CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, August 21, 2011

Masak2 santai hari minggu ...- Ramadhan 11

Salam semua penghuni alam maya ini...
Apa menu hari ini?

Dengan suntikan vitamin R yang banyak - maka hari ini menguatkan semangat saya untuk
mengukus laksam.....Huhuhu belum makan dah terasa sedapnya...sebab saya suka! Bila dah suka - nak cari @ beli macam di Trengganu @ Kelantan tak tahu kat mana - lebih baik saya buat sendiri. Resepi yang digunakan ialah resepi laksam oleh Yani di myresepi. Ramai yang dah buat guna resepi Yani ni - terima kasih berbanyak Yani - kita buat pun konfiden....kuah dan ulam belum buat lagi. Petang2 kang - merayaplah saya ke kedai !

Sempat juga saya menggoogle pakar2 masakan lain - pergi kat rumah Matahari jumpa Agar2 Santan Gula Merah. Apa lagi - saya jengok2 dalam stok semua ada - agar2 pun pun tinggal separuh peket aje - separuh - separuh la....cukup lah - bukannya ramai orang dalam rumah ni nak makan !
Masaklah saya dengan gigihnya - ubahsuai ikut apa yang ada....terima kasih Matahari kongsi resepi.
Okeylah takat ini dulu laporan masak2 bulan Ramadhan untuk hari ini....(mengalahkan chef2 @ pakar2 masakan terkenal  - malu saya...)
Semoga kepada mereka yang berkongsi resepi diberikan ganjaran pahala oleh Allah swt kerana ilmu masakan nya yang dimanfaatkan oleh kita semua.

 gulungan laksam - comel2 - sebab tudung periuk nya comel2 je...
dan nak makan pun senang - sikit2 - tak cukup - ambik lagi 

 masak agar2...guna vision paling kecik....separuh agar2 je

curah dalam bekas ni...petang nanti dah boleh makan....
nampak macam besar beno - sekali berbuka - sekali moreh - habis !
selamat menjamu selera

sekian 

Jumpa lagi -  lepas ni saya nak SEGERAKAN bacaan Quran juzuk 23 yang di"pertanggungjawabkan" kepada saya - untuk tadarus Al-Quran di sekolah ...hari Jumaat 26hb majlis khatam & penyampaian sumbangan hari raya kepada murid yang berhak menerimanya. 


26 comments:

Unknown said...

SALAM,
SUKA LAKSAM ! SEDAP ! TAK RETI NAK BUAT TAPI TAHU NAK MAKAN.
SELAMAT BERPUASA

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

tempat saya kerja, orang kelantan sahaja yg suka laksam ni..

Wassalam

Ayah Zain said...

sedap tu. hantar le sikit. heheh

IMANSHAH said...

Salam

aih org melaka pandai wat laksam, ni kira hebat..semalam baru beli laksam kat Bazar Ramadhan

ckLah @xiiinam said...

Memang comel gulungan laksam kaka sonata tu!

zulkbo said...

salam..
sukanya saya kalau
makan laksam..tak cukup
sepinggan..yum yum

rezeki said...

salam cikgu

semalam kami berketupat rendang buka puasa hehehe

IMANSHAH said...

Salam kakak

saya dah terima kad raya dari melaka..terima kasih ye..selamat menyambut hari raya aidilfitri..

maaf zahir batin

Kak Imun said...

Salam, cikgu sonata. Kak belum pernah makan laksam. Kesiannya kak, huhu......

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Suka makan laksam... tapi cik hubby pula tak minat...

Unknown said...

Assalamualaikum kak hjh...

fuhhhhh sedapnya, ummi minat sangat makan laksam ... tertelan liur ler pulak posa2 nie...

terima kasih kad raya yg dikirimkan..

sonata anak kancil said...

Luahfikiran : w'salam , puas makan jika masak sendiri - selamat meneruskan ibadah puasa

sonata anak kancil said...

Rozali : w'salam - Atuk tak suka ke? sedap loooo...

sonata anak kancil said...

Ayah Zain : hantar sikit2 tak boleh - kena hantar banyak2 barulah cover kos!

sonata anak kancil said...

Imanshah : nak gi kelantan tak padan - baiklah masak sendiri

sonata anak kancil said...

CKLah : tq tq....kena buat lagi nih!

sonata anak kancil said...

Zulkbo: kalau nak makan banyak baiklah mintak isteri masak kan...puas makan!

sonata anak kancil said...

Rezeki : sekarang ketupat tak tunggu raya dah...sy pun dah 2 x beli ketupat buat buka - makan dgn sambal tumis & serunding

sonata anak kancil said...

Imanshah : w'salam - kad tanda ingatan.....kalau dulu2 - pecah kaca pecah gelas - lepas baca harap balas ! he3x

sonata anak kancil said...

Kak Imun : sedap kak ...baik Kak Imun cari resepi Yani tu dan belajar buat - gerenti kak buat lagi - he3x

sonata anak kancil said...

Nida : rugi - rugi tak minat...sedap cakap kat dia...belum cuba belum tahu terangkata makan laksam ni

sonata anak kancil said...

Ummi : w;salam - kalau suka - baik masak lagi best ! puas makan...senang aje buatnya

selamat hari raya

Nizam Awang Brahim said...

Koi suke juge tapi tak boleh nok nelan banyok2...

Temuk said...

As-Salam
Wow, laksam memang menyelerakan! SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. Semoga segala amalan diterima Allah. Maaf zahir batin.

sonata anak kancil said...

Nizam : telan sikit2....selamat hari raya - maaf zahir batin

sonata anak kancil said...

Temuk : W'salam - suka jugak ka? memang sedap!

Selamat Hari Raya - maaf zahir batin