CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, June 1, 2008

Cameron Highlands

1.6.08 - Pagi2 jam 7 lebih, aku jalan2 sekitar Marina Chalet(booking sebulan dulu!!!Itupun nyaris tak dapat, tapi sebab dah kenal dengan owner dapat juga- sama bilik no 5 duduk semasa kem pengawas). Di kawasan ni, adalah Strawberry Farm (Rose's Farm), jalan terus ke Al-mashor Farm, tapi semuanya belum buka lagi. Tak lah aku singgah kat Kem Sg Pauh yang aku gi bawa budak pengawas dulu.

Lepas tu, gi breakfast kat Jasmine - makan roti canai le. Hubby ni mana boleh kalau tak jumpa roti canai. Aku tak kisah, tapi kalau dah ikut dia kenalah ikut dia juga. Orang punyalah ramai kat sini, musim cuti sekolah. Naik lagi ke Kea Farm sebab nak beli jem. Petang semalam kat kedai no 1 sebelah kedai beli sayur ni dah tutup . Petang semalam dah singgah kat Kea Farm ni - beli kat kedai sayur Susila ( india ). Dulu aku dikenalkan oleh sahabat aku dari Selangor. So, dia dah kenal - beli sayur rm10 dia bagi 18 peket! kalau kat lain tak dapat. Lagipun dia ada ladang sendiri. Dahlah dapat 18, dia bagi lagi 1 jadi 19 peket. Dahlah tu dia beri lagi sayur2 yang ditanam sendiri! punyalah banyak.

So, aku dapat beli jem homemade, harga hanya dapat kurang sikit, 3 botol rm21. Hubby berkenan pokok bunga apa aku tak tahu namanya, dan aku pulak nampak 2 pokok bunga bergantung, punyalah cantik. Dulu kat rumah ada, orang bagi juga tapi dah mati. So aku tawar2 dapat rm 15 untuk 2, hubby dapat m 10 - memang murah! Sebab pokok dah besar!

Bila balik ke chalet, aku gi kat KHM Strawberry Farm - ladang orang Melayu. Kawasan ni memang kawasan orang melayu, agak besar juga kawasan ladang mereka ni. Jem yang aku beli kat Kea Farm ada dijual di sini. Harga lagi murah, memanglah jem keluarannya. Cuma aku tak perasan kawasan ni bila lalu jalan ni, pada hal dekat dengan chalet. So aku beli lagi, rm30 untuk 5 botol. Jem ni boleh simpan sampai tahun 09. Oklah, taknya sampai ke tahun depan sebab jem dia sedap!!!Aiskrim pun ada kat sini, makan lagi, lagi murah hanya rm2.50. Aku beli juga buah strawberry 1 kg rm25 kat Rose's farm, rupanya kat sini boleh dapat rm24! Dah settle semua,ingatkan nak balik terus lah.

Bila tuan punya chalet tengok hubby kemas2 nak balik, susun bunga yang dibeli dan barang2, aku pulak beli teh kat sini aje, cerita punya cerita, aku beritahu hubby buat landscape - mereka seronok dapat tips - free consultant pagi ni! Dah lewat balik. Round lah seluruh kawasan chalet mereka. Mereka pelawa minum kopi kat rumah mereka, tapi kami kata next time, we'll come again dan mereka dah janji kalau datang ada bilik untuk kami!!! Wow, seronoklah macam ni...Adalah peluang nak gi lagi. Hubby kata nanti dia boleh bawa peralatan, boleh tolong2 prune - aku bolehlah gi lah jalan2. So baliklah kami turun dari CH jam 10.30 pagi - singgah kat Bhraat lagi - sampai rumah 4 petang.

0 comments: