CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, December 8, 2010

Persediaan mendaki Bukit Thursina...7

24hb November 2010 - Dalam kesejukan agak melampau sehingga 8 darjah celcius  menusuk ke tulang...tidur lebih kurang 3 jam saja...dalam bilik pasang heater...kalau tak -mahu kaku ! Set alarm pukul -+ 11.45 mlam ,  buat tak sedar mahu kena tinggal - tapi dalam pada tu,
ade petugas tukang kejut ! 

( aku bangun dan bersihkan diri...angkat air sembahyang....roomate tanya sembahyang apa kak? aku kata sembahyang sunat untuk mempermudahkan segala urusan....sebenarnya aku sangat bimbang nak mendaki Bukit Thursina ini....maklumlah tak pernah seumur hidup aku daki gunung - pulak tu tak ada stamina langsong !- aku memohon kepada Illahi - YaAllah permudahkan urusan aku untuk mendaki dan menyaksikan keajaiban kejadianMu.....nak naik bukit tempat Nabi  Musa a.s bermunajat dan bercakap dengan Allah swt.....ada rasa gerun  nak naik ni...manalah tahu Allah swt nak tunjukkan sepertimana Dia menunjukkan kepada Nabi Musa a.s. kuasa Allah swt. Macam2 jugak lah perkara2 yang tidak menyenangkan bermain dalam kotak fikir aku ni....teruja / rasa gerun / gembira bercampur baur )


Ketika Nabi Musa a.s. di atas Bukit Thursina hendak melihat @ berbicara dengan Allah swt.


142 :  Dan Kami telah janjikan kepada Musa {memberikan Taurat} sesudah berlalu waktu tiga puluh malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh {malam lagi}, maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya, iaitu Harun: “Gantilah aku dalam {memimpin} kaumku dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan”. 


143 :  Dan tatkala Musa datang untuk {munajat} dengan {Kami} pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman {langsung} kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku nampakkanlah {Zat Engkau} kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau.” Tuhan berfirman: “Kamu sesekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya {sebagai sediakala} nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu dan aku orang yang pertama beriman.”


 144 :  Allah berfirman: “Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu lebih dari manusia yang lain {di masamu} untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” 


145 :  Dan Kami telah tuliskan untuk Musa luluh {Taurat} segala sesuatu sebagai pengajaran bagi sesuatu. Maka Kami berfirman: “Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada {perintah-perintahnya} yang sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang- orang yang fasiq.” { Al-A’raaf: 142 ~ 145 }




12.30 tengahmalam  pelancong yang hendak mendaki sudah berkumpul di lobby hotel. Masa kami makan malam kedapatan ramai paderi nak naik bukit ni jugak.( ada 3 agama - Islam , Kristian & Yahudi - jadi ramailah paderi2 pun naik Bukit Thursina juga ). 


Kami diberi minum kopi panas...Suhu sangat sejuk...kena balut seluruh badan...Aku sendiri pakai baju 4 lapis - termasuk baju tahan sejuk...! pakai sarung tangan....pakai seluar pun 2 lapis ! - perlu pakai satu seluar tahan sejuk - setokin lagi....kalau tak kaki / lutut bimbang akan jadi cramp kesejukan bila semakin tinggi mendaki...ni yang takut ! Itupun kuku / tangan nampak bersisik @ - kematu kerana terlampau sejuk...memang gigil la...(manalah pernah kena suhu sejuk macam ni...terkejut kesejukan ! )


Kemudian bas membawa kami ke tempat check point - sungguh ramai orang nak naik ke atas bukit ini. Semua orang mesti di periksa oleh pegawai keselamatan - polis mereka lah @ pegawai ape tak tahu la...yang penting agaknya takut orang2 luar bawak benda2 yang menyalahi undang2...habis dibongkarnya beg kita...apa yang aku bawak hanya kain telekong & air mineral sebotol ! 


tempat check-up sebelum mendaki 
( gambar di ambil setelah turun gunung ! - tengahmalam mana nampak - gelap )


dah panjang sangat ni ....berhenti dulu ye....nanti sambung bila mula nak mendaki...bye










Tuesday, December 7, 2010

Perjalanan ke Sinai...6

Perjalanan dari Cairo ke Mt. Sinai

Pagi2 -  23hb November 2010 - aku & geng bertolak ke Sinai. 6 pagi dah mula breakfast. Pukul 7.00 pagi dah mula keluar dari Cairo. Perjalanan ke Sinai dengan bas mengambil masa 7 - 8 jam - Perjalanan dari Cairo di Benua Afrika menuju ke Sinai terletak dalam Benua Asia. 2 benua kami lalui...! untuk sampai ke Sinai...jalan pintas antara 2 benua ini adalah melalui Ahmed Hamdi Tunnel iaitu terowong yang berada di bawah Terusan Suez yang panjangnya lebih kurang 4.2 km - jadi kita lalu bawah air &
 kapal2 belayar atas kita....hahaha  !


 menuju ke terowong 

dalam terowong 

Perjalanan ke Sinai melalui saujana mata memandang padang pasir

 padang pasir 


ada juga ladang buah zaitun di padang pasir ini

 di perjalanan singgah di sini 
iaitu  kawasan  kubu pertahanan tentera Israel yang ditinggalkan semasa menentang Mesir 



Dalam perjalanan juga kami singgah ke sini


kawasan UYUN MUSA @ Ayoun Mousa ( hot springs )



ini adalah tempat persinggahan Nabi Musa A.S.  yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Terusan Suez dan Gunung Thursina. Mengikut sejarah terdapat 12 buah telaga. 12 buah telaga itu untuk  pengikut Nabi Musa A.S. sejumlah 12 kaum.

Seterusnya kami dibawa ke sini - Hammam Firaun 

 Hammam Pheraon @ Firaun 


Hammam Firaun ini terletak di Persisiran Teluk Suez. Ia merupakan tempat  mandi Firaun pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki sebuah bukit di tepi pantai dan  wap panas keluar dari lubang tersebut dikatakan untuk mengubat penyakitnya..Di tepi pantai ini juga terdapat mata air yang panas dan masih jelas kita boleh lihat air yang keluar itu berasap @ berwap panas.

kami berhenti di sini untuk makan tengahari dan solat

Perjalanan diteruskan lagi melalui gunung ganang batu batan di kiri kanan jalan raya...




kawasan perkampungan 


Akhirnya kami sampai ke hotel di kawasan pergunungan & padang pasir !

sebelum sampai di hotel perlu lapor di ofis ini dulu !
( saya sangat kagum dengan binaan bangunan / rumah mereka
 yang kebanyakannya disusun dengan batubatan seperti ini ! )




kami perlu berehat setelah 7 - 8 jam satu hari perjalanan....sejuk mula terasa bila hari semakin gelap...terpaksa memakai baju tebal...persiapan mendaki Bukit Thursina perlu cukup lengkap terutama dengan baju tebal sebab suhu serendah 8 darjah celcius ! Oleh kerana baju yang dibawa tak cukup tebal aku terpaksa beli sehelai baju tahan sejuk berharga 200 L.E. , sarung tangan ( 15 L.E. ) dan mafla  ( 25 L.E. ) di hotel ini yang lengkap dengan keperluan mendaki & juga cenderahati. ( sungguh malang....rata2 tempat kebanyakannya cenderahati adalah berupa patung2 firaun & sewaktu dengannya !!! - jadi tak lah aku membelinya - agak susah nak pilih yang boleh dibeli.... )


Sepatutnya lepas dinner kami semua diminta berehat @ tido sebab jam 12.00 kena bangun - bersiap sedia untuk mendaki Bukit @ Gunung Thursina jam mulai 1.00 pagi....Tapi dalam kesejukan menyelubungi diri - kita orang merayau2 di sekitar hotel....melihat ramai pelancong2 yang mula masuk untuk menginap di sini...semuanya nak mendaki Bukit Thursina.


Sampai sini dulu.....waktu tido di hotel ini...ha3x....sambung nanti untuk  persiapan mendaki Bukit Thursina.....cuba tanya2 En Google....keistimewaan Bukit Thursina ini.




Bye.............SALAM MAAL HIJRAH

Saturday, December 4, 2010

Ke kedai minyak wangi - lunch - bersiap sedia ke Sinai ....5

Okey mari kita sambung lagi....


Selesai melawat sekitar piramid & sphinx...dah lewat tengahari...sebelum lunch kita orang dibawa ke kedai minyak wangi....kedai ini milik sedara-mara Dodi Al-Fayed....hu3x kayo giler dia...ada ladang bunga2an sendiri khas untuk memproses minyak wangi...ohhhh macam2 lah...ada VIP Malaysia pun beli di sini..sebab ada semua gambar2 mereka berframe cantik bersama tokeynya....kedainya ni dia...aku letak nama kedai aje le ! dah sahlah dalam kedainya beratusan botol minyak wangi macam2 jenis....


bila dah banyak sangat dicalit2 minyak kat tangan...ntah mana satu yang sedap baunya tatau la.....hantam aje la membelinya....nak kata mahal...mungkin berbaloi dengan nilainya yang original tidak bercampur dengan alkohol sepertimana diberitahu oleh tokey ni...minyak wangi yang cap mahal2 tu ambik darinya dan dicampur dengan alkohol ! ( bukan alkohol memabukkan yer....panggilannya alkohol untuk campuran minyak wangi...)...satu botol kecil USD25...aku pun tak pasti berapa ml isinya --- rasanya 20ml - 30 ml....ntahlah tak ditulis pulak...kalau lagi besar lagi le mahal !!! mana mampu weh....

 senarai nama minyak wangi - pilih lah nak beli yang mana !

ini pulak staf yang bekerja buat botol2 kaca untuk letak minyak wangi 
cantik2 botol yang cute-miut dn ade yang besar...harganya pun cantikkkkk.........!

Lepas selesai dikedai minyak wangi....kita dibawa lunch di sini


inilah yang rasanya boleh dimakan....makan aje le...kalau tak lapar !
makanan mana2 tempat hampir sama....roti macam2 jenis & ade juga nasi...
nasinya tak sama dengan cara kita masak.....nak kata nasi minyak tak jugak....
tapi boleh lah dimakan dengan ayam panggang + sos....

sebelum balik ke hotel singgah di kedai ini.....macam2 jenis baju ade
( banyak pakaian orang mereka la....lain2 tu adalah jugak....jadi  tak lah aku nak membelinya
kerana kureng sesueiiiii.....jangan tidak - beli t-shirt untuk anak aje le...
& harganya pun tahan mahal jugak ! )

on the way ke hotel.....hu3x sempat aku snap roti yang dijual ditepi jalan -
macam gini la di kebanyakan tempat...boleh ke dijual terdedah macam tu !

*
*
*
*
*
sampai hotel....solat - tunggu dinner - malam  meronda di sekitar hotel ini
dan bersiap sedia mengemas pakaian untuk dibawa ke Sinai esok paginya
****
jumpa lagi

Friday, December 3, 2010

Ohhhh...tersangatlah besar piramid & sphinx....4

22hb November 2010 - azan subuh berkumandang sekitar 5 pagi...Masjid di kawasan ni banyak....Church pun ada jugak....sebab di sini ada orang Mesir Islam & juga Kristian...kalau lepas subuh ni nak tido semula dah tak lalu....masih terikut jam Malaysia ! beza waktu lebih kurang 6 jam....kalau dah jam 6 pagi - tak ke jam 12 tengahari di sini ! 


Nak breakfast lambat lagi - jam 7 - 10 pagi gitu ....pulak tu kalau dah breakfast awal....bukannya terus boleh keluar jugak ! sebab kedai2 di sana bukak sekitar jam 10 pagi ! ( agaknya letih kot....kedai bukak lewat - tutup pun lewat ! )....orang Mesir ini didapati suka duduk bersantai sebelah malam....kalau malam - happening betul ! kalau siang hari jalan / lorong sebelah hotel aku menginap boleh bas masuk - tempat lalu lalang orang berkerja / ke sana sini - tapi bila lepas magrib - semua kawasan2 itu dipenuhi dengan kerusi meja - jadi tempat mereka bersantai - melepak - minum2 / menjamu selera & ada yang mengisap sisha !...jadi biasanya taklah seawal sangat turun breakfast ni.


Program hari ini melihat piramid dan sphinx...sekitar pukul 9.30 pagi kita orang menuju ke tempat piramid...jauh jugaklah tempatnya....tersangatlah besar piramid ni....sambil tu tour-guide bercerita sejarah piramid ni....sebab sekarang dah senang lagi mudah - semua maklumat dihujung jari......you all tanyalah En Google - dia lebih mahir dalam bab cete2 piramid dan lain2nya.....! senang kan - aku nak cite panjang lebar pun - ingat sikit2 aje....

Dalam hidup aku ni ....aku dah tengok sendiri dengan 2 biji mata ni...betapa besarnya piramid itu & merupakan tergolong benda ajaib di dunia ini ! ( takat ni dah 3 benda ajaib aku tengok....tunggu yang lain di lain masa pulak )


piramid yang dilihat semasa perjalanan ke sana 
dah jelas tersangat besar !


kaunter tiket


 ini piramid terbesar - Piramid Kufu
146 m ( Tinggi ) - 230 m ( Panjang )
& dikatakan terdapat 2 1/2 juta kepingan batu di sini
( fakta lengkap tanya En Google )
( harap betulkan Sdr Jafar - tour guide - kalau tersilap !)


Sekitar Bandar Cairo dari kawasan piramid

 

satu2 batu ni hampir @ sama @  lebih tinggi dengan kita !
betapa hebatnya orang dulu membina / menyusun batu2 ini
yang dikatakan diangkut dari sekitar sungai nil sejauh 1000 km 


 3 biji piramid dari kawasan panorama di padang pasir
2 lagi tu - anak beranak Raja Kufur 


 padang pasir di sekiatar nya


gerai2 cenderamata - 
tak lah  membelinya kerana kebanyakannya adalah patng2 sesaja.....!


sphinx - satu je ! - patung berkepala kan manusia & berbadan singa 


*
*
*
okey - bye jumpa lagi.....ada urusan kerja

Thursday, December 2, 2010

Nile Cruise - Floating Hotel ...3

Dinner malam pertama di bumi anbia' ialah menyusuri Sungai Nile yang merupakan sungai terpanjang di dunia....tak perlu lah aku nak ulas panjang lebar kisah sungai ini...yang penting...Egypt @ Mesir ini disaliri oleh Sungai Nile kegunaan penduduk nya untuk pelbagai aktiviti....minum air pun - air sungai Nile !!! Seingat aku masa sekolah dulu ada belajar tentang tamadun sungai Nil ini dalam sejarah @ geografi pun ada.....akhirnya dapatlah aku kali ni melihat sendiri.


Semua perjalanan kami - makan minum & hotel & pengangkutan telah termasuk dalam pakej ini....bukan calang2 hotel & makanannya ! cuma tekak melayu ini aje yang tak dapat terima makanannya yang rata2 hampir serupa.....kreativiti mereka hanya makanan negara mereka @ ada tempias barat....


Sampailah kami ke tebing Sungai Nil di dalam bandar Cairo ini. Kita orang naik sebuah bot besar yang bertingkat  3 tingkat - nak kata bot - taklah macam bot tangkap ikan...nak kata kapal - taklah macam kapal Titanic ke @ ape ke.....apa2 pun bolehlah kata macam naik feri di Pulau Pinang - tapi besar lagi la.....lengkap dengan susun atur meja makan macam kat hotel...tu yang kata floating hotel....ada 2 tingkat untuk jamuan...satu level aku rasa boleh muat hingga 80/90 orang...kami saja ada 25 orang.....tingkat atas untuk menikmati angin malam.....boleh bersantai2 lagi....mat saleh dari macam2 negara lagi....kira besar lah tu........boleh ada tempat letak live - band lagik ! boleh menari2 lagi !!! hahahaha mari kita tengok sape yang menari sambil menikmati makan malam......

live-band yang mendendangkan lagu2 Mesir !


 makanan pelbagai pilihan - pilih yang boleh memenuhi citarasa selera aje le...


 .... berapa banyak nak makan - makan la...
tapi kebanyakan kita orang dah ambik banyak2...malas nak cari2 @ bangun2 lagi...

duduk lah makan sambil menikmati angin dingin malam menyusuri pinggir Sungai Nile.....bestnya ! kita pun berlagaklah macam orang2 kayo !!!

Selesai makan - ada yang masih meneruskan lagi....

Tarian ini dipersembahkan....Sorry .....aku tak nak tunjukkan yang lebih jelas lagi gambar ini & telah pun di censored !

( pencemran mata berlaku...nak kata apakan...dah adatnya macam tu.....gelek-gelek  habis you ! ha ha ha..... )


selepas selesai tarian oleh perempuan - tarian dipersembahkan oleh penari lelaki ini...Aku pun lupa apa ke nama tarian ini....mula2 seluruh tubuh berselimut dengan pakaian tradisional @ aku tengok macam gebar @ selimut tido je...ha3x...lepas tu satu persatu ditanggalkan !!!! berpusing2 dia menari....kepala kita pun naik berpusing jugak ! ha3x....oppppsss.........tak ade lah sampai habis.....tinggal lah baju yang menutup badannya itu saja....


okey ...sampai sini dulu...aku ade urusan di luar dengan hubby...
esok kita pegi tengok piramid & spinx pulak......
bye...

Wednesday, December 1, 2010

Saat jejak kaki di bumi para anbia'...2

21hb kami pun berpijak di bumi nyata...setelah berterbangan di awan biru selama lebih kurang 11 jam....penat duduk dalam kapal ni....sebenarnya macam duduk dalam bas je...makan malam - tidur - breakfast - tidur lagi....sebab tak sampai2 pejam aje le mata yang sebenarnya bukan lah lena benor!


Landed lebih kurang jam 5.20 -5.30 pagi waktu Cairo....sudah subuh...mencari lah tempat solat...gitu gini - ambik bagasi - tour guide sudah sedia menanti....Mr Tamer ....hi Mr. Tamer ! are you reading  my blog ??? or Sdr Jafar - tolong bacakan kepada Mr Tamer okey !!!

Ada masalah teknikal sejak kami sampai...miss-comunication dari Malaysia dengan Cairo - kami semua keluar dari airport naik bas ke hotel agak lewat - mahu jugak dekat 2 - 3 jam...melilaulah aku & geng dalam kawasan airport ni....tak kisah lah kan janji dah selamat sampai.


Cairo @ Kaherah ibu negara Mesir. Waktu kami sampai sudah masuk musim sejuk hingga bulan Mac. Suhu siang lebih kurang 25 darjah Celcius - panas tapi tak lah terik macam negara kita & malam lebih kurang turun ke 16 darjah. Mengikut tour guide Sdr Jafar waktu musim sejuk siang dan malam sama - maknanya masuk waktu subuh lebih kurang jam 5 pagi dan magrib pun 5 petang...dah mula gelap ! Pukul 6 lebih dah masuk Isyak .


Beza waktu Cairo dengan Malaysia lebih kurang 6 jam...jadi aku hanya tukar setting jam di handphone...senang nak tepon @ sms ke rumah - kalau jam 6 pagi di Cairo - kat Malaysia dah jam 12 tengahari ! sari dua di sana konfius jugak mata ni...nak tido ke ...nak berjaga !!! 


cairo airport-kelihatan Mr Tamer sedang menguruskan sesuatu


Kami dapat masuk ke hotel sebelum pukul 12....langsong breakfast - sape nak makan....sebab kami masuk awal breakfast di charge 5 USD. Sape nak makan - boleh makan....aku tergolong orang nak makan - sebab terpaksa makan - kalau tak kang lagi letih tak bertenaga...! 


 sekitar bandar Cairo menuju ke Cosmopolitan Hotel 
( sebab duduk depan dalam bas bolehlah snap gambar dengan agak jelas )

breakfast pertama di hotel yang dipilih - lain2 banyak lagi roti jenis lain...
semuanya main makan roti aje !!! 

Masuk bilik - rehat - sambung tidur sebab letih travel....sampai ade yang tak lunch pun ! terus lepas magrib kami semua dinner di Nile Cruise....okey nanti aku sambung apa yang ada di Nile Cruise - floating hotel ni.....

Bermulanya kembara pakcik-makcik...1

Sebelum bermulanya kembara pakcik-makcik ke bumi para ambia'....Mesir @ Egypt


( sengaja gelar pakcik-makcik....maaf ye rakan2 se kembara jika you all baca N3 ni !!! sebenarnya kami semua adalah cikgu-cikgi geng2 kaki jalan punya olang....ha3x....kasi gempaq sikit cite ni - yang pegi ni pun rata2 kategori pakcik-makcik 30an - 50an - belum pencen ye.... )

Aku nak cite sikit intro ni....sebenarnya begini...yang penting tentunya ada hikmah disebalik apa yang berlaku....

Sepatutnya flight kami ke Cairo lebih kurang jam 9 lebih hari Sabtu 20hb November 
( tak berapa ingat dah - sebab lepas berlaku tu tak ambik kisah dah lagipun dah 10 hari
 lepas )...dengan Gulf Air dan kami transit kat Bahrain 1 hari ...memang begitu perancanganya...jadi berkobar2 lah  kami nak menapak di bandar Bahrain ...

Malang nya...bila nak check-in ...group kami tak dapat terbang sepertimana jadual kerana nama2 kami semua overlap dengan nama orang lain !!!! fight punya fight tak lepas jugak...sampai staf Gulf-air pun tak dapat nak tolong sebab ada penumpang yang berkeluarga diutamakan....habis front-desk oficer ...padahal semua dah confirmed ! ade 35 orang penumpang yang nama mereka overlap......macamana boleh berlaku kesilapan yang dilakukan oleh pihak ini....kami semua individu berbeza - akhirnya kami mengalah ( punya la baik kan.....! berilah mereka yang berkeluarga balik ke Bahrain ) -  leader & kami back-up mintak ganti rugi.....pihak Gulf-air bagi USD100 seorang ( kami ada 25 orang ) & kami semua ditempatkan di Pan Pacific KLIA ( lunch - dinner )....naik buggy-car ke hotel !!! siiiungggg....seronok bukan main merasa naik buggy-car & dibawa seperti VIP !!!!

Kita orang fight jugak nak terbang malam 20hb....kira punya kira dapatlah terbang dengan Egypt - air lebih kurang jam 12.45  malam terus ke Cairo ........beraya sakan lah kita orang di Pan Pacific KLIA ....( raya haji kan baru lagi )....seronok tak terkira melepak di sini ( aku pun sebenarnya memang tiersangat penat sebab last day of school dengan macam2 urusan tanpa henti ....) - macamana diorang tukar transfer tiket - itu diorang punya fasal - yang penting dapat terbang jugak hari tu....kalu tak - rugi lah 1 hari @ mungkin dapat extend 1 hari.

Pernerbangan KLIA - Cairo lebih kurang 11 jam  : 12.45 mlm - 10.55 pg ( M'sia ) @ 5.20 pagi local time Cairo

berehat dulu...bye