Wow suspen menanti hari- bukannya apa Isnin ni dah nak sambung kerja semula. Sebelum ni bukannnya tak kerja - maksudnya tugas rasmi. Last 2 days aku ditugaskan untuk ke lucheon talk kat ILP Bukit Katil Melaka. Pergilah dah arahan kan, bos pergi juga, Aku dari rumah bersiap dengan baju batik sebab hari Khamis digalakkan pakai baju batik. Aku tengok, aku belek, macam tak beriron je baju aku, nampak dah iron.Aku pakai juga. Aku pun start kereta dan keluar simpang kat rumah, aku rasa tak cantik benor nampak baju macam tak iron,agak berkedut. So, patah balik, aku tukar baju batik lain. Barulah rasa confident. Pakai baju pun mesti kita rasa confident, baru everythings go well. Aku pun tiba lah kat ILP, tengok bos tak tiba lagi, rupanya dia ambik kawan dia pulak. This is 1st time aku masuk kat sini. Katanya Dato' Noraini timbalan menteri apa tu datang nak rasmi, tapi tak dapat datang, wakil saja. Ok lah. So the speakers ada 3 orang, sebenarnya lebih kepada perkaitan industri. Jadi sekolah2 tertentu saja / berdekatan yang dijemput. Bolehlah nanti aku bagi bahan2 yang dapat pada kaunselor.
Jumaat pulak, aku gi buat checkup kat Poliklinik, kenalah checkup setahun sekali - perlu. Tengok2 oklah, tapi berat sudah bertambah!Wow macam ni tak boleh jadi, kena buat sesuatu. Apa taknya makan sedap aje! Rasanya macam nak kurangkan makan - bagus juga, sekarang semua barang naik harga terutama beras, so kurangkan baguslah. Baru lepas checkup, bos pulak jamu makan tengahari, nak tak nak aku gi lah juga. Tapi cuba untuk kurangkan makan karbohidrat terutama nasi. So, petang tu aku pun gi lah berjalan kat Stadium Serindit. Tempat ni memang lah tempat riadah/rekreasi. Ramai orang datang pagi petang memang ada. Aku ni jenis tak konsisten. Sikit hari dulu, rajin juga, bila agak sibuk, tak gi,hah bila dah macam ni kenalah paksakan diri untuk terus excersice berjalan. Harap2 cita2 nak kurangkan berat badan berjaya - untuk sehat sepanjang masa.
Hoya Pro1 UV Filter
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment