CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, June 13, 2008

Tak cukup masa

Sejak mula sekolah ni, rasa kejap benor masa berlalu.....Aku tak boleh nak ke mana2, hanya entertain macam2 jenis manusia. Kalau nak tulis/cerita , tak tertulis dan tak tercerita. Minggu ni dan minggu depan hingga tengah Julai agak sangat sibuk.

Magrib tadi Mohd telefon dari MOZAC - nak suruh gi tempat dia esok , tak boleh la, sebab tak cukup masa, nanti tertunggu2 pulak lagi haru. So, Ahad saje jumpa dia. Dia beritahu keputusan 1/2 tahun dah dapat - gagal katanya. Aku relax aje tak terperanjat pun. Aku saje tanya, macamana boleh gagal? Dia pun jawab gagal tak dapat 10 A1. Aku dah agak itulah jawapannya.Tapi dapat 8A1 , 2A2. Kali ni dia dapat kalahkan Asvin kawan persaingannya.

14.6.08 - Latihan Dalam Perkhidmatan 8.00 pagi - 2.00 ptg. Bila nak gi jemputan kahwin???Ada 2 jemputan. Esok aku makan 3 kali!!!!Wa wa wa...hilang kisah aku nak turunkan berat badan.Kesian kat aku.

16.6.08 - petang meeting : nak pilih pencen apa: 55/56/58???Aku confirm 56.

17.6.08 - meeting persaraan - tengok dulu ok/tak ok, mana tahu kot ada hal lain pulak.
Koir pulak ada pertandingan peringkat negeri, wow kena pergi ni beri sokongan padu. Kalau menang akan ke Lumut Perak, next week! Harap menang wakil Melaka , boleh gi Lumut pulak.

18-20.6.08 - semua fail 3K perlu siap dan letak dalam bilik gerakan.

23.6.08 - pemantauan 3k datang. Kalau kena soal apa nak jawab? Jawab le apa yang dia soal. Tukang soal tu member jugak! ( Kalau ikutkan semua tu hasil daripada sekolah aku juga! )

Sampai cukup bulan - semua sibuk nak buat anugerah cemerlang pada 5.7.08

1.7.08 - he he he aku cuti!!!Bukannya apa nak hantar Farahin ke KMS.

3.7.08 - PSK buat khidmat masyarakat kat MPJ - sape lagi jv dengan hubby le...

Lepas tu kan: 11.7 - 14.7.08 aku terbang ke Kuching.....Miow,miow,miow.....Pergi dengan budak koir/muzik. Katanya every year ada world festival tentang muzik ni kat Kampung Budaya. Masuk kali ni (insyaallah) 3 kali aku ke sana. Nanti gambar akan upload.

Aku tengok masa aku terlalu padat, itu belum termasuk kalau interrup oleh macam2 hal yang di luar jangka...

0 comments: