1 Syawal telah berlalu hari Selasa 30 hb Ogos 2011. Dalam kemeriahan menyambut hari raya - hampir terlupa kita juga menyambut hari merdeka pada 31 Ogos 2011. Hari merdeka tenggelam dengan kemeriahan hari raya.
1 Syawal kami beraya di Kluang - 2 hari raya kami ke Mersing - Endau menziarah mak - pak sedara @ sedara @ jiran yang "jauh" tapi yang "jauh" ni dah jadi rapat - rapat juga melalui ikatan perkahwinan. Kami "terpaksa" menginap di Seri Malaysia kerana pada 3 hari raya ada perjumpaan dengan rakan sekolah lama di rumah kenalaan di Mersing mulai jam 10 pagi.
Kalau sebut fasal raya - raya tahun ini kami rasa agak meriah walaupun 2 orang anak tiada di sini. Kami berkonvoi ke rumah pak-mak sedara - seronok bukan main kerana agak lama tak jumpa walaupun ada juga berjumpa jika kami ke Mersing. Yang sihat walafiat semuanya gembira di hari raya - ada yang sakit - beraya seadanya.
Pada 3 hari raya 1 September 2011 ( Khamis ) - kami ada perjumpaan dengan rakan sekolah lama & seorang guru PJK - Mr Baskaran serta pembantu makmal dijemput bersama. Makanan yang disediakan sampai tak termakan - sebab terlalu seronok berjumpa rakan lama - yang semuanya dah masuk 1/2 abad ! Selepas selesai majlis ini - kami ke rumah mak sedara sebab dia jemput makan tengahari - makan lagi nasi beryani !
Raya tahun ni rasanya banyak benar makan nasi beryani!!!
Dah kekenyangan apa lagi - kami pun mintak diri nak balik ke Melaka. Tiba ke rumah 5 lebih. Dalam kami sibuk berkemas2 rumah - dapat talipon daripada adik perempuan saya - memberitahu adik lelaki ke 2 saya telah kemalangan di Jalan Kahang Kluang - mulanya bunyi agak kritikal - tapi masih okay katanya.
Tak berapa lama lepas itu - dapat talipon lagi - mengatakan isteri adik saya & cucu nya yang berumur lebih kurang 2 bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Sangat sedih kejadian ini berlaku - kejadian telah berlaku - yang pergi tetap tak kembali lagi. Oleh kerana kami baru sampai ke Melaka - nak balik semula ke Kluang memang sangat tak pratikal kerana perjalanan yang agak jauh. Jadi kami beritahu pagi2 (Jumaat ) kami akan sampai ke Felda Nitar, Kluang.
Pagi2 tadi jam 9 kami ke sana untuk ziarah adik saya - dia agak teruk retak kaki & patah tangan (mintak keluar sementara daripada hospital ) - anak & menantu perempuannya masih kritikal di Johor Bahru. Kejadian ini berlaku kerana sebuah avanza yang datang dari arah Kahang (dari KL nak balik ke Mersing ) telah masuk ke jalannya sebab dia nak ke Kahang & pemandu itu mengantuk. Dia nampak avanza itu masuk ke jalannya & dia tak dapat mengelak dengan cepat sebab avanza itu terlalu laju (jalan agak lurus) & terus langgar keretanya sebelah pemandu. Isterinya yang memangku cucunya tersepit - dia dapat mengajar mengucap untuk isterinya walaupun dia dalam keadaan yang berlumuran darah & akhirnya dirinya ditarik keluar. Anak perempuan bongsunya 10 tahun alhamdullilah selamat. Jika dia tak cuba mengelak secepat mungkin & jika avanza itu merempuh depan keretanya - kemungkinan besar semua yang berada dalam kereta itu tak dapat diselamatkan lagi. Difahamkan pemandu avanza itu selamat bersama isterinya yang sedang mengandung.
Al-fatihah kepada Allahyarhamah Badariah binti Hamzah & cucunya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Salam takziah kepada adikku Mohd Yusof sekeluarga.