CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, September 2, 2011

Gembira & Sedih Hari Raya - Syawal 1

1 Syawal telah berlalu hari Selasa 30 hb Ogos 2011. Dalam kemeriahan menyambut hari raya - hampir terlupa kita juga menyambut hari  merdeka pada 31 Ogos 2011. Hari merdeka tenggelam dengan kemeriahan hari raya.


1 Syawal kami beraya di Kluang - 2 hari raya kami ke Mersing - Endau menziarah mak - pak sedara @ sedara @ jiran yang "jauh" tapi yang "jauh" ni dah jadi rapat - rapat juga melalui ikatan perkahwinan. Kami "terpaksa" menginap di Seri Malaysia kerana pada 3 hari raya ada perjumpaan dengan rakan sekolah lama di rumah kenalaan di Mersing mulai jam 10 pagi. 

Kalau sebut fasal raya - raya tahun ini kami rasa agak meriah walaupun 2 orang anak tiada di sini. Kami berkonvoi ke rumah pak-mak sedara - seronok bukan main kerana agak lama tak jumpa walaupun ada juga berjumpa jika kami ke Mersing. Yang sihat walafiat semuanya gembira di hari raya - ada yang sakit - beraya seadanya.

Pada 3 hari raya 1 September 2011 ( Khamis ) - kami ada perjumpaan dengan rakan sekolah lama & seorang guru PJK - Mr Baskaran serta pembantu makmal dijemput bersama. Makanan yang disediakan sampai tak termakan - sebab terlalu seronok berjumpa rakan lama - yang semuanya dah masuk 1/2 abad ! Selepas selesai majlis ini - kami ke rumah mak sedara sebab dia jemput makan tengahari - makan lagi nasi beryani !
Raya tahun ni rasanya banyak benar makan nasi beryani!!!

Dah kekenyangan apa lagi -  kami pun mintak diri nak balik ke Melaka. Tiba ke rumah  5 lebih. Dalam kami sibuk berkemas2 rumah - dapat talipon daripada adik perempuan saya - memberitahu adik lelaki ke 2 saya telah kemalangan di Jalan Kahang Kluang - mulanya bunyi agak kritikal - tapi masih okay katanya.

Tak berapa lama lepas itu - dapat talipon lagi - mengatakan isteri adik saya & cucu nya yang berumur lebih kurang 2 bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Sangat sedih kejadian ini berlaku - kejadian telah berlaku - yang pergi tetap tak kembali lagi. Oleh kerana kami baru sampai ke Melaka - nak balik semula ke Kluang memang sangat tak pratikal kerana perjalanan yang agak jauh. Jadi kami beritahu pagi2 (Jumaat ) kami akan sampai ke Felda Nitar, Kluang. 

Pagi2 tadi jam 9 kami ke sana untuk ziarah adik saya - dia agak teruk retak kaki & patah tangan (mintak keluar sementara daripada hospital )  - anak & menantu perempuannya masih kritikal di Johor Bahru. Kejadian ini berlaku kerana sebuah avanza yang datang dari arah Kahang (dari KL nak balik ke Mersing )  telah masuk ke jalannya sebab dia nak ke Kahang & pemandu itu mengantuk. Dia nampak avanza itu masuk ke jalannya & dia tak dapat mengelak dengan cepat sebab avanza itu terlalu laju (jalan agak lurus) & terus langgar keretanya sebelah  pemandu. Isterinya yang memangku cucunya tersepit -  dia dapat mengajar mengucap untuk isterinya walaupun dia dalam keadaan yang berlumuran darah & akhirnya dirinya ditarik keluar. Anak perempuan bongsunya 10 tahun alhamdullilah selamat. Jika dia tak cuba mengelak secepat mungkin & jika avanza itu merempuh depan keretanya - kemungkinan besar semua yang berada dalam kereta itu tak dapat diselamatkan lagi. Difahamkan pemandu avanza itu selamat bersama isterinya yang sedang mengandung. 

Al-fatihah kepada Allahyarhamah Badariah binti Hamzah & cucunya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Salam takziah  kepada adikku  Mohd Yusof sekeluarga. 


21 comments:

Unknown said...

SALAM SYAWAL,
TAKZIAH DAN AL FATIHAH

Anonymous said...

salam..selmt hari raya..

Sally said...

Salam Syawal serta salam takziah buat SAK sekeluarga..

Anonymous said...

Assalamualaikum Sonata,

Selamat hari raya ke 5.

Al-Fatihah untuk roh Almarhummah Badariah binti Hamzah & cucunya. Takziah kepada keluarga adik sonata dan kepada sonata juga.

Semoga tabah menerima ujian yang berat ni. Semoga adik sonata cepat sembuh.

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

takziah kpd keluarga cikgu
yg sakit, moga cepat sembuh
Al Fatihah utk Allahyarham Badariah dan cucunya

"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

Wassalam

IMANSHAH said...

raya2 ni kak jaga makan ye..takziah untuk akak

Unknown said...

takziah

ibundo said...

salam syawal sonata.
Sedih mendengar kabar. Semuga adik sonata bersabar menerima dugaan. Alfatihah untuk almarhum.

kenari said...

Takziah utk cikgu sekeluarga, moga adik cikgu tabah dan segera sembuh. Alfatihah...

Nizam Awang Brahim said...

Al-Fatihah

sonata anak kancil said...

Luah fikiran : terima kasih

Hanez : selamat hari raya untuk Hanez

Sally : terima kasih

Kunang2: W'salam. terima kasih

Rozali : terima kasih

Imanshah : terima kasih

Shifu : terima kasih

Ibundo: terima kasih

Nizam : amin

sonata anak kancil said...

kenari : terima kasih

CT said...

Selamat hari raya.

Jemput datang ke blog kita > http://batulesung.blogspot.com/

mama ju said...

salam Pn Sonata

Sedihnya , al fatihah.
Saya pun buat program jumpa geng sekolah kat rumah saya. oh seronoknya jumpa kawan2 ting 1 dulu, ada yg dah tak kenal maklumlah dah berubah...

azlina 3 said...

salam sonata takziah dan al-fatihah buat aruah2...
semuga semuanya tabah menghadapai ujian ini..

sonata anak kancil said...

CT : terima kasih atas jemputan - akan buat kunjungan balas . selamat hari raya - maaf zahir batin

sonata anak kancil said...

mamaju :w'salam - sangat seronok jumpa kawan2 sekolah - cerita kisah sekolah zaman lampau...kalaulah boleh patah balik - he3x...tak mungkin - tak mungkin

sonata anak kancil said...

azlina : w'salam - terima kasih

Zaitun said...

Al-Fatihah dan takziah buat adik SAK.

sonata anak kancil said...

Zaitun : terima kasih

daydeck86 said...

Salam syawal kak
takziah dan al fatihah
terima kasih saya sudah terima kad hari raya dari akak....