CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Showing posts with label rakan maya. Show all posts
Showing posts with label rakan maya. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Terima Kasih Atas Kesudian Bertandang Ke TERATAK AGK

Terima kasih atas kesudian para tetamu jemputan khasnya para guru & rakan anak2 meraikan Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat pada 3hb Feb 2011sempena keberangkatan mereka yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing dalam masa yang terdekat ini. 

Tidak lupa juga buat pertama kalinya kehadiran tetamu rakan maya @ bloggers  , Safiudin.com , Ummi Humaira sekeluarga & Atuk PHD & keluarga & Ayah Zain & isteri ( dah 3 kali datang - rumah dekat je kan...he3x).

Terima kasih atas kehadiran kalian - mohon berbanyak maaf dengan layanan yang tidak sempurna - yang serba kekurangan. Semoga kehadiran rakan maya ni mengeratkan lagi ukhuwah Islamiah. ( nampaknya Ummi Humaira dan Atuk PHD sudah buat liputan meluas tentang majlis ini ! ( silalah bertandang ke tempat mereka.... saya cilok gambar2 dari blog mereka ....ok Atuk / Ummi ??? tuan rumah biasanya dialah yang sibuk usung kamera..tapi kali ni....nak cuit kamera pun tak sempat ! ) - tengok tu...gambar orang dah jadi hak milik dia pulok doh....!


  Atuk  sekeluarga sedang menikmati jamuan....makan kenyang2 Atuk....
sebab dah tempuh 2 jam jem dari KL ke Tol Ayer Keroh...
jangan serik Atuk datang ke rumah saya ni 


sepertimana kata Atuk - sempat jugak kami berborak2 dari luar rumah sampai dalam rumah -
 dari dalam rumah hingga ke luar rumah ! 



cenderamata istemewa daripada Atuk
Terima kasih !


keluarga Ummi Humaira sudah selesai -
 nak berangkat pulang setelah dari pagi pergi ke Muar....
langsong hala balik ke rumah Sonata dan lewat petang balik ke KL


 Fahd akan melanjutkan pelajaran ke MRSM Serting


 Faisal akan ke UNSW Australia & 
Farahin akan ke UOA New Zealand

Didoakan semoga anakanda sentiasa beroleh kecemerlangan dalam bidang masing2 
cemerlang di dunia & juga akhirat...semoga diperantauan cekalkan hati - 
kukuhkan tahap keimanan - solat & al-quran sebagai pegangan serta amalan 
 semoga menjadi anak yang soleh & solehah & berakhlak mulia.
Umi dan abah sentiasa mendoakan kejayaan kalian.