Assalamulaikum & very good evening.
Saya mengambil kesempatan di ruang masa yang sangat terbatas untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian para rakan maya @ bloggers yang sudi membaca catatan dan sentiasa mendoakan kejayaan anak2 saya dalam melanjutkan pelajaran.
Saya amat terharu atas ucapan kalian - yang telah kenal secara realiti mahupun yang telah sangat mesra di alam maya.Dengan rasa rendah hati saya sekeluarga amat berterima kasih & sentiasa mengucap syukur kehadrat Illahi dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada keluarga saya.
Ada kalangan rakan yang bertanyakan apakah rahsia / bagaimana saya beroleh anak2 yang sehingga kini boleh dibanggakan dengan kejayaan mereka. Saya rasa malu untuk memberitahu kerana saya tidaklah sehebat mana - ramai lagi yang terdahulu dan yang lain masih hebat2 lagi...Saya hanyalah seorang guru biasa - yang mendidik anak2 orang lain - tetapi anak2 saya pula telah dididik oleh guru2 lain. Saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada guru2 kepada anak2 saya yang telah bertungkus lumus mendidik anak2 saya sehingga ketahap yang boleh dibanggakan.Hanya Allah swt jua yang akan membalasnya.
Saya mendoakan anak2 @ adik2 kalian sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang juga.
Wasalam
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Wednesday, February 9, 2011
terima kasih
Posted by sonata anak kancil at 12:24 AM 23 comments
Tuesday, February 8, 2011
sekolah baru
Pagi2 jam -+ 6.45 pagi kita orang bergerak ke MRSM Serting, Bandar Seri Jempol, NS.
Lebih kurang 2 jam menempuh perjalanan dari Melaka melalui kawasan kampung / desa ( lupa lah...lalu ikut mana ! yang ingat lalu ikut Ayer Kuning - Selandar - Pasir Besar ntah apa2 lah lagi kawasan ni...sampailah ke Bahau - lepas tu belok simpang kanan - sampailah ke MRSM ini....)
Sebab pertama kali sampai ke sini - jadi jakun lah tengok / tak faham mana satu pekan - pekan Jempol - mana satu yang kata Serting - Bandar Seri Jempol....jadi confius ! ( mana daerah / mana pekan / mana luak / undang....tak pasti! MAAF lah rakan di NS yang baca tulisan aku ni....)
....silibus Geog dulu tak praktikal kawasan ini !!!
( okey...lupakan hal2 ni semua....yang penting dah selamat sampai dan selesai urusan di sekolah baru ni ...he3x )
Kedatangan kami dialu2kan dan disambut oleh penyambut2 tetamu yang telah dilatih khas untuk tujuan ini.
Tahniah diucapkan kepada anak2 didik MRSM Serting yang bertungkus lumus membantu guru2 mereka untuk majlis pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 & 4.
Posted by sonata anak kancil at 6:10 AM 14 comments
Sunday, February 6, 2011
pagi yang ceria tapi sunyi....
mentari memancar sinarnya...
air mula surut...( ni cite kawasan negeri Melaka yer....kesian kat kawan saya - tak gi sekolah last week sebab rumahnya masuk air banjir )....dulu masa baru beli rumah tu pun habis dilanda dik banjir ! ) kalau aku lah tahu macam ni - dah 2 x kena banjir.....tak mo duduk kat sinun lagi....letih nak mengemop2 - nak membersihkan rumah ni...alangkan kalau hujan lebat sikit kena kat rumah ni pun dah naik letih nak membersihkannya...ni pulak kena air banjir - lumpur.....eiiiihhhhh........... susah lah macam ni...tapi nak buat macamana kan....sekali sekala banjir ni.....exercise sikit bersihkan rumah...aku turut simpati dengan mereka yang mengalami air banjir ni...
hari ni nampaknya akan panas sampai ke petang...tak tahulah hujan karang petang ! sekitar rumah aku ni...sunyi sepi...semuanya masih menyambung tido gamaknya...semuanya becuti dihujung minggu...aku je yang dok pulun dengan tugas2 sebagai suri rumah...he3x....cuti-cuti jadi surirumah !!! sibuk lagi nak uruskan sorang anak yang nak ke MRSM esok.....macam2 nak disettlekannya...
nak sarapan nasi goreng aje ni....!selamat bercuti yer.....esok mula kerje tahu! tapi saya ambik Cuti Rehat Khas nak kena hantar anak ke MRSM...bye-bye
Posted by sonata anak kancil at 9:04 AM 16 comments
Lepakkkkkk..........
Nak kata lepak sangat lepas buat kenduri ni...tak lah terok sangat...tapi biasalah kan - lepas selesai majlis - kenalah kemas2 terutamanya segala mak nenek pinggan mangkok...dah keluar semua dari kabinet - kena masuk semula...gitu lah - takkan nak biarkan begitu saja...sekali penat - penat terus! Hari ni & semalam semua kerusi meja & khemah telah selesai diruntuhkan semula..periok2 besar telah pun diambil semula oleh penyewanya...selesai...
Tapi masih ada yang belum selesai - anak2 membeli segala mende yang belum ada....nak itu nak ini...macam2! Selagi tak berangkat - selagi tak terbang..ada aje yang belum settle.
Pulak tu hari ni bila keluar pergi ke Jusco - mak datok - punyalah jem! katanya dari tol Ayer Keroh dah mula jem...Sebelum ke Jusco hantar barang ke Bintang Printing dulu pun mengambil masa hampir 45 minit - padahal kalau biasanya 10 minit dah sampai !Tengahari tadi pergi ke rumah orang kawen kat Durian Daun pun jem - lepas tu terus ke Taman Bukit Rambai juga jem - tapi kurang sikit....kebanyakannya orang luar Melaka ...bercuti gamaknya...ni yang aku malas bebeno nak keluar kalau time cuti2 ni!
Balik dari Jusco sebab perjalanan dah jem dekat 6.30 petang baru tiba rumah. Tengok2 sedara datang..nak wat macamana kan...bukan tak mau balik cepat2 ...dah balik cepat2...lambat juga sampai rumah...biasanya dalam 20 minit dah sampai !
Lepas magrib keluar lagi ke Jusco - ada lagi yang tak settle - sampai kelaparan ! apa lagi jam 11.30 malam just drive-tru aje le kat McD...Lepakkkkk..............sampai malam ni....baiklah aku buat N3 kisah lepak ni...
he3x............................selamat malam .....
Posted by sonata anak kancil at 12:34 AM 9 comments
Friday, February 4, 2011
Terima Kasih Atas Kesudian Bertandang Ke TERATAK AGK
Terima kasih atas kesudian para tetamu jemputan khasnya para guru & rakan anak2 meraikan Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat pada 3hb Feb 2011sempena keberangkatan mereka yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing dalam masa yang terdekat ini.
jangan serik Atuk datang ke rumah saya ni
nak berangkat pulang setelah dari pagi pergi ke Muar....
Posted by sonata anak kancil at 6:21 PM 14 comments
Labels: blogger, doa selamat, kesyukuran, rakan maya, terima kasih
Wednesday, February 2, 2011
Syukur saya sudah selamat pulang...
N3 kisah saya ke Cairo , Mesir masih belum tamat...masih berbaki lagi nak di publish ...nak dirakamkan dengan gambar2 yang menarik di sana...Kisah saya masih banyak lagi...
cite saya bersiar2 di bandar Cairo - Nasr's City - Alexandria - ke Montaza Garden dan lain2 yang 2 bulan lepas dalam keadaan yang sangat2 selesa untuk bersiar2 - untuk melancong - membeli belah - bersantai.....semuanya masih tersimpan dalam diari AGK....
Tapi waktu ini - saat ini...sangat menakutkan....saya telah lalui kawasan2 tempat rusuhan itu berlaku....Masa kami ke sana pilihanraya akan dijalankan...sana sini terpampang poster2 wakil rakyat @ apa mereka gelar tak tahu lah...macam kita wakil rakyat ke wakil parlimen ke....banyak tergantung disepanjang jalan raya....ada juga seperti ceramah diadakan....Kalau lah sewaktu saya dan rakan di sana berlaku seperti hari ini...Ya Allah....tak tahu nak cakap / nak buat apa....saya dapat bayangkan mereka terutama students / rakyat kita yang berada di sana...saya bayangkan saya berada di sana...terputus hubungan dengan keluarga .....ohhhhh...sangat sedih !!!
Posted by sonata anak kancil at 1:00 AM 13 comments
Labels: Egypt - Cairo
Tuesday, February 1, 2011
Tetamu seberang lautan !
Posted by sonata anak kancil at 12:39 PM 19 comments
Labels: Batu Berendam, jejak kasih, rakan lama, silaraturahim, Tawau







