CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, September 7, 2011

tak ade cerita sensasi nak catat - SYAWAL 2

Dah nak masuk esok 10 Syawal ni....
Mood raya lagi - jemputan open house - jemputan kahwin mula berderet kembali
(break bulan Ramadhan aje ) - mood puasa masih diteruskan (next week nak raya lagi! - insyaAllah)

Dah mula bertugas kembali - bersemangat waja - menghitung hari - macam2 hari nak hitung -
nak kira - dengan persiapan program PMR nya - peperiksaan percubaan SPM peringkat negeri - lepas tu nak bersiap2 program solat hajat PMR/SPM - lepas tu periksa PMR - dah habis PMR - program selepas PMR pulak....macam2 - lepas tu dah nak periksa SPM pulak - lepas tu kira2 dah nak cuti - dah periksa akhir tahun tingkatan 1,2,4.....dah nak cuti ! cepatnya dah nak sampai hujung tahun.......umur pun semakin pendek ...angka umur je  nampak makin tinggi....so agak sangat lah sibuk - mulalah rasa tak cukup masa 24 jm!

Apa2 pun saya pun berkira2 jugaklah nak jalan2 - ke mana pulak cikgu sonata ni nak pergi yer?
sabo-sabo....sebab tu nak bereskan semua kerje ni.

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA RAKAN YANG SEWAKTU DENGAN SAYA

18 comments:

CT said...

cite raya lg dh kering idea...tp tetep nak gi open house raya...hahaha

CIKGU NAMAN said...

di sekolah baru ni jadi tukang relief je..tulah JPS, nak wat jugak redeployment hujung² tahun..

sonata anak kancil said...

ct : kalau weekdays ni semua sibuk kerje...hujung minggu aje le nak sambung raya lagi!

sonata anak kancil said...

Naman : kalau sikit waktu jadi "mangsa" relief la - jaga aje le budak2 tu...

ibundo said...

sabtu ni kakpah baru nak turun ke melaka. belum beraya satu rumah pun lagi ni hehe..

zulkbo said...

salam..
alahai saya pula
satu kisah raya pun
tak kongsi lagi nih..
beraya simple je tahun
nih..baju pun baju tahun
lepas je..
:)

Zaitun said...

Dah ramai balik kerumah masing2,mula buat rumah terbuka sebab tu kak Zai cepat2 berpuasa.

Dulu2 menanti hari bukan main lama tapi sekarang pejam celik dah hujung tahun.Mak mak yang anaknya ada exam besar pun sama sibuknya,sibuk membebel...

abadi romeo said...

cerita raya selalunya tak habis-habis,kueh raya je yang selalunya habis bila dah masuk dua minggu ni..tinggal sebuk je..tu yang sedap tu..

Muallim Adham said...

slmt bertugas juga buat cikgu

Kak Imun said...

Belum terlambat lagi untuk sampaikan Salam Aidilfitri buat cikgu sonata sekeluarga. Tahun ni pun kak tak bertandang sangat, paling2 pun rumah mertua dan jiran saja...:)

sonata anak kancil said...

Ibundo: selamat beraya Kak Pah....nak jemput ke rumah - saya pun tak ada kat rumah - berayo jugok

sonata anak kancil said...

Zulkbo : baju tahun lepas elok lagi - pakai aje le....yg penting poket penuh wehhhh

sonata anak kancil said...

Zaitun :betul kak Zai - puasa cepat2...open house memanjang kita ni...kdg2 tak larat - tapi pergi jugak memenuhi hajat jemputan tuan rumah !kalau tak buat open2 house ni - tak berkesempatan lah kita nak bertandang kalau tanpa sebab kan ...

sonata anak kancil said...

Abadi R : kuih raya yang baki2 ni lah sedap...pulak makan reramai...jangan membazir udah la

sonata anak kancil said...

Muallim Adham :selamat hari raya - selamat bertugas juga cikgu Adham

sonata anak kancil said...

Kak Imun : terima kasih Kak Imun - selamat hari raya juga untuk kak sekeluarga - kalau tak sempat raya - kita terus sambung sampai raya haji - hujung tahun ...tup2 jumpa raya tahun depan pulak!

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak Sonata..


Kalau bercuti di NZ ni jgn lupa roger kami tau... :)

sonata anak kancil said...

Nida:insyAllah - cadang2 gitu la