rumah - aku tak kerja kat sekolah -
kemas2 lah rumah, sapu ke, lipat baju ke dan macam2 la nak buat....
apalagi nak buat kan? tak kan nak tido....

sebab tu jawapannya sama sejak azali lagi.....
( kalau senang2 aku buat N3 tentang aku kemas rumah pulak he3x....
apa
aku buat ye...)

( sebab tu N3 aku pun turut berpuasa....)
*
*
*
*
Dalam pada aku jadi surirumah ni, kita orang pun ade pergi ke sekolah sekejap ,
sebab prepare pemantauan oleh pengarah yang kata nak
datang pada hari Rabu lepas,
tapi tak dapat datang - ditangguh ke Khamis minggu depan....
*
*
*
*
Sejak hari Rabu lepas - aku telah dimaklumkan bahawa aku kena pindah!!!
Eh eh eh...pindah? Sebab???

*
*
*
Ohhhhhhhhhhhhh......
*
*
*
Pindah buat sementara waktu kerana pejabat sekolah nak di renovate kan....
Nak di upgrade kan.....sejak menjak dapat Anugerah Sekolah Cemerlang ni -
dapat peruntukan untuk pembangunan -

jadi bos bercadang nak upgradekan pejabat kerana
pertambahan staf sokongan yang ketidakcukupan tempat.....

best - best - best......tapi bab pindah2 ni yang lemah kaki ku....
nak berkemas2, mana nak bawak macam2 buku /macam2 fail???
katanya pindah ke Bilik Gerakan /Bilik Mesyuarat untuk sebulan 2 ni....

*
*
*
maka berkemas2 la aku segala macam buku dan fail -
buku2 aku semuanya aku nak longgokkan kat rumah dulu....

Tadi pagi aku kemas lagi - angkat lagi - sampah2 / kertas2 lama
( seme nya sayang-sayang-sayang.....at last aku buat recycle papers -
hantar papers lama....)
*
*
*
*
Aku kumpul buku2, aku kemas fail2 dan segala mende.....
hahahhah ni dia longgokan buku & bilik aku yang dah macam dilanda tsunami.....



Dalam masa aku kemas2 ni - terjumpalah aku dengan majalah ini.....


LAMAN : JUL/OGOS/SEPT 2006

Apa istimewanya majalah lama ni?

Mari kita tengok apa isi di dalamnya.....



Ini gambar 3 tahun lepas diabadikan sebagai kenangan ......
( nak jelas lagi - zoom la kat gambar ni...)


Kini , di sebelah laluan dalam gambar di atas,
sudah ade sebuah kolam rindu tempat memadu kasih sang ikan koi-koi-koi......


####sekadar berkongsi maklumat saje.....
wasalam....

Monday, August 24, 2009

Bloggers Pace Slow Down ....



Bloggers Pace Slow Down During Puasa Time......

But they increase their pace during Solat Terawih.....

Happy fasting during this Ramadhan....

Don't forget to give sadaqah & recite Al-Quran though a single line.

May Allah bestowed His rahmah to all of us
& ummah of Prophet Muhammad saw.

Amin.