CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, March 17, 2009

Aduhai sakitnya....

Sakit - sakit betul...


Nak  tak nak hari ni kena gi hospital  jugak.

Apa nak kata...kalau dah sakit, mesti cari ubat secepat mungkin...

Tu la fasal, dok biar lama2 tak buat regular check-up. Sekali kena sakit, terus masuk wad. Melangok la aku sari dua ni...Menumpang lah aku yang anak2 punya...

Aku punya laptop kesayangan dah kena serang virus - entah berapa banyak  si trojan dan entah apa la lagi dok menyerang sari dua ni. Fening - fening kepala aku...apa nak dikato, nak selamat secepat mungkin gi hantar kedai. Reformat semula dan ganti ubat antibiotik...

Cuti sekolah ni pun dok sibuk seperti biasa - sama macam hari sekolah. Cuma gi sekolah tu, bolehlah orang kata take your sweet times. Kalau dah dok kat pejabat, ada je yang nak disettlekan.

Pepagi tadi dah siap urusan kat rumah, hantar Mohd ke CIMB , nak bayar duit proses scholar Petronas. Lepas tu, gi sekolah dia mintak pengesahan GPK...Lepas tu, barulah bawak dia ke sekolah aku, sebab dah janji nak jumpa S/U PIBG sebab nak meeting next week. Telefon YDP, mintak bajet murid cemerlang , ni karang nak taip senarai budak2 cemerlang PMR/SPM/STPM. 

Sampailah kat jam 1 tengahari...pergi pulak Pejabat Pos Besar, pos borang scholar Yayasan Tenaga Nasional. Dah settle, terus ke klinik pakar kulit kat Jalan Ong Kee Wee. Ni si Mohd la, tangan dia dok gatal2. Pernah la pergi sebelum ni sebab ada masalah kulit...Nak ke klinik ni tak sempat2 - pulak tu tengah bandar, leceh lah sibuk2 ni. Hubby dah bising suruh hantar jugak. Hah hari ni agak "free" boleh lah bawak. Tiba kat klinik jam 2, alamak klinik "rehat" , bukak semula jam 2.30 petang. Nak "habiskan" masa - jengok2lah kat PC World opposite klinik. Tu yang tanya tentang masalah laptop aku...ok harga yang diberikan berpatutan, sebab aku dah tanya kat "pakar" yang biasa servis. Tapi dia tak ada minggu ni, aku tak kan nak tunggu lama2, parah nanti.

Jam 2.30 aku masuk klinik. Orang pertama. Check punya check, doktor kata, ni semua sebab digigit nyamuk. Dia alergik gigitan nyamuk. Hai doktor pakar, takkan nak tipu2 pulak. Ok settle. Diberinya ubat. Ubat untuk basuh dan makan...Aku pun tanya berapa? RM103!!!Aduhai, lagi aku sakit! Dan2 aku telefon hubby, beritahu...Ok lah, nanti dia ganti, hah lega aku! Aku dah lah nak bayar servis laptop RM 149 ( reformat - rm30 + internet security-3 set ) , boleh "pengsan" macam ni...

Balik rumah tokey datang nak ukur buat kabinet buku kat tepi sliding door . Jam 4 lebih keluar semula dengan Mohd , gi semula kedai komputer tadi, hantar laptop...Aduhai ...barulah dok buat "laporan" ni...he he he....ok... ok... ok....ni lah "tugasan" sejak dah beberapa hari buat urusan macam2 urusan- tersangat lah sibuk urusan anak2 ni...






Thursday, March 12, 2009

10 A1 - tahniah !






TAHNIAH & SYABAS

Alhamdullilah, kami bersyukur ke hadrat Illahi atas kejayaan anakanda yang tergolong dalam kalangan mereka tersenarai di peringkat Negei Melaka. Kejayaan anak aku ni juga memberi tempias kepada aku di sekolah! Terharu , majoriti staf tahu tentang kejayaan dia. Semasa bos bawa balik keputusan, aku tengok keputusan sekolah & sekolah anak aku - offcourse la 100%!

Aku tengok pulak senarai nama murid yang cemerlang, tak sangka nama anak aku pun ada dalam buku laporan analisa JPM. Dari situlah, staf aku dapat tahu...Terus aku telefon Mohd yang masih belum terima lagi keputusan dari pengetuanya...Hubby pun pada mulanya macam tak peraya! Biar betul, betul ke? BETUL!
Aku mintak izin ke MOZAC untuk mengucapkan tahniah kepada Mohd & kawan2nya yang sebahagiannya kami kenal...

Sekolah aku pun ada 1 orang semua A1 & ada 4 lagi yang ada A1 & A2, keputusan lengkap belum dapat tahu lagi...Katanya ada turun sikit % lulus berbanding tahun sebelum. Ok lah tu....Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus mengajar anak2 didik.

Wednesday, March 11, 2009

The White Pots of Petunia

Light purple

Purple

Pinkish

Lavender

Petunia dalam 4 warna yang berbeza - telah dihadiahkan
oleh rakan untuk menambahkan koleksi yang sedia ada.

Saturday, March 7, 2009

Berat minima 50 kg...

Alkisah tersebutlah cerita seperti berikut:

Di sebuah kampung kisahnya seorang pemuda yang hendak berkahwin. Ibunya pun dah adalah calon bakal menantunya. Agak sedih , si pemuda ni sangat miskin, naluri nak berumahtangga tu dah cukup masanya. Nak sediakan kelengkapan rumah untuk bakal isterinya tak mampu. Jadi, ibunya sediakan lah ala kadar seadanya.

Pemuda ni, nak sediakan pakaian yang baik untuk hari perkahwinannya pun tak dapat, walaupun nak menyediakan seluar dalamnya! Ibunya berkata, beginilah nak,

"emak akan buatkan kau seluar dalam daripada kain belacu (guni) tepung gandum". (Dulu2 kan, tepung gandum orang beli timbang kati/kg - diambik dari dalam guni ). Si anak ni, setuju,

"baiklah saya ikut apa yang mak nak buatkan untuk saya".

Maka tibalah hari perkahwinannya mempelai itu. Punyalah seronok, pemuda ini telah dapat berkahwin dengan gadis yang sangatlah cantik. Tibalah masanya tidur untuk malam pertama sebagai pasangan pengantin baru.

Maka bersiap sedia lah sipemuda ni untuk tidur bersama isterinya. Tak lama kemudian, isterinya pun masuklah dalam bilik yang seadanya. Isterinya sempat beri salam....

"Assalamualaikum"....Ahhh? Berat minima 50 kg???? Booommmmmm......terus pengsan dah bawa maut....terkulat2 pemuda itu...


p/s: moral: kita hidup ni, biarlah ada ilmu

Friday, March 6, 2009

Stokin a/k Tam cucu kepada Kopi



















Gaya dan lagak si Stokin.

Stokin
ni a/k Tam, cucu kepada Kopi. Dia ni keturunan Parsi sebelah moyangnya
( Lulu emak kepada Kopi ), sebab tu badanya berbulukan kucing Parsi , sangat lembut cuma pendek sikit daripada moyangnya yang tersangatlah panjang bulunya. Moyangnya telah ke dunia kekal, akibat dilanggar lari...Sangat tragis...Kenapa Stokin? Sebab setiap kakinya seperti pakai stokin bersarung putih...

Kuat makan,badan gemok, tapi sayang, sangat pendiam! Kalau dipanggil terkebil2 mata bulatnya... 2/3 minggu lepas dia luka, kena apa tak tahu lah, gaduh gamaknya...habis luka kat ekor. Tapi hari ni dah ok, sebab ubatnya senang, dia minum air kolam ikan yang telah dibubuh
vermi-power liquid!

Ada cerita lucu, semasa orang hantar mesin basuh, dia sangat berminat dengan Stokin. Dia tanya sape nama - aku kata Stokin...Dia pun gelak, ok lah tu, rupanya hampir sama dengan kucing dia, dan nama kucing dia ialah Kasut ! Aku pun gelak sama...lucu betul.

Thursday, March 5, 2009

Sukan Tahunan ke 15





Padang becak - hujan lebat hari kelmarin

Sama seperti sekolah lain, sekolah aku juga mengadakan sukan tahunan ke 15, maknanya dah 15 tahun sekolah ini telah dihuni oleh sekian ramainya murid sekolah sekitar bandar ini. Aku mula berkhidmat kat sini sejak 1996 + 2 tahun sebelumnya dah terbina = 15 tahun. Yang aku tahu ikut sejarahnya pengambilan tahun pertama 376 orang , dan semakin meningkat hingga kehari ni. Hari ini aje ada 1720 , katalah purata 1st 5 years purata= 2000, 10 years purata = 1300x10=13,000. Wow hampir mencecah 15,000 orang murid lepasan sekolah ni!Cikgu cikgi pun dah menjangkau 104 orang...macamana ramainya murid, macama tu la ramainya staf. Nak jumpa semua memang tak sempatlah, berurusan yang ada urusan aje le...punyalah ramai.

Monday, March 2, 2009

1st day dalam pejabat...

Hari ni baru masuk pejabat....

Kunci bilik disimpan oleh staf pejabat...masuk2 alamak, terlupa pulak pada staf ni yang masih belum tiba kalau belum time dia . Kita ni cikgu, datang awal +- 7.05 pg dah thumb-print. Macamana nak buat? Nasib baiklah, ada kunci lain - yang sama nombor boleh bukak pintu bilik aku. Sorang staf yang datang awal tolong bukakan. Arghhhhh...lega, pintu boleh dibukak. Kalu tak haru aku,dok 'lepak' luar pintu jawabnya...hari ni pulak ada perhimpunan rasmi.

Habis perhimpunan, GKMP datang berikan feed-back tentang apa yang dia telah pergi mewakili aku di JPM semasa aku berkursus. Apa yang ditaklimatkan, semuanya telah diambil tindakan, itu semuanya adalah rutin biasa , mungkin ramai yang baru2 naik ni, (naik pangkat le tu...) yang belum arif tentang bidang tugas macam aku ni...ramai rakan sejawat / yang dia kenal juga - ucap tahniah padanya...wow tahniah la dah naik pangkat...dia kata, tak ada, wakil kan aku yang gi kursus je...Aku kata, tak pe dah dekat la tu...

Lepas tu,mulalah satu - satu , staf / murid / parents datang jumpa. Nasib baiklah waktu ngajar aku, telah diambil alih oleh guru praktikal! Mulanya aku bergegas nak gi ngajar - tengok2 cikgu praktikal yang ambil alih.Beri chance cikgu praktikal ni ngajar...Nak jadi cikgu kan, hah ngajar le betul2, nanti lecturer observe boleh dapat A. (teringat aku praktikal dulu dapat A!!!)

Bercakap hal ngajar ni, lepas balik kursus, jadual baru telah dikeluarkan, nak kata sedih tu, sedih gak, sebab subjek aku selama ni - Geografi ( yang orang kata - cukup mantap ) dah dipulun habis oleh guru yang baru datang. Sekarang semua diberinya PSK. Ok lah jugak, aku tak kisah la, sebab baru ni lah cikgu Geografi ada, aku tak pasti lah major dia ke / minor ke, yang penting, biarlah beri chance cikgu2 baru ngajar subjek tu. Sekarang ni susah benar nak cari cikgu major Geografi. Entah mana pegi tak tahu la..yang aku tahu, zaman sewaktu dengan aku dulu2, tak ramai yang major ni ( kat univ. aku - yang lain tak tahu la - kalau ada pun mungkin bukan cikgu)


Ada pulak kisah budak ponteng kelas - bercadang nak keluar sekolah...Dah disoal siasat, akhirnya dipertemukan dengan aku. 2 beradik pulak tu . Masuk2 bilik aku, aku tanya satu soalan: tell me the truth, what's your aim come to school today? Terus ngangis. Why??? Tell me now. Tutup pintu. Gitu gini, depa nak protes dengan ibunya.... Aku kenal dengan ibunya, sebab pernah datang untuk mohon tukar subjek elektif anaknya. Dipendekkan cerita, anak2 ni memerlukan kasih sayang ibu (bapa passed-away), tak sama dengan apa2 yang ditukarkan dengan wang ringgit yang diberikan. Telefon ibunya. Datang. Syukur you all tertangkap hari ni, kalau tak, ke mana pergi, apa2 yang tak diingini akan berlaku, lagi teruk. Balik rumah, biarlah emaknya handle pulak anak2 nya tu....Bincang lah depa anak beranak....