Aku hantar opsyen pencen 56. Confirmed.
Hari ni pun aku terus sibuk lagi. Ingatkan nak finalize AJK Anugerah Cemerlang, siap bawak laptop. Tapi lepas habis asembly, cek data murid, bos ajak pergi ke rumah anak murid yang tak nak gi sekolah. Aku pun tak tahulah, nak cakap banyak2 pun bukannya bapa dia tak tahu tentang anaknya, pulak tu bapa si budak ni pun aku memang kenal sangat. Kita pun nasihatlah secara profesional, pada hal nampak gaya anaknya tak minat nak belajar lagi...So beri tempoh sampai next week.
Lepas tu, melawat pulak staf yang sakit (kaum adam). Ni pun lagi satu hal juga, susah nak cakap.Dia buat tak macam sekolah gomen. Bos mana yang tak bising, bos ni memang dia pergi siasat betul2. Aku ikut le ke mana bos nak gi.Sampai pejabat dah dekat jam 2. Sempat juga bincang tentang AJK yang aku 'tolong' my 2nd partner ni. Petang ada taklimat dengan all stafs.
Esok kata nak meeting persaraan tak jadi nampaknya, sebab, pagi esok nak kena gi beri sokongan pasukan koir. Petang bos buat meeting pulak. So harap lusa aje boleh on meeting lain. Hari Khamis meeting lagi.
Hoya Pro1 UV Filter
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment